Archives

gravatar

Coffee Lover



gravatar

Fastest & Slowest













gravatar

WORK Advice

Follow this advice and you will go far ........

1. If it rings, put it on hold.

2. If it clunks, call the repairman.

3. If it whistles, ignore it.

4. If it's a friend, stop work and chat.

5. If it's the boss, look busy.

6. If it talks, take notes.

7. If it's handwritten, type it.

8. if it's typed, copy it.

9. If it's copied, file it.

10. If it's Friday, forget it!

gravatar

Gua dan KERJA!



Semua orang kena kerja. Kalau tak kerja, macam mana nak hidup? Lainlah kalau gua ni ada kerabat-kerabat Sultan, buleh le agaknya sebulan dapat elaun dua tiga ribu. Nak-nak pulak kalau gua kerabat Sultan Brunei, peh.. memang masyuk habis. Tapi apakan daya, gua bukan dari golongan yang terpilih seperti mereka-mereka itu. Oleh itu, gua kena kerja.

Amat sedikit gua rasa manusia yang rasa pendapatan mingguan/bulanan/tahunan mereka tu cukup. Bill Gates pon masih tak cukup-cukup duit gamaknya. Kalau masyarakat marhain macam gua, dah sah-sah gaji tak penah cukup. Semua benda nak lebih, semua benda tak cukup.

Bila dah kerja tu, banyak orang pulak yang tak happy dengan kerja dia. Ada yang kata kerja banyak, luar bidang, kena buat kerja orang lain, terpaksa ganti orang, jadi kuli bos, dan macam-macam lagi.

Gua? Gua memang dah terang-terang kerja gua diluar bidang pengajian gua. Nak-nak pulak baru-baru nih kena buat kerja baru yang memang haram J gua tak tahu langsung. Gua kena kerja stail-stail lawyer, blajar bahasa-bahasa lawyer. Peh, Gila.

Apa yang gua nak cakap kat sini, gua memang dah muak dengan kerja-kerja opis korporat nih. banyak politik tak tentu pasal. lagi banyak politik dari kes isu royaliti minyak kelantan. Gua tak minat, gua tak bekenan. Tapi apakan daya, gua kena kerja sebab nak bagi anak bini makan.

Gua tengah berusaha untuk totally tukar bidang kerja. Gua nak kerja yang jenis kalau gua pulun lebih, gua dapat lebih. Tapi gua tak minat la jenis-jenis MLM. Bukan jiwa gua. Gua cuma harap gua boleh keluar dari dunia korporat ni secepat mungkin.

Tapi, andai kata gua terpaksa kerja kat sini sampai gua mati, atas sebab-sebab yang memang tak masuk akal, gua redha la. Cuma gua nak pesan, kalau benda jadi macam ni, confirm gua akan jadi ala-ala mayat hidup. Hidup gua dah takde fun-fun lagi dah. Boleh membawak kearah mudarat.

Untuk member-member gua, kalau korang still susah nak jumpak gua, tak kira di majlis-majlis keramaian @ kenduri kawen, reunion-reunion mana-mana, get together punya majlis, dah sah-sah la gua masih lagi stuck kat dunia korporat nih.

HELP ME!


gravatar

Tweet - Tweet!


Panas + Berdengung. Tu yang gua rasa kat kepala gua sekarang.

BOS, bole gua MC barang dua tiga hari?

gravatar

Tale Of The Great Man : My Perspective



One of my great uncle passed away last week on 09/12/2009. This is the tales between me and the great man.

Othman Saad. He's well known as Cikgu Othman/Man. we call him pak chaq. I dont know much about his childhood / teenage life, but I've heard a hell of the stories from him from time to time. He's the man who loves to tell you stories. Not some lame old man's stories, but a good one. He love to make jokes from time to time.

I've spend quite a lot of my childhood time with him and his family. Besides going back to our 'kampong' to visit our grandpa/ma, I'll definitely will visit his family in Penang during the school holidays.

Even though he's a teacher, he likes to do business very much. He ventured in quite some business, but I just remember the major ones like ikan keli pond, some cow/goat farm, and the ultimate is the traditional pharmaceutical business (minyak angin, gamat, ubat kesihatan lelaki/perempuan, ubat2 rawatan bersalin, makjun, etc.)

