gravatar

AirAsia Great Deals!!



Sepang, 19 Februari 2009. Pengarah Urusan Air Asia Berhad, Tony Fernandes telah mengumumkan pelan tindakan pengoperasian terbaru syarikat tambang murah beliau pada pagi tadi. Pelan tersebut akan merangkumi aspek-aspek keselamatan penumpang, keselesaan penumpang, kepuasan pekerja, dan juga yang paling penting kata beliau ialah bayaran yang bakal dibayar oleh penumpang.



"Pihak kami memang sentiasa (24 jam) memerah keringat dan idea bagi mencari kos yang paling murah bagi pelanggan-pelanggan kami. Penumpang-penumpang Air Asia sepatutnya boleh mendapat faedah yang lebih baik dengan pelan tindakan yang terbaru ini", kata beliau.


Sebelum itu, Tony telah mengumumkan yang Air Asia bakal menerima 20 lagi pesawat terbaru mereka pada awal Mac depan. Air Asia dijangka akan memulakan penerbangan ke Perth, JFK,  dan Dubai. 


"Hasil daripada pertemuan saya dengan CEO India Air, Encik Malayami Kutalanam pada dua bulan lepas, mereka telah berjanji akan berkongsi pelan mereka dengan Air Asia. Bagi saya, perkara ini adalah amat baik bagi syarikat kami dan juga pelanggan yang kerap menggunakan perkhidmatan udara ini", tambah Tony.


"Setiap pesawat yang bakal tiba ke LCCT nanti, (merujuk kepada 20 pesawat yang bakal tiba) kita akan lengkapi pesawat tersebut dengan susun atur yang baru bagi meminimumkan kos pesawat dan juga penumpang akan dapat terbang dengan harga yang cukup murah."


Selepas Mac ini, penumpang syarikat penerbangan murah Air Asia, cuma perlu membayar RM 20 sahaja untuk kos penyelenggaraan dan juga cukai lapangan terbang. Semua tiket ke seluruh semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM 10 untuk satu tempat duduk, serta Sabah dan Sarawak hanyalah RM 25 bagi satu tempat duduk. 


Penerbangan Antarabangsa pula, maksimum harga tiket hanyalah RM 500, iaitu penerbangan ke London. Pihak Air Asia menjangkakan pelan yang baru ini selaras dengan kehendak pelangggan dan menjangkakan sebanyak 50 juta penumpang p
ada tahun 2009 ini.


























Layout terbaru Air Asia :