Q u a c k L e n t a n g
Dah lu orang gila sangat main Fesbuk kan? Masuk Blog gua pun still nak terbayang Fesbuk? Memang KEMAROK!
- All
- Cerita
- Gambar
-
- Browse more categories
- apakejadah
- cereka
- Gambar
- game
- hobby
- info
- kawan2
- life
- makan dalam
- music
- muvee
- Niat Di Hati
- puasa
- raya
- sambung2
- sukan
- Tribute
- waddefak
- work
- zaman dulu
Pantaiku
-
-
Azure DevOps3 years ago
-
-
Jamil di Korea - Part 14 years ago
-
-
End of Year Posting9 years ago
-
Tepu9 years ago
-
A Bizarre Incident9 years ago
-
malam semalam pekin menangis9 years ago
-
-
Umrah 2014 (part 1)10 years ago
-
Ramadhan 1433H12 years ago
-
Ini Sotong Goreng Emas ke apa?12 years ago
-
-
Lif Kerajaan13 years ago
-
-
Love Don't Love Me..15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Geng Terjun
Terjunan
-
▼
2009
(83)
-
▼
June
(14)
- Transformers 2
- Naik Pangkat
- MAC
- Gila Udang
- A B C D E F !!
- 'Maltitasking' Membahayakan Kesihatan
- Tekanan Perasaan
- 80 Joota Pound Sterling (GBP) : Boleh Beli Apa?
- Let Shake Our Own Building!
- Amok Majlis Kawin
- Gila Apa Baru 4hb Duit Dalam Bank Dah Ada Di Tahap...
- Resolusi
- Hang Tuah ENAM Bersaudara
- Tengkieuu Jaya BELLE
-
▼
June
(14)
Papan Iklan
Mai Mana
Archives
YO
Gua kembali. Dalam kesibukan cuti gua dan kesibukan gua menjalankan tanggungjawab gua, sempat jugak gua carik slot nak tengok cerita Transformers. Standart cerita robot la gua boleh cakap. Nak review panjang-panjang, gua malas.
Setelah habis cerita, dalam proses bangun dari kerusi panggung,
Ali (member gua) : Aku memang tak boleh lupa part Megan Fox lari tuh. Dia punya B**bs tu memang menggiurkan!
Gua : Tengok je, tak boleh pegang.
Gua dah tau dah member gua nih otak dia kesitu je perginya. Dah keluar, gila ramai umat. ye lah 5 panggung buka cerita tuh dalam masa yg sama. Memang carik untung betul tokey panggung tuh. Dalam bersesak-sesak nak keluar tuh, member gua boleh buat ayat yang gua memang langsung tak sangka nak keluar dari mulut dia.
Ali : Pergh, kalau kita pegi haji, macam ni la agaknya Saie' eh. Jalan slow-slow orang ramai.
**Cuba korang bandingkan ayat beliau yg mula-mula dengan ayat beliau yang last tuh. Rasa macam nak terajang! Cepat betul beliau cuba nak insaf!
Naik Pangkat
Assalamualaikum
Alhamdulillah, wife gua dah selamat melahirkan cahaya mata gua. Blog gua akan bersawang selama seminggu disebabkan kejadian tersebut. Kawan-kawan sila pos hadiah. John, gua nak hadiah ferrari.
**Btw, anak gua adalah seorang awek hot
MAC
Yo
CEO gua hari nih berperangai pelik. Tiba-tiba dia sound gua dia nak pakai MACBooK. Apa cerita ini semua? Gua tak kesah sangat la. Tapi ada ka dia suruh gua yg bagi tutorial kat dia cara-cara nak pakai MAC?
Gua pon tak lepas lagi nak pakai. Ada sapa-sapa boleh tolong gua? Tolong ajar aplikasi Keynote pon jadi la.
**Gua nak keluar pegi MAChines kat MIDVALLEY. Kena beli MACBOOK AIR nih gamaknya.
Gila Udang
Area : Taiping
Lokasi : Kuala Sepetang
Nama Saintifik : Mee Banjir Udang
Modus Operandi : Udang fresh dimasak bersama mee.
Harga : RM 8.00 untuk Udang Saiz MeGa
RM 6.00 untuk Udang Saiz Besar (seperti gambar)
RM 5.00 untuk Udang Saiz Sederhana
**Udang saiz kecik tak jual sebab nak buat udang kering.
A B C D E F !!
