Archives

gravatar

Gua Hero : Mana Boleh KUMPOW!

Jumaat, 27/03/2009


Dari pagi lagi tangan dah gatal semacam. Kepala dah tak berapa betul. Macam nak demam gayanya nih. Gua dah tau apesal. Dah lama gua tak menarik ikan. Dah 2 bulan gua tak pegi mancing. Kali ni mesti kena pegi. Gaji dah masuk, ada modal sikit, boleh racun Mat nih.

"Mat, pancing jom!" gua sound ala-ala semangat waja jaguh pancing. "JOM! Dah lama kita tak pancing." balas Mat bagai pucuk dicita ulam pucuk paku mendatang. Dah plan lebih kurang, kami akan sekali lagi menerjah kolam Sea Lion Klang. Alang-alang lama tak pancing, mesti mau ikan separuh mega. Nak ikan mega, gua kena pegi laut dalam la rasanya, pancing ikan jaws. 

Gua dah berbunga. Tak sabar nak berentap. Plan dengan Mat dalam pukul 10.30malam la gua sampai rumah dia. Balik, makan, mandi, sempat lagi gua layan OIAM separuh. Hujan renyai-renyai bahasa tidak mematahkan semangat gua dengan Mat.

Gua dah cek kelangkapan gua. Gua punya barang, simple beb. Base habis la. Murah cikai tak ingat. Gua memang takde modal. Ade mata kail, batu ladung kecik, penyambung perambut. Tu je. Mesin gua yang cikai punya. Mesin RM 25, cap apa gua tak ingat. Tali 20 paund. Batang joran cap VIOS RM 18. Tidak la gua mampu nak ade bahan beratus-ratus bagai.

Gua sampai rumah Mat kat Kinrara dalam 10.35malam. Ikut jam gua la. Mat dah ready, tapi kami kena pi seksyen 7 Shah Alam kejap. Nak ambik barang keta kat penjual aksessori. Tunggu kat Petronas Seksyen 7, Persiaran kayangan. Gedebuk-gedebak bagai, setel satu urusan. Dalam pukul 12 lebih, baru kami gerak-gerak khas ke Klang.

Dah sampai, kami pi kolam 2. Dia ada banyak kolam kat sini. Kolam 2 pilihan hati kami la. Separuh mega punya ikan. Ikan yg saiz 1-6 kilo gua rasa dalam kolam ni. Ok la tu, ikan air masin, saiz gitu memang sesuai la dengan spec pancing gua yang murah tak ingat tu.

Malam tersebut orang tak berapa ramai. Sedang-sedang saja. Keadaan begini memang terbaik la. Senang gua nak buat aksi-aksi melampau nanti. Gua kan pemancing amatur.

Prepare lebih kurang, pasang-pasang semua, gua beli udang 4 ekor, ambik satu, pasang kat kail, gua baca doa makan lebih kurang, gua baling. Dah Mat pon setel semua, baru kami pi bayar kat kaunter. Maka bermulalah sesi menunggu ikan.

Sreeettt! Bingit bunyi pancing. Bersemangat menarik ikan. HUH! Mamat sebelah yang dapat ikan. Jenahak. Sekilo lebih rasanya. Selang 15 minit, naik lagi jenahak sekor. Mamat sebelah juga. Gua dengan Mat dah berbulu. Masa dah sejam lebih. satu hapah ikan pon tak naik lagi. Mat dah hangin.

Ada seplastik ikan kembung orang tinggalkan. Dah lama, busuk jugak. Mat ambik buat umpan. Umpan busuk, ikan cepat bau. Itulah teori hilang akal kami. Dalam 2 minit lepas Mat baling umpan, SREEETTTTTTT! Pancing beliau mengena! Terbaik punya layan. Dalam hati, mau jenahak kali ni. Berat lain macam. Datang kelibat ikan pon lain macam. Dalam 5 minit gitu, ikan naik. HUH! Gua buta ikan, gua taktau ikan apa! 

