gravatar

Aku kan KANAK-KANAK ribena lagi~~



Hari ni takdak benda menarik berlaku. Semua orang macam boring. CEO takdak. Aku pon join boring-boring juge la. HAHAHA. Walaupon banyak kerja. 


Owh, salah satu hobi aku dari kecik adelah membaca komik. Ya adik-adik sekalian, diulang, KOMIK. Bagi aku ia adelah terapi minda yang amat berkesan mengalahkan Aromaterapi, Refleksologi, dan Psikoterapi. Banyak jugak yang aku baca.macam-macam. 


Sekarang nih. Aku tengah baca YU GI OH!. Ya. Buku cerita budak-budak. Walaupon dah berkali-kali aku baca, tapi aku baca lagi okeh! Sebelum aku tidoq, layan dulu dua tiga bab, lepaih tu baru tidowq.


Kebolehan aku yang melampau ini memang mengelirukan pihak lawan la kadang-kadang. Buleh ulang baca komik yang sama berkali-kali. TAPi, yang bersiri la ye. Contohnya macam si YU GI OH! ni, ada 37 buku. Yang aku ada cuma 10 je. Tu pon part yang last-last.


Ye la. Dulu taim sekolah tak mampu beli. Main pow orang saja baca. HAHAHAA. Aku mempunyai impian untuk buat laibreri komik disatu masa nanti. Akan ku racun bakal anak-anakku nanti untuk menjadi gila komik macam bapak dia! HAHA.

Bab-bab belajaq, kan mak dia ada okeh! Mak dia pandai, rajin baca novel-novel omputeh yang aku haram tak buleh baca langsung tu. So, otometikly, bila anak-anak aku dah boring belajar dengan bini aku, ada la hiboran bersama bapak mereka pule.. HUih. jauh merapu dah ni..


YU GI OH! ni bercerita tentang seorang budak yang dapat benda zaman mesir dulu. Zaman piraun la kot. SO dia jadi ala-ala raja main kad. Trading Card game. Ada la resakse-resakse dia, dan magik-magik yang tertentu. Budak Yugi nih membantu roh piraun yang baik untuk mencari balik memori dia yang hilang. 


So, kepada anak-anak sekalian, kalau nak tau cerita lanjut, boleh ditorrentkan cerita animasi dia sendiri kat enternet. Kalau penyegan sangat, mai la rumah aku kalau nak baca komik dia.


Aku kan KANAK-KANAK ribena lagi


**Kalau nak mai tu, bawak la buah jangguih ka, pelam ka, nasik paprik ka. Kami tidak menyediakan perkhidmatan katering untuk anda semasa berada di rumah kami. 


Sekian.