I even help him from time to time in his business. Of course he pays me quite a large amount of money for that, but thats not the main point. He's a very generous man. For him, money is just a 'thing'. He told me once that he must spread the wealth to be successful in business. I think I inherit the business passion from him. He teaches me a lot.

He loves food. He eat almost every food. I recognize he likes seafood on top of everything. When all our family gathers together, he's the one will provide us the enormous amount of food (actually pak njang also like doing this). I still remember he's buying crabs, small lobsters, shellfish, all in bucket size amount.

He's the F1 driver in our big family. He's a fast driver, followed by his passion with cars. He loves Honda very much, and his last car was Honda accord. I know some of my family would not agree the fact that he's the fastest driver in our family. I know they will say pak njang is the one, but guys, you're wrong. The fastest maniac is well known toksu mahathir, then pak chaq man. Then pak njang & pak ndak.

Still remember when 'hari raya korban', he's the one who always make the 'sup tulang' with tokwan. He's the one who will grill the meat, fish, and chicken. Those are the days. The younger generation didn't experience this. Actually the people who actually will remember this sweet memory will be just me, lon, pah, late paksu, my younger brother, and maybe kak na and shidah slightly remember this.

Then he started getting his 1st big hit. His passion for seafood is backfiring him. Started with small kidney stone, then a big one. Its the size of bath soap. Then he's getting worse every day, slowly.

My biggest regret is I don't have a chance to pay my debt to him. Put aside the things that he buys me. The amount of money itself is greater 30k. NO DOUBT. Last year, after my wedding, he told me that don't bother to give him money. Its useless. He said he can't spend it anymore. And for a man who has passion about cars, he told me this, "Son, I want to see you successful in your life, don't pay me back my money. The day you drive home a Toyota Camry or a BMW, I know that my money back then was well spend".

DAMN! I don't even owned a car up until the day he passed away. What a shame! I even can't attend his funeral due to work related issue. May he rest in peace.

Al-Fatihah


gravatar

Hj Hasbullah Hj Awang



Gua malas nak cerita pasal team bola Malaysia. Kalau lu orang mau baca, bole kasi baca akhbar-akhbar tempatan yang dok pung-pang-pung-pang cerita Malaysia menang semalam. Nak kasi baik lagi, bole kasi baca SOKERNET.

Gua binggung semalam, gua taktau nak buat apa. Gua tau ada game bola sukan SEA. Terdetik jugak kat kepala gua, kalau en Hasbollah jadi pengulas, mau jugak gua layan game sampai habis. Gua bukak TV2, PEH. Memang pengulas digemari ramai.

Hj hasbollah ni memang champion. Macam mana punya boring pun game tu, kalau beliau jadik pengulas, memang terbaik jadinya. Gua tau ada jugak yang tak suka beliau. Tapi gua suka. Bukan suka macam mana. Tapi suka dia punya detail. Detail sampai tahap pengulas-pengulas bola EPL ESPN tu pon x bole nak kasi terbaik macam tu.

Ada satu game gua penah tengok dulu, dia siap boleh kasi cerita lagi player bola nih kawen dgn sapa, jiran dia sapa, macam mana dia bole kenal bini dia. Tak ke detail gila tuh? Gua saspek kalau pagi tadi player tuh makan kari kepala ikan pun dia tau agaknya.

Gua ingat macam nak telepon ESPN Singapore, Kasi ambik dia keja. Ganti je lah Shebby tuh!



Ni dia Line up yang digembar gemburkan untok menjadi pengulas tetap WORLD CUP 2010. Lu orang nampak tak? HJ Hasbollah saja pakai baju yang ada logo Malaysia!


gravatar

Kami HOT, Tapi kami masih Ingat Tuhan







Macam mana kira kalau dah berdoa cenggini rupa nih? Mufti mana-mana tulung jawab jap kat gua





gravatar

I'm Back!!!

YO


Dah agak lama gua abaikan blog nih.. bukan apa.. gua betul-betul sibuk 3-4 bulan lepas. Proses pertukaran kerja gua. Dari kerja yang syok-syok.. dan sekarang menjadi kerja yang haram jadah tak syok. Sebabtu gua takde nak menulis sangat.

