gravatar

Weekend MOVIE Mania!!

Salam,


Dah agak lama tak post entry. Biasa la, gua bizi sikit. Kalau bizi banyak, memang tutup terus la blog gua. Okeh, stret to the point la. Weekend lepas, gua memang dedicate khas untuk industri perfileman antarabangsa. Bukan gua tak support filem tempatan, tapi tak de lagi filem tempatan yang mampu memanggil gua untuk duduk di punggung di dalam panggung.

Kita mulakan dengan filem pertama gua. Gua tengok wayang. Fast and Furious 4. Gua memang tak penah miss filem lumba-lumba nih. Ok. Boleh tahan cerita dia. Dia ada flasback sikit cerita-cerita lama. Macam mana si Han(Tokyo Drift) boleh kenai dengan Dom. 

Jalan cerita ok, cuma part lumba kurang sikit la bagi gua. Mungkin gua expect lebih kot. Stakat lumba-lumba pakai GPS, tak masyuk jiwa raga pelumba beb. Shot lumba pon kurang gua rasa berbanding filem dulu-dulu. Pergi la layan sendiri kalau nak tau.
Gua kasi markah 85% la untuk filem ni. Best, tapi taklah sampai ke tahap wow!


Filem no 2, gua layan DVD. Cerita yang tak la lama sangat, tapi gua baru nak tengok. Bride Wars. Yah rite, BRIDE WARS. Gua memang suka kekadang tengok cerita gila-gila macam gini. Cerita yang orang lain anggap buang masa, gua layan. Sukahati gua. Apa lu peduli??

Cerita simple la, pasal dua orang pompuan bestfren yang tetiba ditakdirkan akan berkawen di hari yang sama, masa yang sama, tempat yang sama. So, masing-masing cuba la nak mengharamjadahkan musuh masing-masing.
Overall, gua kasik 80% untuk filem ni, berbanding dengan genre-genre filem ni. Nak banding dengan filem Transformer, memang tak buleh la bro. 


Then, gua dapat filem seludup baik punya. Bukan cerita blue. Cerita yang tak main lagi kat wayang. Gua dapat Master copy yang ada lagi 5-8% tak siap dia punya taouch up effect. tapi boleh ditonton dengan girang. Filem apa? X MEN ORIGIN : WOLVERINE.

Filem ok. Mengisahkan tentang Wolverine la. Asal usul, adik beradik, gitu gini. Jalan cerita so-so je bagi gua(sorry la bagi yang minat Wolverine). Mungkin yang mengecewakan gua adelah hero pujaan hati gua muncul sekejap sangat kot, dan takde action sangat : GAMBIT. So, anda buleh la berbaris di panggung wayang hujung bulan ni kerana dia start main hujung bulan.
Gua kasik 80% je utuk filem ni. X-MEN yang dulu-dulu lagi gempak.


Last filem, filem ringan ala-ala gampang. Cerita anjeng! Beverly Hills Chihuahua. Cerita fantasi anjeng le katekan. Tak boleh nak cakap banyak la. Jalan cerita simple. Pasal pampered dogs yang tetiba lost, nak cari jalan balik, ada anjeng lain tolong, ada orang cari, ada orang jahat. Tipikel la. Boleh dilayan ketika boring.
Gua bagi 70% la kat filem ni. Bukan senang nak bagi anjeng belakon kan?


Ha..
Tu la kesah weekend gua. Diselang seli dengan House Season 5 Episod terkini, dan juga How I Met Your Mother Season 4 Episod terkini. Huh.

Gua rasa gua begitu up to date

gravatar

oit. haram J.

talentime tak layan. kata minat Yasmin Ahmad.

gravatar

filem tu tak memangil gua la pakcik. nanti-nanti la gua tontoninnnn

gravatar

muahaha

bride wars pon layan?

pirate ka yang ori tuh hehe