Archives

gravatar

Balik KamponG



Hidup di KL umpama lahanat.

Cakap banyak tak guna. Jom balik kampong dan jem beramai-ramai.




gravatar

Kan Senang jadi Budak


Puisi nih ditulis oleh senior gua yang agung masa zaman-zaman belajar dulu. Beliau memang power bab-bab seni, bab-bab drawing, bab-bab main skateboard. Gua dediket entry nih untuk beliau. Beliau adalah
Mr Choclat!





Kan senang jadi budak
Hari-hari main, hati senang gelak-gelak
Tak bercelaru otak

Kan senang jadi budak
Semua bulat, bujoq, segitiga, petak
Apa-apa jerit mak, abah, abang, kakak

Kan senang jadi budak
Makan tak payah masak
Rokok tak isap berkotak-kotak

Kan senang jadi budak
Bebel mak abah berasak-asak
Tak payah ambik tau, buat selambe badak
Abih kuat TERIAK 

gravatar

Mesin Cap Abu

Gua ada beli mesin pancing baru. Cap Abu. Gua memang gemar cap-cap nama orang ala-ala melayu nih. Gua support habis.


Gua beli yang tak mahal sangat la. Mahal-mahal pon buat apa, gua bukan nak pancing ikan jaws. Gua dah bersemangat, pancing baru gua pon dah semangat. 

Tapi gua rasa kitorang salah timing. Ikan tak dapat. Orang lain pon macam sorang dua orang jek yang dapat. HUH. Gua hangin satu badan.

Confirm kena repeat nih MAT!






**Gua rasa korang takde yang nak doakan kesejahteraan gua nih.

gravatar

Lu Orang Kasi Doa, Nanti Gua Cerita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Gua ada projek. Tugas korang cuma kasi doa yang baik-baik kat gua, nanti minggu depan gua up entry baekk punya.

Fingers Crossed! 

gravatar

Tampal Akan Gambar (TAG)

Sebelom gua start buat keje, gua nak post blog entry, gua takde idea, gua kena tag, gua terpaksa buat tag, dan ini tag gua. Dari Shifak Budak Sekolah


"Kena jawab soklan guna google image. Post gambo dari 1st page sahaja. jangan cakap banyak."

1. I am a

Superhero

2. Really want to go to

Hawaii

3. Favorite place

Genting (gua suka tempat sejuk sambil minum kopi)

4. Favorite things

Honda EX5 (banyak jasa dia kat gua)

5. Favorite drinks

Kopi

6. Favorite food

Kambing

7. Favorite colours

Biru

8. Live in

Gurun Kedah

9. Born in

Kedah

10. Attended

SMKAY (gua letak satu je nih, ASAL? takpecaya gua sekolah agama? HAHA)

11. Favorite stories

Head of The State (gua letak satu je nih)

12. Hobbies

Komik

Pancing

13. Wish for 

Hidup Bebas (dari masalah, kerja, hutang)

Bahagia (sape tak nak kan?)

14. Nak TAG

Uncle John
Farynnnnn
BElleeeeee
Sapa-sapa yang nak buat la



gravatar

Dalam Masa Orang Kena Kurang Keje, Kurang Gaji, Buang Keje...

Alhamdulillah, kompeni gua masih lagi dapat bagi bonus. Biorla dia sikit, sekurang-kurangnya ada...






gravatar

Gua Kecewa Di Warehouse

**Update. Layout yang gua design dah siap. So, gua upload harini la sebagai perasmian. Sapa-sapa yang nak tempah, boleh bayo muka RM500, ansuran bulanan RM245 selama 60 bulan!

Hoi Ya Hoi

Gua telah mencelah masuk ke Jualan Gudang LEVIS & Dockers Sabtu lepas. Orang ramai boleh tahan. Disebabkan gua kamceng dengan pak guard situ, gua berjaya masuk awal.

Gua bajet-bajet, bole la nak rembat seluar Dockers Mobile Pants tu, ceh! Barang-barang tak gempak sangat la. Seluar Dockers, semua tak boleh blah. Jeans Levis, ok la. Tapi gua tak minat sangat (sebab gua takde duit). 