Gua ingat tahun baru lah baru gua nak start steady balik. Ni kira up entry slow-slow untuk mengabiskan tahun. Gua rasa kalau masuk tahun depan, gua mungkin, diulang MUNGKIN bertambah rajin la kot..

gravatar

Gila Bahasa Omputeh



Ini la masalahnya bila sebok-sebok nak pandai bahasa omputeh sampai bahasa melayu sendiri pon dah macam gampang! Papan ni kat PETRONAS pulak tu! HUH!


gravatar

Sedekah Jariah

Hularsawasap...


Pihak bank dah banyak kali tanya. Kenapa gua dah lama tak bagi sedekah kat diorang? Pandai pulak diorang tu buat pelik. Dulu, time gua selalu bagi duit bulan-bulan, haram jadah takde kabar berita pon dari pihak diorang. Tanye khabar pon tak. Apatah lagi nak sms?

Bukan gua taknak nak kasi lagi sedekah tuh, gua nak kasi. Cuma gua saja je stop kejap. Gua nak tengok diorang nih perasan ke tidak akan kewujudan gua dimuka bumi mayapada ini. Ternyata pihak diorang memang haram tak sabar.

Jangan kata nak call @ sms, dah siap main pandai hantar surat. Kalau nak jumpa gua, meh la sini secara gentle kata mat salleh. Face to face. Ni main hantar-hantar peguam pulak. Jadah apa ni? Dah takde nilai kemelayuan langsungkah bangsa kita sekarang nih? Mana dia nilai-nilai retorik Islam Hadhari ataupon nilai yang paling baru, mazhab 1Malaysia tuh? Mana? Mana?





**Okeh, pada sapa-sapa yang belom bayar zakat fitrah lagi, boleh datang bayar kat gua. Gua ni dah kira boleh masuk dalam asnaf berlapan dah nih. Duit bank dah 3 bulan tak bayar! Mampos!

gravatar

Jangan Bagi Gua Panas!

Okeh..


Kali ni, jangan ada sapa-sapa coba nak nyanyi lagu raya depan gua. Gua memang tengah panas. Panas nak beraya. Going to leave this shitty company soon. Sooooooooooooner than anybody think.

Fingers crossed!

gravatar

Lagu ROCK

Yo


Semalam najib dah umum pemenang lagu satu malaysia. Faizal tahir yg menang. Gua dah start bole bayang budak-budak sekolah agama pakai songkok dan tudung labuh nyanyi lagu tu ala-ala rock keagamaan

gravatar

PAPADOM

Dah banyak menang award, ni trailer dia

gravatar

Ini Kisah Si Brader RON...

Salam.


Gua takde masa nak bercerita pasal si Ronaldo yg dah tak glemer kat Real tuh. Kalau lu expect gua nak cerita pasal melepak kat kedai haji Ron, lu kena baca blog PIPI. Bukan blog gua. Gua cuma nak kasi info, yang minyak RON95 dah mula berada di pasaran setempat kelumpo! Oleh itu, gua telah mengambil peluang ini semalam untuk cuba try test minyak yang taklah sejimat mana ni.

Gua isi 5 ringgit semalam. Harga tak murah pon. RM1.75 seliter. Kalau yang RON97 tu RM1.80. Sekarang la. Bulan 9 nih naik le dia. Jadi RM2lebih kot. Gila betul harga minyak kerajaan nih sekarang. Untuk pengetahuan korang yang memang masih belom tau, gua menggunakan jentera berkuasa separa laju Honda Ex5.

Hujan lebat jugak semalam. Tapi proses review minyak gua tetap akan dilangsungkan. Mula-mula start je gua dah rasa tak sedap hati. Bunyi moto gua dah lain macam rasanya. Tapi itu perkara biasa. Gua memang mungkin ada tendency bias kepada minyak baru ini.

Sepanjang perjalanan, gua rasa lebih kurang sama saja. Gua cuba cilok-cilok sikit, pecut mana yang patut, koner baring dua tiga kali. Top Speed lebih kurang je gua rasa, mungkin kurang sedikit daripada penggunaan RON 97. Gua pakai EX5 standart pekak. Gila apa top speed nak cecah 180km/j. Maksimum bole pegi cuma 110. Minyak RON95 gua rasa top speed 100. RON97 bole pegi 105-110. V-POWER bole kasi moto gua enjut sampai 110-120. Kira standert habis la tu ye tak?

