
Q u a c k L e n t a n g
Dah lu orang gila sangat main Fesbuk kan? Masuk Blog gua pun still nak terbayang Fesbuk? Memang KEMAROK!
- All
- Cerita
- Gambar
-
- Browse more categories
- apakejadah
- cereka
- Gambar
- game
- hobby
- info
- kawan2
- life
- makan dalam
- music
- muvee
- Niat Di Hati
- puasa
- raya
- sambung2
- sukan
- Tribute
- waddefak
- work
- zaman dulu
Pantaiku
-
-
1.1.20258 months ago
-
Azure DevOps4 years ago
-
-
-
End of Year Posting9 years ago
-
Tepu10 years ago
-
A Bizarre Incident10 years ago
-
malam semalam pekin menangis10 years ago
-
-
Umrah 2014 (part 1)11 years ago
-
Ramadhan 1433H13 years ago
-
Ini Sotong Goreng Emas ke apa?13 years ago
-
-
Lif Kerajaan13 years ago
-
-
Love Don't Love Me..15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Geng Terjun
Papan Iklan
Mai Mana
Showing posts with label hobby. Show all posts

Internet SuperHighway!!!
Semua season baru nak jalan serentak! Sigh.. Kan bagus kalau kat Opis lama. Line 10mbps dedicated. Laju sikit nak mendownload. Sigh... TM, sila beri perhatian kat line internet rumah gua.
1. How I Met Your Mother (Season 6) : 20 Sept 2010
2. House (Season 7) : 20 Sept 2010
3. Chuck (Season 4) : 20 Sept 2010
4. Cougar Town (Season 2) : 22 Sept 2010
* Apakejadah semua nak start masa yang sama nih?

Q u a c k L e n t a n g: hobby - Internet SuperHighway!!!
Thursday, August 26, 2010
at 10:42 AM
- 0 Comments


Alam Apakah Ini? : ALAM PERWIRA !!
Ehem-ehem...


Alam Perwira adalah karya agung penulis dan pelukis terkenal Hong Kong iaitu Tony Wong. Zaman kegemilangan komik ini di Malaysia gua rasa adalah zaman 90-an. Gua 1993/94 dah start baca komik ni kalau gua tak salah. Memang gila kentang. Dia punya masyuk sehinggalah ke alam fantasia bulan madu gayanya.
Bagi gua yang gila komik, memang hidup tak keruan time tu. Ada jugak pow orang untuk baca, ada jugak yang gua beli sendiri. Dia punya komik feel lain macam. Ada keluar masa tu Dewata Raya nak lawan komik nih, tapi gua rasa tak jalan. Ada komik-komik yang cerita relaks + main pedang + lawan-lawan (Pedang Setiawan & Raja Rimba), tapi Alam perwira memang menjadi poojaan hati gua.
Walaupon dia punya alih bahasa agak kelakar, (maybe direct translation) gua amat gemar membacanya. Gua boleh ulang baca chapter yang sama berpuluh kali. Mungkin keadaan tersebutlah yang menyebabkan tindakan mak gua membakar semua komik-komik gua semasa gua nak ambek paper UPSR. Gua panas. Lepas tu gua hilang semangat untuk mengikuti komik Alam Perwira lagi. Gua baca ayam-ayam saja. Gua tau jugak endingnya sikit-sikit.
Dulu, setiap minggu menunggu rasa bagaikan bertahun lamanya. Mengalahkan orang yang bercinta jarak jauh lagaknya. Satu chapter seminggu keluar, kadang-kadang miss, jadi dua minggu sekali. Gua memang panas kat mamak kedai buku tu kalau komik dah habis gua tak sempat beli. Gua sanggup naik teksi pergi ke pekan sebelah untuk cari komik tu.
Bayangkan kalau gua rajin menuntut ilmu sampai begitu gayanya, gua rasa gua dah jadi PA Menteri Kewangan dah sekarang nih.

Komik ini mempunyai 163 episod, start keluar pada harga RM1.50 senaskah dan makin meningkat harganya setiap tahun sehingga naskah terakhir berharga RM3.50 kalau tak silap. Lepas tu dijilidkan lagi dengan jilid saiz A4 untuk collector-collector komik pada tahun 2000 kalau gua tak salah. Ada 32 jilid semuanya. Dan lagi, dikecikkan manjadi saiz B5 selepas itu dengan 26 jilid (tahun 2006 kalau gua tak silap).
Dan sekarang, demi membalas dendam kat mak gua, dengan kesungguhan dan bekalan wang yang cukup dipoket gua, gua berjaya memiliki set lengkap komik poojaan hati gua. Berbekalkan semangat waja, gua berjaya meredah kilang komik tersebut semalam. Banyak gila komik lama-lama. Pastinya akan gua repeat nanti.

