gravatar

Hang Tuah ENAM Bersaudara


Lokasi : Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah
Ahli : Pengurusi (Dato') + 6 Ahli lembaga pengarah

Selepas mesyuarat lembaga pengarah syarikat separa kerajaan, rehat minum pagi diadakan selama setengah jam. Bagi memecahkan kebuntuan dan ketegangan mesyuarat sebentar tadi, si Dato' mula bersuara..

"Korang tahu tak, kalau mengikut sejarah negeri Melaka yang sebetulnya, Hang Tuah tu ada enam bersaudara.." Dato' tersebut selambe membuka cerita beliau.

Yang lain-lain tertarik dengan cerita tersebut, semua kusyuk dan tawaddhuk' memasang telinga. Salah seorang ahli lembaga tersebut adalah seorang orang tua yang memang kaki bodek, kaki ampu, kaki kipas.. kaki botol, gua tak pasti..

"Ada Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir, Hang Kasturi.." si Dato' meyambung lagi ceritanya.

"Hang lagi satu tu apa namanya Dato'?" si tua bertanya. Konon-konon boleh bodek nak jadi CEO lah tu..

"Hang tanya, HANG BODOH!" jawab Dato' disambung dengan uraian gelak ketawa ahli-ahli lembaga pengarah yang lain.


*"Budak darjah 3 pun tahu Hang Tuah ada 5 saudara sahaja," gertak hati gua sambil menahan gelak..