Showing posts with label zaman dulu. Show all posts

gravatar

PUASA


2000

Time nih gua tengah sibuk menjalani peperiksaan SPM dengan gigih. Agaknya semua orang dah tau yang gua dulu sekolah agama. Gua boleh ingat lagi, paper last adalah paper Bahasa Arab Tinggi, dalam bulan puasa.

Mail : Weh, dah last paper ni. Kena celebrate.

Gua : Celebrate kejadah apa? Nak pesta-pesta nih penat la bulan-bulan puasa nih.

Mail : Alah, budak-budak lain semua dah plan. Hang takkan tak mau join kot. Tak rock la macam ni.

Huh. Si Mail berjaya mencabar gua dengan menggunakan perkataan rock. Gua memang pantang orang main-main dengan perkataan rock nih.

Gua : Okeh set. Gua join. Tapi, apakebendanya yang kita nak buat?






Mail : Kita semua tak payah nak puasa besok masa paper Arab.





**Macam gampang bila agak ramai budak laki tak puasa esoknya itu. Gua rasa itu bahana ramai yang kantoi paper Bahasa Arab Tinggi

gravatar

Gua Berdarah Bisnessman #2

Sawadheekhapppppppppp..


Kita Sambung lagi entry INI.

Setelah Gua mati akal dengan masalah kemelesetan ekonomi gua, akibat penarikan balik subsidi kerajaan terhadap lesen perniagaan ikan masin gua, gua cuma mencari jalan untuk memperolehi bisness yang baru. Semangat kali ini lebih menjurus kepada bisness join venture ataupun jika di alih bahasakan ke dalam bahasa melayu pasar di tempat gua berbunyi, gua jadi kuli orang.

Peluang keemasan muncul dipertengahan tahun 1994 apabila seorang makcik member gua memerlukan pertolongan anak-anak muda berdarah bisnessman. Gua dengan semangat yang berkobar-kobar, gua menyahut cabaran makcik kawan gua itu.

Maka bermulalah era gua terjebak ke dalam bisness jual burger. Towkey gua diberi gelaran Mak Lang. Modus operandi syarikat Mak Lang adalah menjalankan perniagaan di pasar-pasar malam yang berhampiran. Gua cuma ambik tender kerja di pasar malam area rumah gua saja. So, seminggu cuma sehari bekerja keras. Simple. Gua kerja hari Jumaat malam Sabtu.

Mak Lang menjalankan perniagaan burger dan juga menjual kuih-muih. Gua cuma ambik tender buat burger sahaja. Burger Mak Lang memang glemer. Banyak followers burger dia nih masa tu. Gua tak pasti pulak adakah disebabkan kehandalan gua buat burger atau brand Mak Lang yang buat burger tu laku.

Gua start keje lepas maghrib, habis dalam pukul 11 lebih. Kedai gua antara kedai yang last sekali tutup kat pasar malam rumah gua. Gua punya gaji sehari pasar malam boleh mencecah sehingga RM15 ke RM25 pada masa tu. Memang lumayan habis.

Burger pon murah. Bukan macam sekarang. Dah sampai 3-4 ringgit dah burger special. Baik gua makan McD je. Zaman gua, Burger daging, ayam, hotdog, benjo.. semua RM1. Senang nak kira. Orang pon senang nak beli. Kalau special, cuma tambah lagi 50sen.

Biasanya, lepas kedai burger dah nak tutup, gua da lagi satu rutin mingguan gua. Ni kira macam part time gua la. Korang nak panggil gua jahat ke, bengap ke, ape ke, gua tak kesah. Masa tu gua kecik. Agak jahil lagi masa tuh.

Sebelum Majlis Bandaran datang membersihkan tapak pasar malam, gua ada habit merayau segenap pelosok pasar malam tersebut. Untuk apa? Gua selalu terjumpa duit jatuh. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Gua penah jumpa RM5, RM10, RM20, RM50, RM100, dan yang paling banyak sekali gua ingat adalah RM300. Satu bundle duit terhempap celah-celah sampah atas jalan raya tu. 

Gua rasa kalau gua tak ambik pon, orang majlis bandaran akan sapu. So, baik gua sapu dulu. Kira sapa cepat dia dapat la masa tu. Kutu-kutu sebaya dengan gua tidak dapat menghidu kegiatan gelap gua nih. Pergh, gua kaya sorang-sorang. Kira kalau kat kantin sekolah hari ahad tu, gua selambe je belanja budak-budak kelas gua makan mee kari dengan air lemonade. Diorang semua tau gua bisness.

