gravatar

Ramadhan (Edisi kameback)

Its been 4 months since my last post.. boring sial kat opis baru nih. Nak hapdet blog pon takde mood. Semenjak dua menjak ni, banyak pulak website yg depa nak block, nasib baik blogspot dgn wordpress depa tak block.


Sempena ramadhan yang mulia nih, gua cuma nak mengenang balik ramadhan-ramadhan lalu. Apa gaya gua berbuka puasa.

1996-2000 : Asrama beb. lauk stendet jek. Apa yg ada atas dulang, main sebat jek. Tak ada urutan. Gua cuma pasti setai berbuka ada teh O panas. Tu jek. Ikan jaket tuh perkara biasa kalau menu dia seminggu 3-4 kali.

2001 : Tahun ni lain macam sikit. Air, kurma, rokok, air, rokok, kuih, rokok, nasik, air, rokok, rokok, rokok (mengikut urutan hampir setiap hari) . Feel duduk Penang nih memang lain macam. Menu buka puasa hari-hari pon cemerlang. Berbuka dengan 3-4 batang rokok adalah perkara yang amat biasa bagi gua dgn geng-geng gua. (Gua rasa kalau gua masok spital pada ramadhan tahun ni, memang patut. Paru-paru seladang pon x tahan ben kalau 40 batang rokok dalam masa 12 jam, hari-hari)

2002 : Thaun ramadhan yg paling jimat. Walaupun time nih gua buka puasa awal, dalam 6.15pm dah buka gitu, tapi menu gua hari-hari adalah stendet dan sama. Air, roti, rokok, Nasik lemak ayam. Itulah menu hari-hari gua ye. Sepanjang sebulan gua bedal nasik lemak ayam. Baru ada gaya berlemak sikit badan gua time tuh.

2003 - 2005 : Menu pelbagai. Time-time nih dah pandai carik makan. Sapa yang boleh lupa bazar ramadhan kem Askar batu lintang Kuching tu ye tak? Bazar kat Satok boleh lagi la. Kalau bazar dekat Semariang/Petrajaya tu, memang gua tak bleh blah. (Oh, dari 2002-2006 gua duduk Kuching yeh. makanan bazar ramadhan memang langsung tak boleh blah. Murtabak dia macam roti telur jek. Memang 4-5 kali jugak la gua bergasak dengan brader jual murtabak sebab bila oder murtabak dapat roti telur). Untuk budak-budak semenanjung yang nak makan murtabak kaw, sila maju ke Kem Askar batu 3 (kalau gua tak salah).

2006 : Masa nih gua dah kat kl. Kerja Seben eleben. macam haram menu dia. Air gas hari-hari bersama 4-5 batang rokok sebab air gas pree. Sepanjang bulan ramadhan kali ni, gua ingat cuma 4 hari je gua berbuka kat umah, lain2 semua kat kedai. last-last lepas raya gua berhenti. Apakejadah berbuka murtabak jek hari2 kan? Gua ingat lagi tahun ni gua cuma 3 kali pegi terawikh. Tu pon sebab gua balik kampung.

2007 : Kali ni memang maintain. Buka puasa lauk memang bergaya. Kerja dah steady. Dari bazar Serdang, sampai ke Putrajaya gua jalan. Takpon Acong jek yg bungkus. Memang cemerlang.

2008 - 2009 : Bertambah cemerlang. Gua masih tak boleh lupa Murtabak Raja Taman Tun (TTDI). Apa gila Murtabak RM10-12? Sedap gila ok. Ada murtabak kambing lagi. Sepanjang gua kerja TTDI, memang menu-menu dia gila cemerlang. Semua bazar cemerlang gua pegi. (Bangi, Putrajaya, TTDI, Kajang Sentral).

2010 : Gua nak pegi cari murtabak RAJA! Gila jauh dari Kl Sentral nak pegi TTDi ni oiii

gravatar

puasa tak puasa, aku rasa menu kat kuching tu mmg tak penahnye yang sedap.. tekak tak sama kot.. huhu~

gravatar

Memang.. aku memang aim time puasa jek.. sebab kat kem askar tu banyak org semenanjung meniaga