Gua Kecewa Di Warehouse
**Update. Layout yang gua design dah siap. So, gua upload harini la sebagai perasmian. Sapa-sapa yang nak tempah, boleh bayo muka RM500, ansuran bulanan RM245 selama 60 bulan!Hoi Ya Hoi
Gua telah mencelah masuk ke Jualan Gudang LEVIS & Dockers Sabtu lepas. Orang ramai boleh tahan. Disebabkan gua kamceng dengan pak guard situ, gua berjaya masuk awal.
Gua bajet-bajet, bole la nak rembat seluar Dockers Mobile Pants tu, ceh! Barang-barang tak gempak sangat la. Seluar Dockers, semua tak boleh blah. Jeans Levis, ok la. Tapi gua tak minat sangat (sebab gua takde duit).
Gua pusing-pusing, gua dapat rembat jacket Dockers Mobile Jacket. Gempak. RM100 je. Jadi la. Barang-barang pompuan memang banyak choice la. Gua dapat jugak beli T-Shirt Tee For Two Khoon Hooi tu. Sale murah. Dari Seratus, jadi RM30. Gua Rembat 2 Set.
Misi gua mencari seluar Dockers gagal.
Post a Comment