Aku Manusia : Bukan Ulat
Oh ya, sudah lama tidak menulis blog rasanya. Bukan tiada entry-entry maklumat terkini, cuma jiwa perangku semakin kacau. Kacau bilau dengan keadaan ekonomi negara yang memang tidak memberangsangkan ini.
Aku bukan seorang ahli politik mahupon bisnessmen. Hanyalah pekerja biasa dibidang pembangunan. Bidang yang menerima impak maksima yang agak besar bila datangya waktu-waktu ekonomi meleset sebegini.
Bukanku nak emo tak tentu pasal, tapi nampak gayanya macam tiada bonus untuk tahun ini. Kejadah apakah itu. Bukan bonus tahun ini, tapi tahun lepas punya. Lemah longlai serta lunyai dibuatnya bila aku tau takdek bonus. Gajiku yang ada ni ciput sahaja. Dahla banyak barang keperluan nak dibeli, kepala aku serabut bagaii.
Kepala makin panas. Aku tengok budak-budak opis pon dah selalu MC. Sakit dengar takde bonus rasanya. Akupon dah jadi penghuni rumah tetap bila datangnya weekend. Jadah apa nak jalan kalau takde duit. Gaji 26hb, 10hb depan duit dah habis! Apa cerita macam nih?
Ulat dalam batu pon boleh hidup, inikan pulak manusia.
YAH rite.. Sama sangat la tu manusia dengan ulat!
mkn la ulat...hoohoh...
takpun ko jadi ulat bulu cam pakcik john yg miang itu...
pakcik john dan ulat bulu memang mempunyai DNA yg sama
oi oi. apa kutuk. jangan sampai pakcik sebat dua dua ekoq. Paryn pakcik pukoi lebih sket.
nanti aku coba buat entry ulat bulu untuk pakcik
Post a Comment