Oh ya, itu gua main agak-agak je la. Kabel meter kelajuan gua dah lama gua buang, so meter tak jalan. Pelumba jalanan macam gua nih memang tak main la tengok-tengok meter. Gua main enjut sepenuh keyakinan diri. Bawak moto kena tengok kenderaan sekeliling, bukan nak tengok meter!

Sepanjang pemanduan gua semalam, gua dapat rasakan bahawa dengan RON95 ni, daya tujahan @ pikap bak kata orang kampung gua, sedikit kekurangan. Gua sudah sedikit kecewa dengan hasil ujian gua. Bukan gua nak bawak laju sangat, tapi pagi-pagi gua kena kejar swipe in kat opis. Clocking opis tuh bukannya nak tunggu gua, dan gua bukannya jenis nak datang awal sangat. Gua bajet ngam2 saja untuk datang opis.

Oleh kerana petang semalam hujan, gua kasi lagi satu peluang kepada RON95. Pagi tadi, gua memang kasi pemanduan terbaik gua. Gua kasi pemanduan yang paling Valentino Rossi. Denagn posisi menyerang (attacking position), pencilokan terbaik, gua berjaya sampai ke opis dalam jangkasama 42 minit. Selalunya gua akan sampai dalam jangkamasa 30-35minit sahaja. Jelas sekali kekurangan sedikit pikap memberi impak yang besar kepada jentera berkuasa sederhana gua.

Kalau korang nak tau kadar kebolehan enjin jentera korang dengan minyak RON95, korang bole pegi SINI.

Pada pandangan gua, RON95 adalah tektik sulit kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah mat rempit di jalan raya. Pikap kurang sikit.



Jangan sampai gua nampak ada mersedis @ bmw yang isi RON95 ni bulan depan. Takkan pakai kereta mahal nak isi minyak murah kot??

gravatar

Gua Nak Pindah!


Gua rasa, gua macam dah tak diperlukan lagi di tempat kerja gua. Datang kerja hari-hari pon dah macam gampang jek gayanya. Gua rasa macam nak pakat dengan bini gua. Apply jadik permenen residen kat Ostrolia ataupon Fiji. Keje je kat sana. Nak update blog pon laju sebab tak pakai streamyx banggang nih, apatah lagi kalau gua nak download-download movie terkini, ye tak?

Dah. Gua nak balik cepat. Kemas barang. Kemas rumah. Esok nak pegi register kat kedutaan Ostrolia. 2 minggu lagi gua nak pindah!

gravatar

Gaban




gravatar

Apa ni??


Gua sekarang..

Pagi keje opis, keje banyak jugak > selit-selit jugak buat keje personal kadang-kadang > balik jaga anak kejap > kuar meeting part time > meeting pung pang pung pang > banyak job baru kadang-kadang > ada jugak dengar projek juta-juta, tapi orang lain punya > balik rumah gua, kadang-kadang terbangun jugak bila anak menangis (lain-lain bini gua yg hendel, gua kadang-kadang je).

TAPI..

Asal gua masih pakai moto berkuasa rendah Honda EX5 je? Orang kalau dah sibuk seharian macam gini patot pakai BMW M5 @ X5!

gravatar

Mari Baca Sghot Baq!



Ok. Gile gempak cat dia. Betul-betul lutsinar gua cakap lu


GO TIGER! Hahaha.


Ok. Takkan nak jumpa kobis pulak kot?


Buka ke tutup nih? jangan main-main!



Lu orang agak-agak la kan, bila nak jumpa?



Ramai sangat ke orang puteh bengap yang dok pi minum racun??


Gua malas nak cakap pasal lawyer bengap nih!


Ni yang gua paling pelik. Macam mana dia tepok tangan? Tepok amai-amai??



gravatar

Hampir Sempurna

yo


Macam gampang jugak kan bila kadang-kadang start entry macam gitu. Ok lah. Gua kasi assalamualaikum sekali kat korang.

Gua sekarang tengah sebok shoot video. Nak update blog pon macam berat je tangan. Travel kesana kemari. Sepanjang penyepian gua di arena blog nih, gua dah belajar macam-macam. Contohnya rahsia kaum mendeleng, maksud nama bota, rahsia makan sedap kat kuantan, dan banyak lagi la.

