Ini Kisah Si Brader RON...
Salam.
Gua takde masa nak bercerita pasal si Ronaldo yg dah tak glemer kat Real tuh. Kalau lu expect gua nak cerita pasal melepak kat kedai haji Ron, lu kena baca blog PIPI. Bukan blog gua. Gua cuma nak kasi info, yang minyak RON95 dah mula berada di pasaran setempat kelumpo! Oleh itu, gua telah mengambil peluang ini semalam untuk cuba try test minyak yang taklah sejimat mana ni.
Gua isi 5 ringgit semalam. Harga tak murah pon. RM1.75 seliter. Kalau yang RON97 tu RM1.80. Sekarang la. Bulan 9 nih naik le dia. Jadi RM2lebih kot. Gila betul harga minyak kerajaan nih sekarang. Untuk pengetahuan korang yang memang masih belom tau, gua menggunakan jentera berkuasa separa laju Honda Ex5.
Hujan lebat jugak semalam. Tapi proses review minyak gua tetap akan dilangsungkan. Mula-mula start je gua dah rasa tak sedap hati. Bunyi moto gua dah lain macam rasanya. Tapi itu perkara biasa. Gua memang mungkin ada tendency bias kepada minyak baru ini.
Sepanjang perjalanan, gua rasa lebih kurang sama saja. Gua cuba cilok-cilok sikit, pecut mana yang patut, koner baring dua tiga kali. Top Speed lebih kurang je gua rasa, mungkin kurang sedikit daripada penggunaan RON 97. Gua pakai EX5 standart pekak. Gila apa top speed nak cecah 180km/j. Maksimum bole pegi cuma 110. Minyak RON95 gua rasa top speed 100. RON97 bole pegi 105-110. V-POWER bole kasi moto gua enjut sampai 110-120. Kira standert habis la tu ye tak?
Oh ya, itu gua main agak-agak je la. Kabel meter kelajuan gua dah lama gua buang, so meter tak jalan. Pelumba jalanan macam gua nih memang tak main la tengok-tengok meter. Gua main enjut sepenuh keyakinan diri. Bawak moto kena tengok kenderaan sekeliling, bukan nak tengok meter!
Sepanjang pemanduan gua semalam, gua dapat rasakan bahawa dengan RON95 ni, daya tujahan @ pikap bak kata orang kampung gua, sedikit kekurangan. Gua sudah sedikit kecewa dengan hasil ujian gua. Bukan gua nak bawak laju sangat, tapi pagi-pagi gua kena kejar swipe in kat opis. Clocking opis tuh bukannya nak tunggu gua, dan gua bukannya jenis nak datang awal sangat. Gua bajet ngam2 saja untuk datang opis.
Oleh kerana petang semalam hujan, gua kasi lagi satu peluang kepada RON95. Pagi tadi, gua memang kasi pemanduan terbaik gua. Gua kasi pemanduan yang paling Valentino Rossi. Denagn posisi menyerang (attacking position), pencilokan terbaik, gua berjaya sampai ke opis dalam jangkasama 42 minit. Selalunya gua akan sampai dalam jangkamasa 30-35minit sahaja. Jelas sekali kekurangan sedikit pikap memberi impak yang besar kepada jentera berkuasa sederhana gua.
Kalau korang nak tau kadar kebolehan enjin jentera korang dengan minyak RON95, korang bole pegi SINI.
Pada pandangan gua, RON95 adalah tektik sulit kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah mat rempit di jalan raya. Pikap kurang sikit.
Jangan sampai gua nampak ada mersedis @ bmw yang isi RON95 ni bulan depan. Takkan pakai kereta mahal nak isi minyak murah kot??
Post a Comment