Rupa-rupanya, Mat dapat ikan lagi mahal. Ikan Senangin. Terbaik. 2 kilo lebih gua rasa. Mat berbunga. Beliau sudah dapat lesen. Beliau cuba nak memanaskan hati gua. Gua memang panas. HAHA! Takkan gua nak balik KUMPOW (tangan kosong) . Gua cabut udang, gua kasi pasang umpan ikan busuk. Syukurlah pada sapa yang tinggal ikan kembung tersebut. Memang umpan terbaik kami.

Selang 15 minit, ada ikan dok main-main pancing gua. Gua rilek. Hero macam gua kena cool. Sekali SRASSS! Dia tarik baik punya. Gua cuba bertarung. Joran gua itu terserlah kemurahannya. Bergegar rod dan mesin. CEH! Setelah sedaya upaya, gua berjaya jugak naikkan ikan tersebut! Spesis yang sama, senangin, saiz lebih kurang Mat punya tadi. 2 Kilo lebih gitu. hampir mencecah 3 kilo. Gua tersenyum.

"Lu tengok, gua dah ada lesen!" HAHAHA. Sound gua pada Mat. Dah ramai pengunjung jugak yang dok usya-usya ikan mahal kami tu. Kami saja yang berjaya naikkan spesis ikan tersebut. Orang lain hanya jenahak, ikan merah, dah siakap sahaja. Tapi Mat hangin sedikit. Beliau memang nak cari ikan jenahak.

Setelah 2-3 sesi ikan terlepas, masuklah jam ke-3 lebih. Orang dah ramai balik. Pancing tak jalan sangat. Kami dah plan, cukup 4 jam, balik lah kita. ikan dah dapat sorang sekor. Gua hilang akal. Gua dengan akal sengal gua, ambik ikan busuk separuh, dengan tulang-tulang gua sangkut. Kalau ikan makan, mau tercekik tulang, boleh la gua dapat ikan lagi. Amacam? Bingai tak idea gua?

Dah dalam proses nak kemas-kemas balik, pancing gua terhenjut-henjut. Gua terus sebat, SREEETTTTTTTT! Mencanak ikan tarik. Berdesup umpan gua dia tarik. Ini sudah lebih. Saat-saat akhir ni lain macam pulak dia tarik. Setelah berhempas pulas, naik jugak ikan tersebut. Spesis yang sama jugak, tapi saiz dia lain macam. Besar lagi daripada yang 2 tadi. dah naik ikan, gua terus berkemas. Kami nak BALIK!

Sesi kali ini berjalan lancar. Kami balik dengan girang membawa ikan mahal. Kami timbang sebelum balik, 3 ekor dekat 10 kilo! Gua ambik sekor je ikan. Gua kasi 2 ekor kat Mat. Jiran dia ramai. Gua cuma makan berdua saja.

Sampai rumah, gua siang ikan, masuk fridge. Esoknya gua buat masak asam pedas! (Gua masak sendiri ok!) Terbaik. Gua goreng jugak sikit. Ada baki lagi nih. Gua tengah pikir-pikir masak apa lagi yang sedap dengan ikan mahal nih. Mat buat sup ikan. Dah macam kenduri.

Gua Hero, mesti kena tangkap ikan lebih dan lagi beso!     





Gua Tengah dok jampi memanggil ikan



Gua buat perbandingan dengan kotak rokok Mat.



Hasil kitorang yang agak bagak


Asam pedas gua masak

gravatar

Mrs Terjun

Aku jumpak tag, buat je la. Lepas jugak boring-boring hujan ni.

Here's a chance to see how well you know about your husband/wife/girlfriend/boyfriend/ lover/scandalous. The real challenge is to show the answers to him/her.

1.She's sitting in front of the tv,what is on the screen?
Gua cakap lu, KARTUN. Sumpah!

2.You're out to eat,what kind of dressing she gets on his salad?
Salad is OFF THE TABLE please. Sayur-sayur jarang layan. Kalau nak mampos, korang try la paksa makan.

3.What's one food she doesnt like?
Yang ni gua memang pasti. Kalah budak-budak tadika PASTI tuh. TAUGEH!