Sebab tu gua ada banyak duit nak beli komik-komik terkenal masa tu. Gua bisness sampai dah dekat UPSR. Mak gua marah dah lepas tu.  

**Gua resign dengan perasaan sebak didada bak lagu Amir Ukays tuh..

gravatar

Lu Patut Tau Gua BERDAULAT

2004

Sekonyong-konyong pagi yang hening, perut gua lapar nak makan nasik lemak.

"Wei jibraun! Jom turun makan. Gua lapar nasik lemak", sound gua kepada member gua.

"Malas. Jauh. Lagipun aku tak lapar lagi ni", selambe dia balas.

"OK".

Gua mulakan perjalanan turun anak tangga. 5 Tingkat bangunan. Gua mulakan anak tangga pertama dengan bismillah, anak tangga ke-tiga gua cucuh rokok sebatang buat teman. Perjalanan harus gua teruskan.

Dari lobby, mau 10 minit untuk sampai cafe. Gua sampai, pekena nasik lemak, campur teh tarik 2 gelas. Memang terbaik dipasaran. Gua kasi cucuh lagi sebatang rokok. Layan perasaan sorang-sorang. Nak usya awek, hari-hari cuti gini memang semua pegi Kuching makan Kentaki, Chiken Hartz, Pizza, Mekdii. Laki-laki yang takde awek dan takde duit je makan kat cafe.

"Tit, tittt". Sms. Dari Jibraun.

"Nasi lemak lauk ayam, kacang lebih. Pakai duit ko dulu!"  

Babi. Tadi malas nak turun. Duit gua ada lagi 4 ringgit. Gua beli eskrem magnum, 3 ringgit. Gua terus naik. Sampai bilik gua passing makanan dengan member gua.

Dia terus panas, "Lahanat! Apesal nasik kosong dengan kangkung je? Eskrem Magnum lu boleh beli!".

Sambil menikmati eskrem sedap gua balas, "Nak makan sedap, sendiri beli la!!".

**3 hari gua tak bercakap dengan dia lepas tu. Tu pun hari keempat dia takde rokok, nak pow gua. Terpaksa dengan muka tak malu kena cakap dengan gua. 

Gua Memang Berdaulat

gravatar

Gua Berdarah Bisnessman #1

Sekali sekala memandang ke masa silam adalah baik untuk kesihatan. Bila gua pandang kembali ke masa silam gua, memang penuh dengan kisah-kisah masyarakat marhain hendaknya. Langsung tak pernah gua merasa kehidupan ala-ala bangsawan, bollywoodstan, ataupun negarawan. Gua bukan nak mengeluh, cuma memberi maklumat yang gua kadang-kadang inginkan kehidupan yang agak asing dari kehidupan marhain gua yang biasa.


Bila diingatkan balik, gua memang sudah lagak entrepreneur dari bangku sekolah lagi. Tapi sampai sekarang ni gua masih belom faham, kenapa gua masih tak kaya raya juta billion. Kata orang, duit tidak boleh beli cinta dan kebahagiaan. Tapi bagi gua, duit boleh dibuat membeli nasik untuk membahagiakan perut gua.

Penjaja ikan masin adalah pekerjaan pertama gua. Gua tau, memang tak macho bila jual ikan masin. Apa korang ingat gua kesah semua tu? Gua pon x faham apa-apa masa tu. Yang gua tau, gua ada duit. Darjah 3 masa tu beb. Darjah 3. Apa gua nak kesah dengan kesesakan lalulintas sedangkan gua kat kampong. Lagi gua tak kisah langsung pasal pasaran minyak mentah sedunia, gua cuma naik basikal mini mak gua.

Sepeket ikan tamban masin gua tolak seringgit je. Gua punya komisyen sepeket sepuluh sen. 10 sen, banyak tu bai. Gua boleh beli gula-gula 5 biji. Coklat apollo yang sedap tu sebiji. Gua boleh minum air sirap Kak Jah kantin sekolah segelas. Pendapatan gua seminggu dalam RM2. Tak ke gua kaya masa tu?