Gua jugak tak sempat nak join perhimpunan haram harituh, beserta tak dapat jugak nak pegi konsert search di awan biru berbaloi-baloi tuh. Dengarnya tak berapa berbaloi. Sound sistem macam gampang ala-ala funfair apek hong siaw.

H1N1 makin menjadik-jadik. Semua orang dia punya panik lain macam. Sakit je klinik. Mana tak gelabah, sakit boleh bawak mati ni. Gua cuak ada la sikit-sikit. tak la berpeleseran yang amat sangat. Okeh, gua nak sambung keje. Petang sikit gua sambung lebih kurang apa yang patot.

gravatar

Virus Masyarakat Marhain


Baru-baru ini.
Kedai Kopi, larut malam.
Gua, dah beberapa orang member yang lain.

Antara ramai-ramai yang ada kat meja tu, cuma sorang saja yang bujang. Sarip nama panggilan manja beliau.

Sarip : Sibuk beno kemain sekarang nih ye, bab-bab virus H1N1 tu. Nasib baik teman orang miskin, payah nak ke luor negare. Tapi, teman mengharap beno nak mengidap virus-virus dari deme2 sekalian nih. Belom sampai mase kot.

Gua : Lu pesal nih Rip? Virus kejadah apanya? Virus poket kosong?

Sarip : Idak le gitu. Kome semua dah ada virus B1N1. Teman jangankan virus tu, awek pon payah nak cari! Kome dengor si Alimuddin tuh dah nak tambah lagi satu, B2N2 dah la kot!

Semua Orang : Hahaha! Macam Gampang!





**Makin ramai dah member-member gua yang telah dirasuki virus B1N1 ni.




gravatar

PUASA


2000

Time nih gua tengah sibuk menjalani peperiksaan SPM dengan gigih. Agaknya semua orang dah tau yang gua dulu sekolah agama. Gua boleh ingat lagi, paper last adalah paper Bahasa Arab Tinggi, dalam bulan puasa.

Mail : Weh, dah last paper ni. Kena celebrate.

Gua : Celebrate kejadah apa? Nak pesta-pesta nih penat la bulan-bulan puasa nih.

Mail : Alah, budak-budak lain semua dah plan. Hang takkan tak mau join kot. Tak rock la macam ni.

Huh. Si Mail berjaya mencabar gua dengan menggunakan perkataan rock. Gua memang pantang orang main-main dengan perkataan rock nih.

Gua : Okeh set. Gua join. Tapi, apakebendanya yang kita nak buat?






Mail : Kita semua tak payah nak puasa besok masa paper Arab.





**Macam gampang bila agak ramai budak laki tak puasa esoknya itu. Gua rasa itu bahana ramai yang kantoi paper Bahasa Arab Tinggi

gravatar

Ye Lah.. Gua Tunjuk!


Banyak sangat request nak tengok gambar anak gua. Nah gua kasi preview.


Lana Arissa


gravatar

Transformers 2


YO

Gua kembali. Dalam kesibukan cuti gua dan kesibukan gua menjalankan tanggungjawab gua, sempat jugak gua carik slot nak tengok cerita Transformers. Standart cerita robot la gua boleh cakap. Nak review panjang-panjang, gua malas.

Setelah habis cerita, dalam proses bangun dari kerusi panggung,

Ali (member gua) : Aku memang tak boleh lupa part Megan Fox lari tuh. Dia punya B**bs tu memang menggiurkan!

Gua : Tengok je, tak boleh pegang.

Gua dah tau dah member gua nih otak dia kesitu je perginya. Dah keluar, gila ramai umat. ye lah 5 panggung buka cerita tuh dalam masa yg sama. Memang carik untung betul tokey panggung tuh. Dalam bersesak-sesak nak keluar tuh, member gua boleh buat ayat yang gua memang langsung tak sangka nak keluar dari mulut dia.

Ali : Pergh, kalau kita pegi haji, macam ni la agaknya Saie' eh. Jalan slow-slow orang ramai.