Selamat Sore..
Hari ini, dia punya panas lain macam. Kepala gua pon dah start bingai. So, gua nak kasi up satu entry. Kasi bakar sikit kawan-kawan di hari yang panas membara ini.
Gua bukan nak ajak lu orang belajar tulisan @ huruf-huruf rumi. Tapi gua nak kasi up satu entry yang gua kasi nama sendiri.
Okeh, gua mula. Gua ada kawan. Nama kawan gua Ptit. Nama penuh dia gua rasa Fadhlee Fitri Abu bakar. Bapak Ptit ada bukak kedai minum. Gua rasa, mungkin ramai orang dah pernah jejak kaki kat kedai bapak beliau nih. Gua ada la jugak 2-3 kali pegi minum sana kasi buah pikiran gua berkembang sikit masa dulu-dulu.
Menu lain gua tak heran. Banyak kedai yang boleh lawan menu dia. Tapi.. dia punya ABC (Air Batu Campur), memang CHAMPION. Gua rasa area Shah Alam, ABC dia yang paling hero. Lokasi, dah berubah. Medan Selera baru Seksyen 2 Shah Alam. Nama kedai sama. FRADOO ABC no 14.
Nak tau lebih, boleh pi tanya kat blog adik Ptit sini (gua pon tak pasti adik Ptit nombor berapa, awek, belom kawen, lu orang boleh ngorat).
Gua taktau apa nama menu ABD dia. Tapi gua bagi nama sendiri jek. ABCDEF!
Air Batu Campur Dengan Eskrem Fantastik
**Gua ingat Sabtu nih kena turun Shah Alam. Nak tuntut ABCDEF free sebab gua dah promote
'Maltitasking' Membahayakan Kesihatan
drill dinding - paku dinding - gantung whiteboard
check claim - key in claim - hanto claim
approve training - proses training - hanto training
beli paper - servis mesin xerox - ambek meter reading
ambik gambar - edit gambar - print gambar
kira bajet - ambik duit - beli barang
angkat telefon - telefon supplier - haram jadah tak angkat
James Bond pon boleh "kaput" kalau hari-hari rutin macam ni!
**Gua boleh buat rutin James Bond sebab rutin dia ada 2 saja ; main tembak-tembak & main pompuan. HUH!
Q u a c k L e n t a n g: June 2009 - 'Maltitasking' Membahayakan Kesihatan
Monday, June 15, 2009
at 4:01 PM
- 1 Comment
Tekanan Perasaan
Apakejadah blog gua jadi macam ni? Dah masok 4 hari dah ni. Ke sebab google chrome ni dengki dengan gua?
John, gua tau lu pakai chrome. Kasitau la sikit apa problem yang melanda blog gua nih.. HUH
Gua nak kasi poll kali nih. Sapa pakai chrome, sila kasi komen. Malas nak tulis panjang pon takpe.
Kalau ramai yang pakai chrome, gua nak tuko layout haram jadah nih
Makaseh.
80 Joota Pound Sterling (GBP) : Boleh Beli Apa?
Kalau Gua, gua nak beli satu pulau, kasi dok sana diam-diam.
Kalau CEO gua, gua syak dia mesti beli kerata baru, atau jet peribadi.
Kalau bapak gua, dia mungkin beli kereta baru, motor besar baru, holiday sana-sini.
Kalau bekas bos gua, gua syak dia dah pi jadi warganegara Australia dah. Lepak sana diam-diam.
Kalau sorang member gua ni, (gua ada interview dia tadi) dia nak kawen 4, lepas dua bulan cerai, lepas tu kawen 4 lagi, dan seterusnya..
Kalau seketeri tempat gua keje, gua syak dia dah beli pasaraya Jusco tuh, kasi letak nama pasaraya dia.
Kalau si Daren, gua syak dia akan pi holiday sana sini, skuba diving semua laut.
Kalau si Liana dgn Kak Zaini, gua rasa selang seminggu diorang pegi Paris shopping. (Ye la kan, masa miskin bole le shopping kat Bandung, dah kaya pegi le Paris pulak).
Kalau Amin, gua tak pasti apa yang dia nak buat. Invest? Beli Kelapa Sawit? Arghh! Susah nak baca pemikiran beliau.
