Resolusi
Yo korang..
Pagi-pagi buta, gua bukan nak buat resolusi hidup mahupon resolusi tambahan injuksi dana bantuan kerajaan. Gua cuma nak cakap pasal resolusi komputer anda.
Ada yang dah start berbunyi ala-ala kompang kenduri kawen.. "Gile bapak lu punya blog font, beso sangat!", "Lu ada kasi makcik-makcik rabun ke baca blog lu?".. dan sebagainya.
Untuk menjelaskan perkara berbangkit diatas, hendaklah difahami bahawa gua pakai monitor pc yang agak besar di opis gua. Standart gua pakai 17 inci punya, plus ada lagi 22 inci punya monitor kadang-kadang (gua rasa CEO gua pun tak pakai monitor gabak macam ni). Sebab? Gua kena monitor cctv opis gua sekali sekala.
Kalau kat rumah, memang notebook gua gua kasi pasang kat LCD 32 inci. Puas mata memandang kalau-kalau nak tengok aksi-aksi awek bertudung terkini dalam bentuk 3gp! (Haha.. macam gampang). Gua tengok movie download la. Apakejadah asyik nak layan aksi-aksi melayu sengal di zaman ini tu.
So, resolusi komputer opis gua agak beso iaitu 1280 x 1024 kalau mengikut kiraan pixel monitor. Kalau kat rumah, gua pakai 1280 x 768 (widescreen la katakan). So gua rasa kalau korang pakai 1024 x 768 pon maseh bole ngam lagi font dia kan?
Kalau ade sebarang pertanyaan, sila pegi kaunter pertanyaan. Bukan datang cari gua kat opis gua. Gua takde masa nak melayan korang. Tapi, kalau ada nak komplen, korang bole kasi unjurkan komplen korang kat atas hujung sebelah kanan entry nih. Korang ada nampak awan komulunimbus atas sana, kasi klik, bole hanto komplen.
Makaseh
bagus la besar..
senang sket aku nak baca...
Post a Comment