gravatar

Sedekah Jariah

Hularsawasap...


Pihak bank dah banyak kali tanya. Kenapa gua dah lama tak bagi sedekah kat diorang? Pandai pulak diorang tu buat pelik. Dulu, time gua selalu bagi duit bulan-bulan, haram jadah takde kabar berita pon dari pihak diorang. Tanye khabar pon tak. Apatah lagi nak sms?

Bukan gua taknak nak kasi lagi sedekah tuh, gua nak kasi. Cuma gua saja je stop kejap. Gua nak tengok diorang nih perasan ke tidak akan kewujudan gua dimuka bumi mayapada ini. Ternyata pihak diorang memang haram tak sabar.

Jangan kata nak call @ sms, dah siap main pandai hantar surat. Kalau nak jumpa gua, meh la sini secara gentle kata mat salleh. Face to face. Ni main hantar-hantar peguam pulak. Jadah apa ni? Dah takde nilai kemelayuan langsungkah bangsa kita sekarang nih? Mana dia nilai-nilai retorik Islam Hadhari ataupon nilai yang paling baru, mazhab 1Malaysia tuh? Mana? Mana?





**Okeh, pada sapa-sapa yang belom bayar zakat fitrah lagi, boleh datang bayar kat gua. Gua ni dah kira boleh masuk dalam asnaf berlapan dah nih. Duit bank dah 3 bulan tak bayar! Mampos!