**Gua copy je summary cerita tersebut kat internet. Lengoh ketiak nak menaip yop! Nak baca, datang rumah gua, gua tak kasi pinjam!
"Pada pemerintahan Maharaja Zhou, dinasti Shang mengalami zaman pemberontakan rakyat yang tidak puas hati dengan corak pemerintahan yang bersifat zalim, kejam, brutal, gila seks, cukai tinggi (lintah darat), pilih kasih dan semua sifat yang jahat.
Setelah menilik mimpinya (tilikan bintang), maharaja Zhou telah sedar ancaman dan bahayanya Ji Fat di dalam pemerintahannya. Lalu baginda memerintahkan Duke Ji Chang mempersembahkan Ji Fat ke istana sebagai ganti tawanan terhadap abangnya, Ji Kao yang tinggal di kediaman istana.(sebenarnya...dia tu nak bunuh Ji Fat). Akan tetapi Duke Ji Chang yang terkenal dengan sikapnya yang taat setia kepada Raja telah melangsungkan upacara pemujaan terhadap Ji Fat selama tujuh malam untuk menjauhkan bahaya yang akan menimpa anaknya itu setelah dia juga menilik petanda-petanda semasa Ji Fat dilahirkan.
Bermula daripada pemujaan terhadap Ji Fat sehinggalah perjalanan ke istana, Ji Fat diduga dengan penuh pancaroba. Ji Fat telah mempelajari "Hikmat Alam Semesta" daripada bapa saudaranya Rahib Esa disamping tunjuk ajar bapanya sendiri. Malahan semasa di Kota Khayalan, Ji Fat turut juga mempelajari "Hikmat Kubah Berdarah", sejenis hikmat yang dikuasai oleh Tuan Punya Kota Khayalan, memperolehi Hikmat Pembalikan Bumi dan Angkasa oleh Rahib Esa dan juga Hikmat Pedang Kayangan. Ji Fat dibantu oleh Tok Jiang atau Jiang Ziya yg terkenal dalam sejarah purba China (pakar Ilmu Limunan) dan anaknya Jiang Chong, Tok Bulu Hijau, Ji Kao (abangnya yang dipengaruhi roh Ifrit Utama) dan lain-lain lagi.
Akhirnya pertarungan dengan Maharaja Zhou tidak dapat dielakkan lagi setelah berjuta-juta rakyat mati termasuklah jaguh-jaguh handalan seperti Ji Kao,Tok Bulu Hijau, Duke Ji Chang, Rahib Esa, Arya Mara, Ifrit Utama, Siluman Angkasa dan lain -lain lagi dalam pertempuran yang menggegarkan bumi dan angkasa.
Ji Fat yang ditemani oleh Pedang Kayangan berazam akan menghapuskan Maharaja Zhou yang zalim bagi membebaskan rakyat daripada kuasa zalimnya di samping melunaskan hutang darahnya atas kematian kaum kerabatnya."

Q u a c k L e n t a n g: hobby - Alam Apakah Ini? : ALAM PERWIRA !!
Tuesday, May 26, 2009
at 2:54 PM
- 7 Comments


Mesin Cap Abu
Gua ada beli mesin pancing baru. Cap Abu. Gua memang gemar cap-cap nama orang ala-ala melayu nih. Gua support habis.
Gua beli yang tak mahal sangat la. Mahal-mahal pon buat apa, gua bukan nak pancing ikan jaws. Gua dah bersemangat, pancing baru gua pon dah semangat.
Tapi gua rasa kitorang salah timing. Ikan tak dapat. Orang lain pon macam sorang dua orang jek yang dapat. HUH. Gua hangin satu badan.
Confirm kena repeat nih MAT!