Kalau si Pakcik John, dia akan beli 10 Ferarri, letak kat sepanjang jalan dari Alor Star, Peneng, hinggalah ke KL. Jalan sikit, tukar kereta. Jalan lagi, tukar kereta.
Kalau blogger-blogger lain, korang bole tambah apa yang korang nak buat dengan duit banyak tu dalam ruangan komen.
Kalau kompeni gua pulak yang dapat, gua confirm duit tu akan habis dalam masa 3 tahun. Pandai je diorang nih nak menghabiskan duit.
TAPI,
Dengan 80 Juta Great Britain Pound Sterling, Real Madrid cuma boleh pikir nak beli Christiano Ronaldo Ronalbi?
**Patut management Real Madrid datang diskass dengan gua dulu apa yang dia boleh buat dengan duit banyak macam tu..
Q u a c k L e n t a n g: June 2009 - 80 Joota Pound Sterling (GBP) : Boleh Beli Apa?
Friday, June 12, 2009
at 10:21 AM
- 9 Comments
Let Shake Our Own Building!
The building has been tested. But its start to tremble lately. Will we get our answer tomorrow? We have to wait. Oh by the way, this news is about my company.
There was no report from the Meteorological Department of any earthquake. Little bird reported of "tremor" felt near Sentral at Jalan Sentral Stesyen 5 late yesterday afternoon. The Chairman was said to be in a state of shock from the “mild earthquake” after lunch.
Many questions were asked. Who leaked it? How could anyone have known about it? What else do they know? Should we ignore these "housewife, unemployed, and goblog"? The public relation people must be scrambling to figure out a response.
Many questions were asked. Who leaked it? How could anyone have known about it? What else do they know? Should we ignore these "housewife, unemployed, and goblog"? The public relation people must be scrambling to figure out a response.
**Amacam? Ada baik tak gua kasi post dalam bahasa orang puteh?
Q u a c k L e n t a n g: June 2009 - Let Shake Our Own Building!
Tuesday, June 9, 2009
at 2:57 PM
- 0 Comments
Amok Majlis Kawin
Gua ada bawak rombongan kawin pegi Kuala Terengganu. Nikah kat rumah penganting perempuang je. Sampai je rumah penganting, gua pulak yang start berdebar. Sapa yang akad nikah ni?
Gua steady, tok kadi baru sampai. Gua steady lagi. Bila penganting perempuang dah keluar, gua tak sedap duduk. Diorang isi borang itu ini, tok kadi buat lawak lebih kurang, debar gua dah lain macam. Gua tengok penganting lelaki rilek-rilek ayam je. Asal gua pulak yang tak tentu hala ni?
"Saudara Azmang, aku nikahkan dikau bla bla bla blah..." tok kadi dah start.
"Aku terima nikahnya dengan mahar yang tersebut itu" sambung penganting lelaki.
Pergh, sekali enjut jek tok kadi dah sah. Tapi tu perkara kecik. Hati gua dah start kucar kacir time tok kadi baca doa. Gua rasa macam nak amok habis-habisan, tapi majlis orang. Bila penganting dah start bergambar, gua memang dah tak boleh tahan.
Gua bangun, terus menghala ke abang ipar penganting perempuang. "Apa nak jadi pon, jadi la" getus hati gua. Gua melangkah dengan tersusun bak pendekar tuah berada di hadapan panglima majapahit. Gua semakin rapat. Brader tersebut dah perasan dengan penghampiran gua.
"Err.. bang. Boleh tumpang toilet? Sakit perut ni.."
Q u a c k L e n t a n g: June 2009 - Amok Majlis Kawin
Monday, June 8, 2009
at 10:07 AM
- 3 Comments
Gila Apa Baru 4hb Duit Dalam Bank Dah Ada Di Tahap Miskin Tegar?
Kain Batik - Baju Kelawar - Kain Songket - Kain Pelekat
Nasi Dagang - Singgang - Laksam - Satar
Kepok Ikan - Kepok Udang - Kepok Lekor - Kepok Sayur
Nekbat - Akok - Asam Gumpal - Jala Mas
Apa korang ingat gua ada masa ke nak cari semua benda tuh? Gua turun Kuala Terengganu sebab nak melawat stadium mahal yang roboh bumbung tuh. Apa kelas pegi Kuala Terengganu nak cari benda-benda gitu.
