gravatar

Alam Apakah Ini? : ALAM PERWIRA !!


Ehem-ehem...




Alam Perwira adalah karya agung penulis dan pelukis terkenal Hong Kong iaitu Tony Wong. Zaman kegemilangan komik ini di Malaysia gua rasa adalah zaman 90-an. Gua 1993/94 dah start baca komik ni kalau gua tak salah. Memang gila kentang. Dia punya masyuk sehinggalah ke alam fantasia bulan madu gayanya.

Bagi gua yang gila komik, memang hidup tak keruan time tu. Ada jugak pow orang untuk baca, ada jugak yang gua beli sendiri. Dia punya komik feel lain macam. Ada keluar masa tu Dewata Raya nak lawan komik nih, tapi gua rasa tak jalan. Ada komik-komik yang cerita relaks + main pedang + lawan-lawan (Pedang Setiawan & Raja Rimba), tapi Alam perwira memang menjadi poojaan hati gua.

Walaupon dia punya alih bahasa agak kelakar, (maybe direct translation) gua amat gemar membacanya. Gua boleh ulang baca chapter yang sama berpuluh kali. Mungkin keadaan tersebutlah yang menyebabkan tindakan mak gua membakar semua komik-komik gua semasa gua nak ambek paper UPSR. Gua panas. Lepas tu gua hilang semangat untuk mengikuti komik Alam Perwira lagi. Gua baca ayam-ayam saja. Gua tau jugak endingnya sikit-sikit.

Dulu, setiap minggu menunggu rasa bagaikan bertahun lamanya. Mengalahkan orang yang bercinta jarak jauh lagaknya. Satu chapter seminggu keluar, kadang-kadang miss, jadi dua minggu sekali. Gua memang panas kat mamak kedai buku tu kalau komik dah habis gua tak sempat beli. Gua sanggup naik teksi pergi ke pekan sebelah untuk cari komik tu

Bayangkan kalau gua rajin menuntut ilmu sampai begitu gayanya, gua rasa gua dah jadi PA Menteri Kewangan dah sekarang nih.



Komik ini mempunyai 163 episod, start keluar pada harga RM1.50 senaskah dan makin meningkat harganya setiap tahun sehingga naskah terakhir berharga RM3.50 kalau tak silap. Lepas tu dijilidkan lagi dengan jilid saiz A4 untuk collector-collector komik pada tahun 2000 kalau gua tak salah. Ada 32 jilid semuanya. Dan lagi, dikecikkan manjadi saiz B5 selepas itu dengan 26 jilid (tahun 2006 kalau gua tak silap).

Dan sekarang, demi membalas dendam kat mak gua, dengan kesungguhan dan bekalan wang yang cukup dipoket gua, gua berjaya memiliki set lengkap komik poojaan hati gua. Berbekalkan semangat waja, gua berjaya meredah kilang komik tersebut semalam. Banyak gila komik lama-lama. Pastinya akan gua repeat nanti.


**Gua copy je summary cerita tersebut kat internet. Lengoh ketiak nak menaip yop! Nak baca, datang rumah gua, gua tak kasi pinjam!

"Pada pemerintahan Maharaja Zhou, dinasti Shang mengalami zaman pemberontakan rakyat yang tidak puas hati dengan corak pemerintahan yang bersifat zalim, kejam, brutal, gila seks, cukai tinggi (lintah darat), pilih kasih dan semua sifat yang jahat.

Jifat yang lahir daripada keluarga bangsawan (Duke Ji Chang) pemerintah bahagian barat China dibawah kuasa Maharaja Zhou ditakdirkan dapat menumpas pemerintahan zalim Maharaja Zhou tersebut. Ji Fat menjalani dan menghadapi kehidupannya dengan penuh kesabaran serta mengalami pelbagai kesusahan dan kecelakaan yang menimpanya.

Setelah menilik mimpinya (tilikan bintang), maharaja Zhou telah sedar ancaman dan bahayanya Ji Fat di dalam pemerintahannya. Lalu baginda memerintahkan Duke Ji Chang mempersembahkan Ji Fat ke istana sebagai ganti tawanan terhadap abangnya, Ji Kao yang tinggal di kediaman istana.(sebenarnya...dia tu nak bunuh Ji Fat). Akan tetapi Duke Ji Chang yang terkenal dengan sikapnya yang taat setia kepada Raja telah melangsungkan upacara pemujaan terhadap Ji Fat selama tujuh malam untuk menjauhkan bahaya yang akan menimpa anaknya itu setelah dia juga menilik petanda-petanda semasa Ji Fat dilahirkan.

Bermula daripada pemujaan terhadap Ji Fat sehinggalah perjalanan ke istana, Ji Fat diduga dengan penuh pancaroba. Ji Fat telah mempelajari "Hikmat Alam Semesta" daripada bapa saudaranya Rahib Esa disamping tunjuk ajar bapanya sendiri. Malahan semasa di Kota Khayalan, Ji Fat turut juga mempelajari "Hikmat Kubah Berdarah", sejenis hikmat yang dikuasai oleh Tuan Punya Kota Khayalan, memperolehi Hikmat Pembalikan Bumi dan Angkasa oleh Rahib Esa dan juga Hikmat Pedang Kayangan. Ji Fat dibantu oleh Tok Jiang atau Jiang Ziya yg terkenal dalam sejarah purba China (pakar Ilmu Limunan) dan anaknya Jiang Chong, Tok Bulu Hijau, Ji Kao (abangnya yang dipengaruhi roh Ifrit Utama) dan lain-lain lagi.

Akhirnya pertarungan dengan Maharaja Zhou tidak dapat dielakkan lagi setelah berjuta-juta rakyat mati termasuklah jaguh-jaguh handalan seperti Ji Kao,Tok Bulu Hijau, Duke Ji Chang, Rahib Esa, Arya Mara, Ifrit Utama, Siluman Angkasa dan lain -lain lagi dalam pertempuran yang menggegarkan bumi dan angkasa.

Ji Fat yang ditemani oleh Pedang Kayangan berazam akan menghapuskan Maharaja Zhou yang zalim bagi membebaskan rakyat daripada kuasa zalimnya di samping melunaskan hutang darahnya atas kematian kaum kerabatnya.
"


gravatar

Ehem Ehem

* Dengan nada paling lembut dan lemah gemalai.

Abang Jeppp, Nak pinjammmm

gravatar

Mai ghumah kalau nak baca. Hang tu bukan buleh harap kalau bagi pinjam. Nanti tumpah ayaq kopi

gravatar

bro scan upload dlm ni le bro.

gravatar

tak nak buat ebook ke komik tu. gua dah lame cri ni.

gravatar

E book? Mampos la gua nak scan. kalau lu org nak bayar satu page seringgit, gua boleh usahakan

gravatar

klu pegi kat kilang die ko rasa ade lg x koleksi sume2 ni?

gravatar

ko ade x alamat kilang die?
klu ade no fon kilang die lg ok