Mana kampung gua tak masuk. Mana taman perumahan gua tak redah. Semangat dia lain bila berniaga ni. Tak sama dengan orang gomen yang asyik mengular minum teh kat kedai kopi Timah Janda kat Sungai Petani tu. Diorang dapat gaji bulan-bulan. Gua, bisnes banyak, income pun banyak. Kalau gua malas, gua takde duit. Dah macam KPI gua tu. Korang tengok la, gua darjah 3 lagi gua dah ada KPI. Tahun 1991 tu kalau gua tak silap. Bukan macam orang gomen sekarang. Dah tahun 2009 baru nak sebok pung pang pung pang cerita pasal KPI

Gua kena rajin cari duit untuk keep up dengan member-member gua yang dah ada senapang karbait merah tu. Nak harap sumber pendapatan gua dari bapak gua masa tu, memang tak boleh la. Sehari 30 sen. Kalau budak-budak sekarang, mau dia baling saja duit tu dalam longkang.

Gua menjalankan bisness gua agak-agak dalam setahun. Lepas tu bisness gua terbantut. Ekonomi meleset gua rasa. Ikan tamban masin pun orang dah tak mampu beli. Teruk betul pendapatan masyarakat marhain masa tu gua rasa. Cuma tinggal diorang tak kembali ke zaman makan ubi kayu je. 

Bapak gua lain. Dalam masa masyarakat marhain bergelumang dengan kesempitan hidup, beliau buat plan nak pindah ke rumah baru. Huh. Mana la orang tua tu cekau duit. So, masa darjah 4 gua dah pindah ke rumah baru. Taman perumahan. taraf hidup gua masih sama, cuma gua terpaksa berhenti jadi bisnessman ikan masin.  

Lepas pindah, gua terpaksa pasang kabel baru. Kena cari bisness baru. Gua tak perlu la nak pakai kabel KSU, Menteri MOHE, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, PA Menteri Kewangan, dan sebagainya. Ada sekali gua terasa nak pegi tanya tok imam masjid kalau-kalau ada projek tebas-tebas rumput kat masjid tuh, tapi gua takut orang cakap gua nak mengorat anak dara dia, nak bodek dia, gua tak jadi.

Tahun 1992 gua memang berada di zaman kegelapan. Hidup gua cuma bergantung dari saki baki duit bapak gua.

Gua mati kutu

gravatar

Sumpah MAMA, Bukanku Sengaja!

Assalamualaikum, salam sejahtera.. kepada anda semua, moga bahagia....


Pergh, terbaik jugak kan sekali sekala start entry dengan nasyid.. Apapon entry kali ini bakal menyingkap segala misteri yang belom sempat terungkap pada masa lalu. Satu kisah benar yang bukan ditambah dengan imej-imej janaan komputer yang terkini. Satu pengakuan berani mati, kepada insan yang aku sanjungi. Benar, aku tak bohong (ala-ala lagu Bila Rindu Ruffedge tuh).

Entry ini sebenarnya ditujukan khas buat seorang pensyarah aku yang agak kool. Kami menggelarkan beliau MAMA. Nama beliau ialah Zuraidah Abdul Rahman. Diharap jika beliau terbaca entry ini, beliau akan memahami keadaan yang telah berlaku 5-6 tahun yang lalu.

Sekelumit penerangan mengenai beliau. Beliau ialah seorang superwoman bagi aku. Wanita yang power dalam karier yang beliau ceburi (mengajar le nih), seorang profesor madya, dan juga ilmuan yang memang hebat. Oh, umur beliau rasanya dalam lingkungan 60an la kot. 

Beliau adala seorang yang sangat strict tentang peraturan. Pantang beliau ialah orang yang lambat datang kelas. Hobi beliau adalah mambuat kelas diwaktu pagi! Ini memang masalah negara la bagi aku. Beliau patut faham yang bahawasanya manusia itu unik, tak semua orang adalah morning person (aku nih kelawar malam, mana nak ngam dgn rules nih). Beliau juga suka target insan-insan yang suka duduk barisan belakang sekali dalam kelas apabila tiba sesi soal jawab bermula. Kalau aku yang kena soal, macam nak mampos rasanya kalau takbleh jawab. 

Ye lah, aku ni bukanlah intelek sangat macam orang lain. Pelajar cukup makan je nih. HAHA. Kisah ini bakal mengungkap misteri kenapa aku suka duduk belakang dalam kelas.

Pada satu pagi nan indah lagi syahdu, aku terbangun awal gara-gara ada mamat jadah mana ntah merempit dalam kampus. Bunyi motor dia macam gampang punya bingit. So, dengan gaya Collin Farrel aku bersiap. T-shirt biasa + seluar jeans kegemaran, lengkap dengan seputung rokok ditangan persis macho la gayanya aku pagi tersebut.

