Gua Berdarah Bisnessman #2
Sawadheekhapppppppppp..
Setelah Gua mati akal dengan masalah kemelesetan ekonomi gua, akibat penarikan balik subsidi kerajaan terhadap lesen perniagaan ikan masin gua, gua cuma mencari jalan untuk memperolehi bisness yang baru. Semangat kali ini lebih menjurus kepada bisness join venture ataupun jika di alih bahasakan ke dalam bahasa melayu pasar di tempat gua berbunyi, gua jadi kuli orang.
Peluang keemasan muncul dipertengahan tahun 1994 apabila seorang makcik member gua memerlukan pertolongan anak-anak muda berdarah bisnessman. Gua dengan semangat yang berkobar-kobar, gua menyahut cabaran makcik kawan gua itu.
Maka bermulalah era gua terjebak ke dalam bisness jual burger. Towkey gua diberi gelaran Mak Lang. Modus operandi syarikat Mak Lang adalah menjalankan perniagaan di pasar-pasar malam yang berhampiran. Gua cuma ambik tender kerja di pasar malam area rumah gua saja. So, seminggu cuma sehari bekerja keras. Simple. Gua kerja hari Jumaat malam Sabtu.
Mak Lang menjalankan perniagaan burger dan juga menjual kuih-muih. Gua cuma ambik tender buat burger sahaja. Burger Mak Lang memang glemer. Banyak followers burger dia nih masa tu. Gua tak pasti pulak adakah disebabkan kehandalan gua buat burger atau brand Mak Lang yang buat burger tu laku.
Gua start keje lepas maghrib, habis dalam pukul 11 lebih. Kedai gua antara kedai yang last sekali tutup kat pasar malam rumah gua. Gua punya gaji sehari pasar malam boleh mencecah sehingga RM15 ke RM25 pada masa tu. Memang lumayan habis.
Burger pon murah. Bukan macam sekarang. Dah sampai 3-4 ringgit dah burger special. Baik gua makan McD je. Zaman gua, Burger daging, ayam, hotdog, benjo.. semua RM1. Senang nak kira. Orang pon senang nak beli. Kalau special, cuma tambah lagi 50sen.
Biasanya, lepas kedai burger dah nak tutup, gua da lagi satu rutin mingguan gua. Ni kira macam part time gua la. Korang nak panggil gua jahat ke, bengap ke, ape ke, gua tak kesah. Masa tu gua kecik. Agak jahil lagi masa tuh.
Sebelum Majlis Bandaran datang membersihkan tapak pasar malam, gua ada habit merayau segenap pelosok pasar malam tersebut. Untuk apa? Gua selalu terjumpa duit jatuh. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Gua penah jumpa RM5, RM10, RM20, RM50, RM100, dan yang paling banyak sekali gua ingat adalah RM300. Satu bundle duit terhempap celah-celah sampah atas jalan raya tu.
Gua rasa kalau gua tak ambik pon, orang majlis bandaran akan sapu. So, baik gua sapu dulu. Kira sapa cepat dia dapat la masa tu. Kutu-kutu sebaya dengan gua tidak dapat menghidu kegiatan gelap gua nih. Pergh, gua kaya sorang-sorang. Kira kalau kat kantin sekolah hari ahad tu, gua selambe je belanja budak-budak kelas gua makan mee kari dengan air lemonade. Diorang semua tau gua bisness.
Sebab tu gua ada banyak duit nak beli komik-komik terkenal masa tu. Gua bisness sampai dah dekat UPSR. Mak gua marah dah lepas tu.
**Gua resign dengan perasaan sebak didada bak lagu Amir Ukays tuh..
Post a Comment