*Gua rasa, gua nak makan Chicken Chop dengan Mekdi je nanti. Baru orang tau gua nih datang dari kelumpo!
Q u a c k L e n t a n g: June 2009 - Gila Apa Baru 4hb Duit Dalam Bank Dah Ada Di Tahap Miskin Tegar?
Thursday, June 4, 2009
at 4:37 PM
- 2 Comments
Resolusi
Yo korang..
Pagi-pagi buta, gua bukan nak buat resolusi hidup mahupon resolusi tambahan injuksi dana bantuan kerajaan. Gua cuma nak cakap pasal resolusi komputer anda.
Ada yang dah start berbunyi ala-ala kompang kenduri kawen.. "Gile bapak lu punya blog font, beso sangat!", "Lu ada kasi makcik-makcik rabun ke baca blog lu?".. dan sebagainya.
Untuk menjelaskan perkara berbangkit diatas, hendaklah difahami bahawa gua pakai monitor pc yang agak besar di opis gua. Standart gua pakai 17 inci punya, plus ada lagi 22 inci punya monitor kadang-kadang (gua rasa CEO gua pun tak pakai monitor gabak macam ni). Sebab? Gua kena monitor cctv opis gua sekali sekala.
Kalau kat rumah, memang notebook gua gua kasi pasang kat LCD 32 inci. Puas mata memandang kalau-kalau nak tengok aksi-aksi awek bertudung terkini dalam bentuk 3gp! (Haha.. macam gampang). Gua tengok movie download la. Apakejadah asyik nak layan aksi-aksi melayu sengal di zaman ini tu.
So, resolusi komputer opis gua agak beso iaitu 1280 x 1024 kalau mengikut kiraan pixel monitor. Kalau kat rumah, gua pakai 1280 x 768 (widescreen la katakan). So gua rasa kalau korang pakai 1024 x 768 pon maseh bole ngam lagi font dia kan?
Kalau ade sebarang pertanyaan, sila pegi kaunter pertanyaan. Bukan datang cari gua kat opis gua. Gua takde masa nak melayan korang. Tapi, kalau ada nak komplen, korang bole kasi unjurkan komplen korang kat atas hujung sebelah kanan entry nih. Korang ada nampak awan komulunimbus atas sana, kasi klik, bole hanto komplen.
Makaseh
Hang Tuah ENAM Bersaudara
Lokasi : Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah
Ahli : Pengurusi (Dato') + 6 Ahli lembaga pengarah
Selepas mesyuarat lembaga pengarah syarikat separa kerajaan, rehat minum pagi diadakan selama setengah jam. Bagi memecahkan kebuntuan dan ketegangan mesyuarat sebentar tadi, si Dato' mula bersuara..
"Korang tahu tak, kalau mengikut sejarah negeri Melaka yang sebetulnya, Hang Tuah tu ada enam bersaudara.." Dato' tersebut selambe membuka cerita beliau.
Yang lain-lain tertarik dengan cerita tersebut, semua kusyuk dan tawaddhuk' memasang telinga. Salah seorang ahli lembaga tersebut adalah seorang orang tua yang memang kaki bodek, kaki ampu, kaki kipas.. kaki botol, gua tak pasti..
"Ada Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir, Hang Kasturi.." si Dato' meyambung lagi ceritanya.
"Hang lagi satu tu apa namanya Dato'?" si tua bertanya. Konon-konon boleh bodek nak jadi CEO lah tu..
"Hang tanya, HANG BODOH!" jawab Dato' disambung dengan uraian gelak ketawa ahli-ahli lembaga pengarah yang lain.
*"Budak darjah 3 pun tahu Hang Tuah ada 5 saudara sahaja," gertak hati gua sambil menahan gelak..
Q u a c k L e n t a n g: June 2009 - Hang Tuah ENAM Bersaudara
Monday, June 1, 2009
at 10:04 AM
- 0 Comments
Tengkieuu Jaya BELLE
Oh..
Gua dapat award yang pertama. Gua rasa si Belleee tuh dah hilang deria rasa agaknya? Korang nak tau apa description yang dia bagi aku?
"Award 'A Sloberry Kiss' ini adalah untuk mereka yang buat aku ketawa dan garu kepala.." LA.DIVA.LA.BELLE.
**Ada ke orang ketawa sampai garu kepala baca bog nih? Gua langsung tak sangka..