**Cuba korang bandingkan ayat beliau yg mula-mula dengan ayat beliau yang last tuh. Rasa macam nak terajang! Cepat betul beliau cuba nak insaf!

gravatar

Naik Pangkat


Assalamualaikum

Alhamdulillah, wife gua dah selamat melahirkan cahaya mata gua. Blog gua akan bersawang selama seminggu disebabkan kejadian tersebut. Kawan-kawan sila pos hadiah. John, gua nak hadiah ferrari.


**Btw, anak gua adalah seorang awek hot

gravatar

MAC


Yo

CEO gua hari nih berperangai pelik. Tiba-tiba dia sound gua dia nak pakai MACBooK. Apa cerita ini semua? Gua tak kesah sangat la. Tapi ada ka dia suruh gua yg bagi tutorial kat dia cara-cara nak pakai MAC?

Gua pon tak lepas lagi nak pakai. Ada sapa-sapa boleh tolong gua? Tolong ajar aplikasi Keynote pon jadi la.


**Gua nak keluar pegi MAChines kat MIDVALLEY. Kena beli MACBOOK AIR nih gamaknya.

gravatar

Gila Udang


Area : Taiping

Lokasi : Kuala Sepetang

Nama Saintifik : Mee Banjir Udang

Modus Operandi : Udang fresh dimasak bersama mee.

Harga : RM 8.00 untuk Udang Saiz MeGa
RM 6.00 untuk Udang Saiz Besar (seperti gambar)
RM 5.00 untuk Udang Saiz Sederhana
**Udang saiz kecik tak jual sebab nak buat udang kering.





gravatar

A B C D E F !!


Selamat Sore..

Hari ini, dia punya panas lain macam. Kepala gua pon dah start bingai. So, gua nak kasi up satu entry. Kasi bakar sikit kawan-kawan di hari yang panas membara ini.

Gua bukan nak ajak lu orang belajar tulisan @ huruf-huruf rumi. Tapi gua nak kasi up satu entry yang gua kasi nama sendiri.

Okeh, gua mula. Gua ada kawan. Nama kawan gua Ptit. Nama penuh dia gua rasa Fadhlee Fitri Abu bakar. Bapak Ptit ada bukak kedai minum. Gua rasa, mungkin ramai orang dah pernah jejak kaki kat kedai bapak beliau nih. Gua ada la jugak 2-3 kali pegi minum sana kasi buah pikiran gua berkembang sikit masa dulu-dulu.

Menu lain gua tak heran. Banyak kedai yang boleh lawan menu dia. Tapi.. dia punya ABC (Air Batu Campur), memang CHAMPION. Gua rasa area Shah Alam, ABC dia yang paling hero. Lokasi, dah berubah. Medan Selera baru Seksyen 2 Shah Alam. Nama kedai sama. FRADOO ABC no 14.

Nak tau lebih, boleh pi tanya kat blog adik Ptit sini (gua pon tak pasti adik Ptit nombor berapa, awek, belom kawen, lu orang boleh ngorat).

Gua taktau apa nama menu ABD dia. Tapi gua bagi nama sendiri jek. ABCDEF!


Air Batu Campur Dengan Eskrem Fantastik







**Gua ingat Sabtu nih kena turun Shah Alam. Nak tuntut ABCDEF free sebab gua dah promote

gravatar

'Maltitasking' Membahayakan Kesihatan


drill dinding - paku dinding - gantung whiteboard

check claim - key in claim - hanto claim

approve training - proses training - hanto training

beli paper - servis mesin xerox - ambek meter reading

ambik gambar - edit gambar - print gambar

kira bajet - ambik duit - beli barang

angkat telefon - telefon supplier - haram jadah tak angkat



James Bond pon boleh "kaput" kalau hari-hari rutin macam ni!






**Gua boleh buat rutin James Bond sebab rutin dia ada 2 saja ; main tembak-tembak & main pompuan. HUH!

gravatar

Tekanan Perasaan




Apakejadah blog gua jadi macam ni? Dah masok 4 hari dah ni. Ke sebab google chrome ni dengki dengan gua?

John, gua tau lu pakai chrome. Kasitau la sikit apa problem yang melanda blog gua nih.. HUH

Gua nak kasi poll kali nih. Sapa pakai chrome, sila kasi komen. Malas nak tulis panjang pon takpe.

