gravatar

Gua Berdarah Bisnessman #1

Sekali sekala memandang ke masa silam adalah baik untuk kesihatan. Bila gua pandang kembali ke masa silam gua, memang penuh dengan kisah-kisah masyarakat marhain hendaknya. Langsung tak pernah gua merasa kehidupan ala-ala bangsawan, bollywoodstan, ataupun negarawan. Gua bukan nak mengeluh, cuma memberi maklumat yang gua kadang-kadang inginkan kehidupan yang agak asing dari kehidupan marhain gua yang biasa.


Bila diingatkan balik, gua memang sudah lagak entrepreneur dari bangku sekolah lagi. Tapi sampai sekarang ni gua masih belom faham, kenapa gua masih tak kaya raya juta billion. Kata orang, duit tidak boleh beli cinta dan kebahagiaan. Tapi bagi gua, duit boleh dibuat membeli nasik untuk membahagiakan perut gua.

Penjaja ikan masin adalah pekerjaan pertama gua. Gua tau, memang tak macho bila jual ikan masin. Apa korang ingat gua kesah semua tu? Gua pon x faham apa-apa masa tu. Yang gua tau, gua ada duit. Darjah 3 masa tu beb. Darjah 3. Apa gua nak kesah dengan kesesakan lalulintas sedangkan gua kat kampong. Lagi gua tak kisah langsung pasal pasaran minyak mentah sedunia, gua cuma naik basikal mini mak gua.

Sepeket ikan tamban masin gua tolak seringgit je. Gua punya komisyen sepeket sepuluh sen. 10 sen, banyak tu bai. Gua boleh beli gula-gula 5 biji. Coklat apollo yang sedap tu sebiji. Gua boleh minum air sirap Kak Jah kantin sekolah segelas. Pendapatan gua seminggu dalam RM2. Tak ke gua kaya masa tu?

Mana kampung gua tak masuk. Mana taman perumahan gua tak redah. Semangat dia lain bila berniaga ni. Tak sama dengan orang gomen yang asyik mengular minum teh kat kedai kopi Timah Janda kat Sungai Petani tu. Diorang dapat gaji bulan-bulan. Gua, bisnes banyak, income pun banyak. Kalau gua malas, gua takde duit. Dah macam KPI gua tu. Korang tengok la, gua darjah 3 lagi gua dah ada KPI. Tahun 1991 tu kalau gua tak silap. Bukan macam orang gomen sekarang. Dah tahun 2009 baru nak sebok pung pang pung pang cerita pasal KPI

Gua kena rajin cari duit untuk keep up dengan member-member gua yang dah ada senapang karbait merah tu. Nak harap sumber pendapatan gua dari bapak gua masa tu, memang tak boleh la. Sehari 30 sen. Kalau budak-budak sekarang, mau dia baling saja duit tu dalam longkang.

Gua menjalankan bisness gua agak-agak dalam setahun. Lepas tu bisness gua terbantut. Ekonomi meleset gua rasa. Ikan tamban masin pun orang dah tak mampu beli. Teruk betul pendapatan masyarakat marhain masa tu gua rasa. Cuma tinggal diorang tak kembali ke zaman makan ubi kayu je. 

Bapak gua lain. Dalam masa masyarakat marhain bergelumang dengan kesempitan hidup, beliau buat plan nak pindah ke rumah baru. Huh. Mana la orang tua tu cekau duit. So, masa darjah 4 gua dah pindah ke rumah baru. Taman perumahan. taraf hidup gua masih sama, cuma gua terpaksa berhenti jadi bisnessman ikan masin.  

Lepas pindah, gua terpaksa pasang kabel baru. Kena cari bisness baru. Gua tak perlu la nak pakai kabel KSU, Menteri MOHE, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, PA Menteri Kewangan, dan sebagainya. Ada sekali gua terasa nak pegi tanya tok imam masjid kalau-kalau ada projek tebas-tebas rumput kat masjid tuh, tapi gua takut orang cakap gua nak mengorat anak dara dia, nak bodek dia, gua tak jadi.

Tahun 1992 gua memang berada di zaman kegelapan. Hidup gua cuma bergantung dari saki baki duit bapak gua.

Gua mati kutu

gravatar

sungguh bisnesman.ikan masin tamban satuu!!!

gravatar

Lu kena pikir, bukan senang nak beli tamban masin sekarang ni. Kalau turun Tanjung Dawai pon mau 3 ringgit dah sebungkus gua saspek

gravatar

Haram cerita sekerat jalan. Aku dok tunggu cerita bisnesman sampai zaman unibersiti

gravatar

komen lari dari tajuk..

ye..ye..wa lah gadis itu..adik kepada ptit..(haha..makeup cam ahli sihir pon dekenali gak). Lu penah datang umah wa? serius wa tak kenal..haha..

nah..amik la link blog ptit..lu buat jejak kasih kat sana

http://fadhleefitri.blogspot.com/

gravatar

wooo

JJ : satu-satu la bai. kalau nak cerita sampai zaman unibersiti, gua kena buat novel. ini blog. kena post satu-satu

EA : petit pon dah ada blog.. makaseh wahai adek petit