**Gua rasa korang takde yang nak doakan kesejahteraan gua nih.

Gua Hero : Mana Boleh KUMPOW!
Jumaat, 27/03/2009
Dari pagi lagi tangan dah gatal semacam. Kepala dah tak berapa betul. Macam nak demam gayanya nih. Gua dah tau apesal. Dah lama gua tak menarik ikan. Dah 2 bulan gua tak pegi mancing. Kali ni mesti kena pegi. Gaji dah masuk, ada modal sikit, boleh racun Mat nih.
"Mat, pancing jom!" gua sound ala-ala semangat waja jaguh pancing. "JOM! Dah lama kita tak pancing." balas Mat bagai pucuk dicita ulam pucuk paku mendatang. Dah plan lebih kurang, kami akan sekali lagi menerjah kolam Sea Lion Klang. Alang-alang lama tak pancing, mesti mau ikan separuh mega. Nak ikan mega, gua kena pegi laut dalam la rasanya, pancing ikan jaws.
Gua dah berbunga. Tak sabar nak berentap. Plan dengan Mat dalam pukul 10.30malam la gua sampai rumah dia. Balik, makan, mandi, sempat lagi gua layan OIAM separuh. Hujan renyai-renyai bahasa tidak mematahkan semangat gua dengan Mat.
Gua dah cek kelangkapan gua. Gua punya barang, simple beb. Base habis la. Murah cikai tak ingat. Gua memang takde modal. Ade mata kail, batu ladung kecik, penyambung perambut. Tu je. Mesin gua yang cikai punya. Mesin RM 25, cap apa gua tak ingat. Tali 20 paund. Batang joran cap VIOS RM 18. Tidak la gua mampu nak ade bahan beratus-ratus bagai.
Gua sampai rumah Mat kat Kinrara dalam 10.35malam. Ikut jam gua la. Mat dah ready, tapi kami kena pi seksyen 7 Shah Alam kejap. Nak ambik barang keta kat penjual aksessori. Tunggu kat Petronas Seksyen 7, Persiaran kayangan. Gedebuk-gedebak bagai, setel satu urusan. Dalam pukul 12 lebih, baru kami gerak-gerak khas ke Klang.
Dah sampai, kami pi kolam 2. Dia ada banyak kolam kat sini. Kolam 2 pilihan hati kami la. Separuh mega punya ikan. Ikan yg saiz 1-6 kilo gua rasa dalam kolam ni. Ok la tu, ikan air masin, saiz gitu memang sesuai la dengan spec pancing gua yang murah tak ingat tu.
Malam tersebut orang tak berapa ramai. Sedang-sedang saja. Keadaan begini memang terbaik la. Senang gua nak buat aksi-aksi melampau nanti. Gua kan pemancing amatur.
Prepare lebih kurang, pasang-pasang semua, gua beli udang 4 ekor, ambik satu, pasang kat kail, gua baca doa makan lebih kurang, gua baling. Dah Mat pon setel semua, baru kami pi bayar kat kaunter. Maka bermulalah sesi menunggu ikan.
Sreeettt! Bingit bunyi pancing. Bersemangat menarik ikan. HUH! Mamat sebelah yang dapat ikan. Jenahak. Sekilo lebih rasanya. Selang 15 minit, naik lagi jenahak sekor. Mamat sebelah juga. Gua dengan Mat dah berbulu. Masa dah sejam lebih. satu hapah ikan pon tak naik lagi. Mat dah hangin.
Ada seplastik ikan kembung orang tinggalkan. Dah lama, busuk jugak. Mat ambik buat umpan. Umpan busuk, ikan cepat bau. Itulah teori hilang akal kami. Dalam 2 minit lepas Mat baling umpan, SREEETTTTTTT! Pancing beliau mengena! Terbaik punya layan. Dalam hati, mau jenahak kali ni. Berat lain macam. Datang kelibat ikan pon lain macam. Dalam 5 minit gitu, ikan naik. HUH! Gua buta ikan, gua taktau ikan apa!
Rupa-rupanya, Mat dapat ikan lagi mahal. Ikan Senangin. Terbaik. 2 kilo lebih gua rasa. Mat berbunga. Beliau sudah dapat lesen. Beliau cuba nak memanaskan hati gua. Gua memang panas. HAHA! Takkan gua nak balik KUMPOW (tangan kosong) . Gua cabut udang, gua kasi pasang umpan ikan busuk. Syukurlah pada sapa yang tinggal ikan kembung tersebut. Memang umpan terbaik kami.
Selang 15 minit, ada ikan dok main-main pancing gua. Gua rilek. Hero macam gua kena cool. Sekali SRASSS! Dia tarik baik punya. Gua cuba bertarung. Joran gua itu terserlah kemurahannya. Bergegar rod dan mesin. CEH! Setelah sedaya upaya, gua berjaya jugak naikkan ikan tersebut! Spesis yang sama, senangin, saiz lebih kurang Mat punya tadi. 2 Kilo lebih gitu. hampir mencecah 3 kilo. Gua tersenyum.
"Lu tengok, gua dah ada lesen!" HAHAHA. Sound gua pada Mat. Dah ramai pengunjung jugak yang dok usya-usya ikan mahal kami tu. Kami saja yang berjaya naikkan spesis ikan tersebut. Orang lain hanya jenahak, ikan merah, dah siakap sahaja. Tapi Mat hangin sedikit. Beliau memang nak cari ikan jenahak.
Setelah 2-3 sesi ikan terlepas, masuklah jam ke-3 lebih. Orang dah ramai balik. Pancing tak jalan sangat. Kami dah plan, cukup 4 jam, balik lah kita. ikan dah dapat sorang sekor. Gua hilang akal. Gua dengan akal sengal gua, ambik ikan busuk separuh, dengan tulang-tulang gua sangkut. Kalau ikan makan, mau tercekik tulang, boleh la gua dapat ikan lagi. Amacam? Bingai tak idea gua?
Dah dalam proses nak kemas-kemas balik, pancing gua terhenjut-henjut. Gua terus sebat, SREEETTTTTTTT! Mencanak ikan tarik. Berdesup umpan gua dia tarik. Ini sudah lebih. Saat-saat akhir ni lain macam pulak dia tarik. Setelah berhempas pulas, naik jugak ikan tersebut. Spesis yang sama jugak, tapi saiz dia lain macam. Besar lagi daripada yang 2 tadi. dah naik ikan, gua terus berkemas. Kami nak BALIK!
Sesi kali ini berjalan lancar. Kami balik dengan girang membawa ikan mahal. Kami timbang sebelum balik, 3 ekor dekat 10 kilo! Gua ambik sekor je ikan. Gua kasi 2 ekor kat Mat. Jiran dia ramai. Gua cuma makan berdua saja.
Sampai rumah, gua siang ikan, masuk fridge. Esoknya gua buat masak asam pedas! (Gua masak sendiri ok!) Terbaik. Gua goreng jugak sikit. Ada baki lagi nih. Gua tengah pikir-pikir masak apa lagi yang sedap dengan ikan mahal nih. Mat buat sup ikan. Dah macam kenduri.
Gua Hero, mesti kena tangkap ikan lebih dan lagi beso!
Gua Tengah dok jampi memanggil ikan
Gua buat perbandingan dengan kotak rokok Mat.
Hasil kitorang yang agak bagak
Asam pedas gua masak