Gua pusing-pusing, gua dapat rembat jacket Dockers Mobile Jacket. Gempak. RM100 je. Jadi la. Barang-barang pompuan memang banyak choice la. Gua dapat jugak beli T-Shirt Tee For Two Khoon Hooi tu. Sale murah. Dari Seratus, jadi RM30. Gua Rembat 2 Set.


Misi gua mencari seluar Dockers gagal.



gravatar

Gua TAG Lu, Lu Tanak Buat, Tapi Gua Kena Buat Tag Lu?

Budak Skolah TAG gua. Gua nih memang lembut hati dengan kanak-kanak baru belajar..


5 things found in my bag (pouch bole?)

-bisness card

-rceipt jusco

-wallet gua 

-thumbdrive 

-dwet syiling


5 things found in my wallet 

-kad klinik 

-kad bank 

-kad kredit 

-kad pengenalan 

-kad lesen

**gila x de duit dalam wallet gua


5 favourite things in my room 

-bantal gua

-selimut gua

-komik gua 

-jam gua 

-baju gua


5 things I’ve always wanted to do 

-skyjump 

-scuba dive 

-live at hawaii 

-dont have to work at all 

-travelling


5 things I’m currently into 

-work 

-planning to change company 

-planning to tender my resignation

-movies 

-planning to be super rich!

gravatar

Syatinnorrojiimmm


Yo kengkawan semua


Dua tiga menjak ni gua punya mood tarak baik. Gua panas je memanjang. Nak mencarut, dah habis dah ayat carutan yang gua keluarkan minggu nih. Mangsa mendengar carutan gua? Bekas boss gua. Dia memang kamceng dengan gua. Jadik boss finace pada umo yg amat-amat muda belia. 33 tahun.

Oh, untuk korang yang tak tahu, jangan pandai-pandai nak teka. Walaupon gua report dekat boss finace, tapi job gua adalah menjaga HR & Admin. Opis gua memang jadah sikit, kos saving jadah apa ntah.

Nama je job gua gitu, tapi segala bagai gua buat. Cuma tak buat air untuk tetamu jek lagi. Repair pintu & toilet pon gua kena buat. Amacam? Macam pundek jek keje gua nih. Yang paling gua tak puas hati, dalam opis gua ada department IT. Ada satu minah setan Senior Exec IT. Gua ulang Senior Exec, ada master. Master jadah palahotak bapak mak dia la kot.




Si minah setan nih, dia boleh pi hasut gua punya CEO, dia nak jaga portal jek. Teknikel IT support dia suruh gua buat. JADAH apakah itu bila CEO gua setuju? Gaji minah setan nih beso dari gua, keje goyang kaki padahal gua buat kerja lagi banyak, dan tak releven langsung. Ada ke HR kena jaga IT?

Gua punya PMS tahun lepas dahla sikit. Macam haram jadah punya CEO. Tak pikir kerja gua buat sikit punya banyak. Oh ya, semalam si minah IT setan tersebut telah pandai-pandai nak arah-arah gua. Suruh itu,suruh ini. Makin menjadi-jadi setan dia. Gua nak mengamok lebih, punca rezeki gua.

Tapi lu tunggu wahai si minah IT setan! Rezekiku ada di mana-mana. Sampai masa gua blah dari kompeni ni, mampos la lu. Banyak job yang aku akan letak nama lu SETAN!

Jaga lu si minah IT SETAN lahanat cekik darah hantu toyol!



**Gua bukan rajin sangat buat kerja, tapi gaji gua sikit. So amatlah tak berbaloi gua kena buat 3 kerja tapi gaji ciput. Gua memang emo lebih minggu ni. 

gravatar

Hilang Akal

Salam


Gua malas keje. Gua tengah projek baik nak buat layout blog sendiri. Gila hapa ntah gua harini.

So nantikan kemunculan layout terbaru yang tidak gempak di kawasan-kawasan berinternet terdekat anda!

gravatar

Weekend MOVIE Mania!!