Berdesup aku breakfast kat foodcourt kampus. Roti telur banjir aku rasa. Then, aku diantara orang yang paling awal sampai ke kelas. "Duduk depan la harini, nampak la ko datang awal." detik hatiku. 

Kelas dah start bising, orang dah makin ramai. Aku tak ingat pulak la sapa insan yang duduk disebelah aku pada waktu tersebut. Tepat pukul 9.00pagi, MAMA pun masuk. Diberinya salam, disambut dengan girang oleh aku dan rakan-rakanku. Ceria betul beliau pagi tersebut persis kanak-kanak yang dapat breakfast koko krunch lagaknya. 

Beliau berdiri ditengah-tengah kelas, sambil merenung jauh kebelakang kelas. Lantas beliau mengeluarkan ayat keramat beliau.. "Mana Terjun?". Semua diam. Belom sempat sesiapa bersuara, beliau sambung lagi " Ni lah yang saya marah ni, suka sangat nak ponteng kelas saya, lepas tu bagi alasan macam-macam. Kamu bagitau dia, suruh dia jumpa saya nanti, saya akan ban dia dari peperiksaan akhir."

Sejurus itu, semua mata yang ada dalam kelas tersebut menjuruskan pandangan mereka kepada aku. Aku merasa seperti pelakon pujaan yang namanya baru saja disebut menang anugerah bintang popular.

"Err.. MAMA, saya kat depan ni haaa." Beliau sedikit terperanjat, "Ada pun! Saya tak nampak tadi, selalukan awak kat belakag sana tu. Confius saya." ujar beliau.

Dan mulai detik tersebut, aku berjanji pada diriku tidak akan sekali-kali lagi menjejakkan kaki ke barisan hadapan. Aku tidak sanggup membuat pensyarah aku salah anggap kepadaku. Aku tahu mereka semua rindu tengok aku dibarisan belakang. Ala-ala tembok pertahanan pejuang yang gagah di belakang sana tu.  


















Dan MAMA(@ pensyarah-pensyarah yang lain), jika kamu rindukan aku.. pandanglah kebelakang sana, aku pasti sentiasa disitu.. menunggu ilmu dari kalian berdesup kedalam saraf otakku.

 

gravatar

Rotan Goreng + Sup Penampor = COMBO!!

Tahun : 2001

Lokasi : Kolej Matrikulasi P.Pinang (Pongsu 1000)
Tempat Kejadian : Blok C4


Aku dulu kononnya macho. Ye lah kan, budak bekas sekolah agama, apa barang nak sambung belajaq kat UIA. Tak boleh le nak menyetan. Nanti balik kampong kena cakap arab dgn tok wan aku. So, aku ingin mencoba ke dalam bidang sekularisma, konon-konon nak jadi engineer. 

Bagai pucuk dicita, ulam pucuk ubi mendatang, aku berjaya meloposkan diri ke alam matrikulasyy. METRIXX Peneng. Bagi yang pernah belajar di matrix Peneng nih, dalam tahun 2000-2002 tak salah aku, terutamanya lelaki, konpom nama Ustat Saidin terpahat diingatan anda-anda semua.

Ustat Saidin adalah seorang yang baik, periang, alim ulamak (ya lah, nama pon ustat kan). Tapi, bagi budak-budak yang agak-agak jahil macam aku nih, memang meluat gila kat dia. macam budak sekolah menengah meluat dekat cekgu disiplin tuh. malah kemeluapan kami nih memang berkobar-kobarlah hendaknya.

Rejim 2000-2002 bagi kami adalah seperti rejim zionis ataupon israel di bawah pemerintahan Ustat Saidin. Dengar nama Saidin, bersepah lari tak cukup tanah. Tu belom buat salah lagi. Kalau korang ade buat salah, mati berdiri la jawabnya.

Ustat Saidin memang terkenal dengan kekreatifan menjalankan hukuman-hukuman beliau. Aku rasa dia nih ada PHD dalam bidang mentel toture kot. Nombor satu yang dia paling pantang, orang lambat bangun + tak pi sembahyang subuh berjemaah kat surau.

Nak dijadikan cerita, ada satu malam tuh aku tidoq lambat. Memang hari-hari tidoq lambat pon. Ntah apa yang aku buat, aku pon taktau. Layan tidoq baeeekk punya. Mimpikan Alizee kot kalau tak salah aku. Alizee pon tak kenal?Ala.. yang nyanyi balik lagu "La Isla Bonita Tuhh".