Q u a c k L e n t a n g: hobby - Gua Hero : Mana Boleh KUMPOW!
Monday, March 30, 2009
at 9:16 AM
- 4 Comments


Aku kan KANAK-KANAK ribena lagi~~
Hari ni takdak benda menarik berlaku. Semua orang macam boring. CEO takdak. Aku pon join boring-boring juge la. HAHAHA. Walaupon banyak kerja.
Owh, salah satu hobi aku dari kecik adelah membaca komik. Ya adik-adik sekalian, diulang, KOMIK. Bagi aku ia adelah terapi minda yang amat berkesan mengalahkan Aromaterapi, Refleksologi, dan Psikoterapi. Banyak jugak yang aku baca.macam-macam.
Sekarang nih. Aku tengah baca YU GI OH!. Ya. Buku cerita budak-budak. Walaupon dah berkali-kali aku baca, tapi aku baca lagi okeh! Sebelum aku tidoq, layan dulu dua tiga bab, lepaih tu baru tidowq.
Kebolehan aku yang melampau ini memang mengelirukan pihak lawan la kadang-kadang. Buleh ulang baca komik yang sama berkali-kali. TAPi, yang bersiri la ye. Contohnya macam si YU GI OH! ni, ada 37 buku. Yang aku ada cuma 10 je. Tu pon part yang last-last.
Ye la. Dulu taim sekolah tak mampu beli. Main pow orang saja baca. HAHAHAA. Aku mempunyai impian untuk buat laibreri komik disatu masa nanti. Akan ku racun bakal anak-anakku nanti untuk menjadi gila komik macam bapak dia! HAHA.
Bab-bab belajaq, kan mak dia ada okeh! Mak dia pandai, rajin baca novel-novel omputeh yang aku haram tak buleh baca langsung tu. So, otometikly, bila anak-anak aku dah boring belajar dengan bini aku, ada la hiboran bersama bapak mereka pule.. HUih. jauh merapu dah ni..
YU GI OH! ni bercerita tentang seorang budak yang dapat benda zaman mesir dulu. Zaman piraun la kot. SO dia jadi ala-ala raja main kad. Trading Card game. Ada la resakse-resakse dia, dan magik-magik yang tertentu. Budak Yugi nih membantu roh piraun yang baik untuk mencari balik memori dia yang hilang.
So, kepada anak-anak sekalian, kalau nak tau cerita lanjut, boleh ditorrentkan cerita animasi dia sendiri kat enternet. Kalau penyegan sangat, mai la rumah aku kalau nak baca komik dia.
Aku kan KANAK-KANAK ribena lagi
**Kalau nak mai tu, bawak la buah jangguih ka, pelam ka, nasik paprik ka. Kami tidak menyediakan perkhidmatan katering untuk anda semasa berada di rumah kami.
Sekian.