Kalau ramai yang pakai chrome, gua nak tuko layout haram jadah nih

Makaseh.

gravatar

80 Joota Pound Sterling (GBP) : Boleh Beli Apa?


Kalau Gua, gua nak beli satu pulau, kasi dok sana diam-diam.

Kalau CEO gua, gua syak dia mesti beli kerata baru, atau jet peribadi.

Kalau bapak gua, dia mungkin beli kereta baru, motor besar baru, holiday sana-sini.

Kalau bekas bos gua, gua syak dia dah pi jadi warganegara Australia dah. Lepak sana diam-diam.

Kalau sorang member gua ni, (gua ada interview dia tadi) dia nak kawen 4, lepas dua bulan cerai, lepas tu kawen 4 lagi, dan seterusnya..

Kalau seketeri tempat gua keje, gua syak dia dah beli pasaraya Jusco tuh, kasi letak nama pasaraya dia.

Kalau si Daren, gua syak dia akan pi holiday sana sini, skuba diving semua laut.

Kalau si Liana dgn Kak Zaini, gua rasa selang seminggu diorang pegi Paris shopping. (Ye la kan, masa miskin bole le shopping kat Bandung, dah kaya pegi le Paris pulak).

Kalau Amin, gua tak pasti apa yang dia nak buat. Invest? Beli Kelapa Sawit? Arghh! Susah nak baca pemikiran beliau.

Kalau si Pakcik John, dia akan beli 10 Ferarri, letak kat sepanjang jalan dari Alor Star, Peneng, hinggalah ke KL. Jalan sikit, tukar kereta. Jalan lagi, tukar kereta.

Kalau blogger-blogger lain, korang bole tambah apa yang korang nak buat dengan duit banyak tu dalam ruangan komen.

Kalau kompeni gua pulak yang dapat, gua confirm duit tu akan habis dalam masa 3 tahun. Pandai je diorang nih nak menghabiskan duit.


TAPI,



Dengan 80 Juta Great Britain Pound Sterling, Real Madrid cuma boleh pikir nak beli Christiano Ronaldo Ronalbi?



**Patut management Real Madrid datang diskass dengan gua dulu apa yang dia boleh buat dengan duit banyak macam tu..

gravatar

Let Shake Our Own Building!


The building has been tested. But its start to tremble lately. Will we get our answer tomorrow? We have to wait. Oh by the way, this news is about my company.

There was no report from the Meteorological Department of any earthquake. Little bird reported of "tremor" felt near Sentral at Jalan Sentral Stesyen 5 late yesterday afternoon. The Chairman was said to be in a state of shock from the “mild earthquake” after lunch.

Many questions were asked. Who leaked it? How could anyone have known about it? What else do they know? Should we ignore these "housewife, unemployed, and goblog"? The public relation people must be scrambling to figure out a response.


**Amacam? Ada baik tak gua kasi post dalam bahasa orang puteh?

gravatar

Amok Majlis Kawin


Gua ada bawak rombongan kawin pegi Kuala Terengganu. Nikah kat rumah penganting perempuang je. Sampai je rumah penganting, gua pulak yang start berdebar. Sapa yang akad nikah ni? 

Gua steady, tok kadi baru sampai. Gua steady lagi. Bila penganting perempuang dah keluar, gua tak sedap duduk. Diorang isi borang itu ini, tok kadi buat lawak lebih kurang, debar gua dah lain macam. Gua tengok penganting lelaki rilek-rilek ayam je. Asal gua pulak yang tak tentu hala ni?

"Saudara Azmang, aku nikahkan dikau bla bla bla blah..." tok kadi dah start.

"Aku terima nikahnya dengan mahar yang tersebut itu" sambung penganting lelaki.

Pergh, sekali enjut jek tok kadi dah sah. Tapi tu perkara kecik. Hati gua dah start kucar kacir time tok kadi baca doa. Gua rasa macam nak amok habis-habisan, tapi majlis orang. Bila penganting dah start bergambar, gua memang dah tak boleh tahan. 

Gua bangun, terus menghala ke abang ipar penganting perempuang. "Apa nak jadi pon, jadi la" getus hati gua. Gua melangkah dengan tersusun bak pendekar tuah berada di hadapan panglima majapahit. Gua semakin rapat. Brader tersebut dah perasan dengan penghampiran gua.




"Err.. bang. Boleh tumpang toilet? Sakit perut ni.."