Salam,


Dah agak lama tak post entry. Biasa la, gua bizi sikit. Kalau bizi banyak, memang tutup terus la blog gua. Okeh, stret to the point la. Weekend lepas, gua memang dedicate khas untuk industri perfileman antarabangsa. Bukan gua tak support filem tempatan, tapi tak de lagi filem tempatan yang mampu memanggil gua untuk duduk di punggung di dalam panggung.

Kita mulakan dengan filem pertama gua. Gua tengok wayang. Fast and Furious 4. Gua memang tak penah miss filem lumba-lumba nih. Ok. Boleh tahan cerita dia. Dia ada flasback sikit cerita-cerita lama. Macam mana si Han(Tokyo Drift) boleh kenai dengan Dom. 

Jalan cerita ok, cuma part lumba kurang sikit la bagi gua. Mungkin gua expect lebih kot. Stakat lumba-lumba pakai GPS, tak masyuk jiwa raga pelumba beb. Shot lumba pon kurang gua rasa berbanding filem dulu-dulu. Pergi la layan sendiri kalau nak tau.
Gua kasi markah 85% la untuk filem ni. Best, tapi taklah sampai ke tahap wow!


Filem no 2, gua layan DVD. Cerita yang tak la lama sangat, tapi gua baru nak tengok. Bride Wars. Yah rite, BRIDE WARS. Gua memang suka kekadang tengok cerita gila-gila macam gini. Cerita yang orang lain anggap buang masa, gua layan. Sukahati gua. Apa lu peduli??

Cerita simple la, pasal dua orang pompuan bestfren yang tetiba ditakdirkan akan berkawen di hari yang sama, masa yang sama, tempat yang sama. So, masing-masing cuba la nak mengharamjadahkan musuh masing-masing.
Overall, gua kasik 80% untuk filem ni, berbanding dengan genre-genre filem ni. Nak banding dengan filem Transformer, memang tak buleh la bro. 


Then, gua dapat filem seludup baik punya. Bukan cerita blue. Cerita yang tak main lagi kat wayang. Gua dapat Master copy yang ada lagi 5-8% tak siap dia punya taouch up effect. tapi boleh ditonton dengan girang. Filem apa? X MEN ORIGIN : WOLVERINE.

Filem ok. Mengisahkan tentang Wolverine la. Asal usul, adik beradik, gitu gini. Jalan cerita so-so je bagi gua(sorry la bagi yang minat Wolverine). Mungkin yang mengecewakan gua adelah hero pujaan hati gua muncul sekejap sangat kot, dan takde action sangat : GAMBIT. So, anda buleh la berbaris di panggung wayang hujung bulan ni kerana dia start main hujung bulan.
Gua kasik 80% je utuk filem ni. X-MEN yang dulu-dulu lagi gempak.


Last filem, filem ringan ala-ala gampang. Cerita anjeng! Beverly Hills Chihuahua. Cerita fantasi anjeng le katekan. Tak boleh nak cakap banyak la. Jalan cerita simple. Pasal pampered dogs yang tetiba lost, nak cari jalan balik, ada anjeng lain tolong, ada orang cari, ada orang jahat. Tipikel la. Boleh dilayan ketika boring.
Gua bagi 70% la kat filem ni. Bukan senang nak bagi anjeng belakon kan?


Ha..
Tu la kesah weekend gua. Diselang seli dengan House Season 5 Episod terkini, dan juga How I Met Your Mother Season 4 Episod terkini. Huh.

Gua rasa gua begitu up to date

gravatar

Pakatan menang di 2 Bukit!


Lucah bebenor bunyi tajuk beritanya. Macam haram.


Oh, ini bukan blog lucah!




Ala-ala lukisan aku masa sekolah dulu. Dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah, begini je cara nak lukis pemandangan kampong! haha. Cuma yang ni x de rumah, matahari, dan juge pokok kelapa

gravatar

Gua Pening

Disebabkan gua balik kampong 3 hari, gua terus hilang idea nak menulis. Ala-ala hilang akal kejap. Semalam balik KL jalam jem macam gampang. Hujan lebat pulak tu.


Gua malas kerja. Cuma menunggu jam balik tiba....