Q u a c k L e n t a n g: hobby - Aku kan KANAK-KANAK ribena lagi~~
Wednesday, February 18, 2009
at 2:45 PM
- 0 Comments


Sapa dia Elizabeth Wong?
Aku pon tak paham la apa masalah minah ni, dan juga masalah orang-orang lain.
Semalam, TV3 boh berita dia sampai setengah jam! orang tu nak komen, orang
nih nak komen. Menatang apa la hampa semua nih. gambaq makcik tua tu pon nak
kecoh-kecoh. Dia dah TUA! buruk la dok pi nak gebang pasai cerita dia tidoq
bogel.
Apa-apa pon, isu keja aku dah banyak nak setel; payment, pokok bunga,
maintenen, toilet, bla bla bla..... sepanjang dok rilek-rilek ayam nih, ada
member mai dok YM dgn aku
Kuluppudin : DING!
M : Hoih. apa mau?
Kuluppudin : Hang ni dok mengulaq saja. takdak gheja ka?
M : Ada. Saja dok main-main.
Kuluppudin : Hoi, jom pi mengai. Walaupon hang tak terrer, tapi nasib tu
ada.
M : Nak pi tang mana?
Kuluppudin : Aku tau hang malaih dah nak mengai kolam ayaq tawaq.
Jom la pi Serdang. Ayaq masin.
M : Huih.. aku takdak duit. Gaji lambat lagi. Lagipon kolam
serdang tuh macam haram. Siakap saja ada. Aku takdak
luck sangat la kolam tu.
Kuluppudin : Dahtu? Nak pi Sea Lion? Best sikit la.
M : Hang nih nak aku cakap bahasa UGANDA ka? Aku takdak
duit!
Kuluppudin : Allah, sekali sekala nak bersuka ria dengan kawan-kawan
pon berkira.
M : Bukan berkira, tapi kalau nak harap hang belanja, sampai
pat tahun depan pon aku tak mengai.
Kuluppudin : Aku takdak duit sangat.
M : Dahtu? dok gatai dok bakaq aku ajak pi mengai ni awat?
Kuluppudin : Saja la. Lama tak lepak-lepak.
M : Nak lepak pi kedai mamak pon buleh.
Kuluppudin : Ya la tuuu.
M : Tapi kan, kalau lepaih dapat gaji, buleh jugak la nak pi
mengai.
Kuluppudin : Hang nak belanja aku?
M : HARAM JADAH!
Kuluppudin : Haahaha. Buleh la kot. Roger la ramai orang lagi.
M : Budak opis aku ada la sorang. Kalau aku roger dia mau
pi punya.
Kuluppudin : OK. Hang tau la. Semanjak kawen nih, lepak kedai-kedai
mamak ni tak tenang sangat. Nak layan kepala kena
la pi mengai.
M : Suka hati hang la. Tapi aku tools tadak tau. Ada mengai
dengan mata kail saja. Aku nih pemancing part time.
Tak la macam hangpa. Tools mengai macam nak pi
mengai ikan paus.
Kuluppudin : Celaka! Perli nampak..
M : Haahahah.
Mengai? Buleh saja. Jomla sapa-sapa nak pi~~


***gheja = kerja
tang = kat
mengai = memancing
awat = kenapa

Q u a c k L e n t a n g: hobby - Sapa dia Elizabeth Wong?
Tuesday, February 17, 2009
at 2:11 PM
- 0 Comments
