gravatar

Pura-Pura Pakcik John Koo

Beliau pernah komplen yang gua tak pernah dediket entry untuk beliau. Ada gua komplen beliau haram langsung tak pernah dediket entry untuk gua? Atas dasar beliau yang tak sedar diri tu, gua nak kasi up satu entry kaw-kaw untuk beliau.


Mari pecah pekung didada beliau setakat yang gua tahu. Tak ada masa gua nak ampu-ampu beliau sebab beliau bukan boleh rekemen gua kerja dengan pejabat gomen pon. Korang nak tau lebih-lebih, tanya adik beradik dia sendiri.

1. Bila masa nama beliau jadi John gua taktau. Gua panggil beliau koozy (beliau ada bagitau dalam entry beliau dulu). Nama kad pengenalan beliau gua tak pasti sangat. Apa barang zaman dulu nak panggil nama kad pengenalan? Tak macho langsung. Gua saspek beliau pon tak tau nama kad pengenalan gua.

2. Gua kenal beliau adalah dasar kawan atas kawan. Gua kawan dengan Ali, Ali kawan dengan Samad, Samad kawan dengan Ah Siong, Ah Siong kawan dengan Beliau. Begitulah lebih kurangnya.

3. Beliau dulu belajar kos berwawasan tinggi, IT. Sedangkan gua hanya belajar kos jadi budak pejabat sahaja. Kami memang tak sama.

4. Satu ketika dulu, hampir setiap malam gua akan layan teh tarik dengan beliau. Dalam tahun 2002-2003 gitu.

5. Beliau adalah spesis minat gila kat Mencester United. Beliau panggil Manyoo. Macam kelab tu bapak sedara beliau yang punya. Setiap malam minggu beliau akan duduk tengok Manyoo main bola kat Warung 2000 (dulu). Gua ada jugak join sekali sekala sambil layan shisha.

6. Beliau jenis yang agak berduit. Sebab apa? Zaman dulu beliau pakai henset mahal, komputer ala-ala gempak, jersey Manyoo ori, ada motosikal mahal. Tak gitu, Koozy?

7. Dulu beliau belagak sebab beliau guna motor SatuDuaLima Z. Sedangkan gua cuma pakai Kriss. Tu pon gua sebat Petit punya.

8. Beliau tak ada lesen kereta, dulu (sama dengan gua). Beliau kata, lagi best angkut awek naik motor, boleh peluk kuat-kuat (langsung tak sama dengan gua).

9. Beliau suka main bola. Beliau cuma handal dibahagian goalkeeper sahaja. Pernah dulu gua sebagai kawan, kasi sokongan moral kepada beliau semasa lawan dengan Uitm. Haram jadah! Beliau lepas 3 bijik. Macam mana nak menang?

10. Zaman dulu, beliau yang racun-racun gua supaya terjebak dengan jenayah main game kat pc. Beliau gila main General, Championship Manager, dan Counter Strike masa tu.

11. Kalau korang, gadis-gadis dara remaja terpesona tengok beliau makan ayam pakai pisau dengan garfu, korang silap. Dulu beliau haram tak pandai pakai. Sama dengan gua. Beliau ada ambik kursus makan ayam kentaki pakai pisau dengan member gua, Ita.

12. Beliau memang suka makan ayam, terutama kentaki.

13. Sepanjang gua kenal beliau, beliau suka oder makanan goreng-goreng. Jadi gua saspek beliau suka makan nasik goreng.

14. Walaupon korang ingat gua nih geng rapat dengan beliau, gua cuma pernah pergi ke rumah beliau hanya sekali. Beliau? haram jadah sekali pon tak pernah datang ke rumah gua.

15. Kali terakhir gua jumpa beliau adalah pada tahun 2007. Tapi kami masih lagi berhubung menggunakan media-media terkini seperti YM, Fesbuk, dan Blog. Jangan harap beliau nak SMS gua. Mungkin beliau takut skrin iPhone beliau calar balar kalau selalu guna, gua rasa.

16. Semenjak beliau bekerja di syarikat teknologi komputer canggih, beliau haram pun tak pernah nak bagi hadiah barang-barang komputer canggih kat gua.

17. Beliau adalah seorang yang agak pendiam, tidak kelakar sangat gua rasa. Tapi, bila beliau buat lawak sekali, belum pun sempat medula oblongata gua proses maklumat, mulut gua dah tibai gelak dulu. Beliau memang pakar menjadahkan orang.

18. Gua tak pernah ada gambar beliau. Apa korang ingat gua gay nak simpan gambar kemesraan gua dengan beliau?

19. Korang boleh menjejaki beliau di SINI

gravatar

wa nak komen yang no 7 tu je..

Mane ntah pegi moto abg wa tu? hairan..terus lesap ditelan zaman..kene humban kat sungai samarahan gua syak..kahkahkah..

Ye..wa la adik ptit (pronounce pitit ar bukan petit) yg study kat uitm semarahan tu. Masa tu wa hingusan lagik. Sekarang dah hot..hahhaha..(HOTak lu). Eh, maaf, terkasar bahasa..

Ye..kakak wa yg belajar kat sabah tu mmg lagi hot. Muka cam artist. Tapi lu jgn memandai nak ngorat dia. Dia bini orang dah ada anak dua.

Bye

gravatar

Oh,

Panjang cerita moto petit tuh. Tapi moto tu still ada lagi kat kuching gua rasa. Setelah kami kira kos, kami tak mampu nak bawak balik moto tu kat sini.

gravatar

demit la moto tuh ader lg...tp aku rase ader kat kedai besi buruk

gravatar

sapa lu nih anonymous? kasi kenal la nama. gua berani potong bulu ketiak gua boleh cari bali moto tuh.

hahahhaa

gravatar

gua anonymous..name penuh lu muqri bin mohd sopian tul x...name org yg paling pendek peneh gua dengo..lubole masuk malaysia book of record ni...lu apply la

gravatar

berlambak lagi geng gua yang nama lagi pendek dari gua.

tapi lu memang taktau nama betul gua. geng keras gua tidak menggunakan nama ala-ala kad pengenalan itu.

gravatar

kembang la pakcik john pasni...
ahahahaa

gravatar

Patut la semalam masa makan nasi abis tersedak sedak. Lu memang sahabat sejati. Wa menangis baca. Huhuhu

Nantikan pembalasan entry wa. Sabtu ni jom pi tengok Kedah lawan Selangor. Ada bran?

gravatar

Paryn : Pakcik memang sudah tersedia kembang

JJ : Gua ada urusan di luar bandar. takbleh nak tengok bola mahupon di astro. Oh wei. Main kat KL ka? Kalau turun anda roger. Gua kasi belanja rojak cendol Taman Tun.