Tetiba, ZRASS, ZIAPPP. Pergh, berbirat betis aku rasa. Tampa sempat otak aku berfungsi dengan normal, "BABI! Haram jadah! Kalau ya pon nak melawak, jangan la time orang tidoq!". Budak budak bilik aku memang jenis melawak tahap bunuh orang punya time tuh.

Sekoyong-koyong penglihatan, terpapar jelas muka Ustat Saidin di depan mata aku. DAMN! "Sedapnya bahasa melayu hang? Dulu SPM dapat A1 ka?".




PANGG!

Kepala aku bingai selama dua hari. Ampun Ustat!

gravatar

hooOOJAN!

Pergh...


Hari-hari pon mau hujan. Bukannya nak marah sesapa, tapi hujan nih buat aku malas kerja. Tapi cerita hujan ni, memang aku teringat satu cerita yang agak haramjadah somewhere between 2000-2001.. Aku tak jelas sgt bila..

Hari tersebut awal gila aku bangun. pukol 6.00am dah bangun. Jadah apa aku terbangun awal entah la. Jangan kata mak aku pelik, ayam jiran sebelah yang selalu berkokok pagi pon pelik. Sound mak aku, "Mak, cek nak pi surau nih, sat lagi terus pi beli roti canai ka, nasik lemak ka.."..

"Hang ni demam ka?" balas mak aku. "Dak aihhhh..". Mesti terdetik kat hati mak aku yang tak sia-sia dia hantaq aku pi mengaji sekolah agama. TAPI, kalau dia tau aku saja nak pi surau pasai nak isap rokok pagi, mampoih kena tibai. HAhahah

Sebenarnya hari tersebut aku ada jemputan kenduri. Leha bunga yang jemput. Leha bunga nih memang lawa habiss la. Sebab tu berkobar-kobar nak pi maakan kenduri. Kakak dia kawen. Buat pulak dekat hotel kat Sungai Petani nuh.. Memang grand habis la. Aku dah pakat dengan Mat Rosli nak pi kenduri tu. "Kalau Leha bunga tuh cun nak mampos, sedara-sedara dia tuh confirm la cun. Baka sama la katakan. Buleh la nak ejas sorang dua." detik hati aku.

Jemputan pukul 1.00pm, so pukul 12.00 tu sedang elok la kalau merempit pegi. Alih-alih pukul 10 pagi tu hujan lebat gila! GILA! "Sat saja ni kot. Selalu hujan lebat macam ni tak lama.." nak bagi sedap hati sendiri la nih.. Rugi la terlepas Leha bunga yang lentik itu + makan kat hotel pulak.. PERGH..

Dalam pukol 11.00, hujan tak brenti lagi. Ishk.. KANSEL ke nih? Dalam dok saspen tu, Mat Rosli telepon. "Hang siap la, sat lagi aku pi ambik." "Hujan ni bai, nak naik apa?" aku perlu mengonfirmkan keadaan. Selamba haram Mat Rosli jawab, "Aku ada kenderaan, kalau hang takmau pi, aku pi sorang!". OKEH!

Mana buleh biaq dia pi sorang. Kalau dia dapat awek lawa nanti, tokak kaki pulak aku nanti. So, bersiap sakanlah aku. Takla sakan sangat pon sebenaqnya. Tapi tu la baju yang paling mahai dan beradap yang aku ada. Kemeja kotak-kotak biru, jeans levis siam, kasut airwalk dah siap kat luar. Mak aku dah pelik. "Bila adik beradik kenduri takmau pulak pakai elok-elok!" bising beliau.

Hujan masih lebat. PINNNNNNNNNNNN! Bunyi horn. Haaaa.. Kereta Mat Rosli dah sampai. "Mak, pi dulu......". Berdesup aku ke depan pintu. TAPI...


Berderau darah jantan aku bila aku nampak Mat Rosli...













Beliau datang dengan motosikal HONDA EX5, Berbaju hujan hitam, sambil tangan kiri menghulur baju hujan kuning ala-ala baju ponco tuh..

Babi hang Mat Rosli. Kemaruk jadah sangat ka aku nak pi kenduri tuh sampai sanggup nak redah hujan lebat nak mampos tu dengan moto? Aku ingat dia bawak kereta. "Hang pi lah sorang! Aku tak desperado sampai begini sekali."

Mat Rosli diam, terus start moto blah dari rumah aku. (Malam tersebut dia bagitau aku dia pon tak pi, malu nak pi sorang).


Dah tukar baju biasa, terus pi dapoq cari nasik. "Tadi belagak nak makan kat hotel.." sound mak aku..

JADAH!