4.You go out to eat and drink.What does she order?
CHIKEN CHOP?

5.Where did she go to highschool?
TIGS.

6.What size of her shoes?
Gua tak payah cakap banyak la. Kalau sale, memang saiz ni macam pundek la nak cari. Saiz 4! 

7.If she was to collect anything,what would it be?
Gua tak payah ada anak utk benda nih. LADYBIRD!

8.What is her favourite type of sandwich?
Gua rasa-rasa, suam-suam kuku, SARDIN la kot

9.What would she eat everyday if she could?
Bab ni, gua kena pindah Padang Besar la gua rasa. BUAH!

10.What is her favourite cereal?
Gua saspek KORNFLAKES la. Gua saspek je.

11.What would she never wear?
Lu orang tak nak percaya sudah. KAIN BATIK!

12.What is her favourite sports team?
Ni gua memang hilang akal. Gua taktau.

13.Who did she vote for?
TIDAK PERNAH MENGUNDI. Sekian

14.Who is her bestfriend?
Kalau gua sebut, ada yang tak tersebut, merajuk pulak nanti la kan? RAMAI La!

15.What is something you do that she wishes you wouldnt do?
Gua isap rokok macam serombong kapal.

16.What is her heritage?
Gua syak dia nih ada campo-campo CINA.

17.What is her favourite colour?
Pergh. Kaler-kaler pompuan nih senang bai. Tak pink, purple. So, gua saspek LAVENDER.

18.What is her habit?
BACA NOVEL. Memang tak ngam langsung dengan gua.

19.What is she proud of?
BERJAYA MENGORAT GUA. Sumpah. Lu orang tanya sendiri la kalau tak percaya.

20.Lastly,do you think she will read this?
Gua rasa mungkin....


Gua nak TAG ramai orang. 

NADIA PUTRI
HAJAR ZAINAL
EPIT BUDAK SKOLAH
PAKCIK JOHN JENIN
FARYN SUKA CONTIANG
BELLE
K-OWN


gravatar

Aku Manusia : Bukan Ulat

Oh ya, sudah lama tidak menulis blog rasanya. Bukan tiada entry-entry maklumat terkini, cuma jiwa perangku semakin kacau. Kacau bilau dengan keadaan ekonomi negara yang memang tidak memberangsangkan ini.


Aku bukan seorang ahli politik mahupon bisnessmen. Hanyalah pekerja biasa dibidang pembangunan. Bidang yang menerima impak maksima yang agak besar bila datangya waktu-waktu ekonomi meleset sebegini. 

Bukanku nak emo tak tentu pasal, tapi nampak gayanya macam tiada bonus untuk tahun ini. Kejadah apakah itu. Bukan bonus tahun ini, tapi tahun lepas punya. Lemah longlai serta lunyai dibuatnya bila aku tau takdek bonus. Gajiku yang ada ni ciput sahaja. Dahla banyak barang keperluan nak dibeli, kepala aku serabut bagaii.

Kepala makin panas. Aku tengok budak-budak opis pon dah selalu MC. Sakit dengar takde bonus rasanya. Akupon dah jadi penghuni rumah tetap bila datangnya weekend. Jadah apa nak jalan kalau takde duit. Gaji 26hb, 10hb depan duit dah habis! Apa cerita macam nih?

Ulat dalam batu pon boleh hidup, inikan pulak manusia.

YAH rite.. Sama sangat la tu manusia dengan ulat!

gravatar

SETEM 2 Juta!

Sempena entry semalam, kita sambung lagi cerita setem nih. Gila hobi mengumpul setem ke hape ntah aku nih semenjak dua menjak ni. Asyik-asyik setem.


Setem kali ini adalah sebouah muvee yang digarap oleh encik Kabir Bhatia. Yang mana? Alah.. yang tulis cerita Cinta & Sepi tuhh.. Memang dramatik habis la idea beliau nih. Tapi kali ni, beliau coba untuk keluar dari kepompong tersebut. Beliau buat cerita ACTION KOMEDI.

Aku tengok idea dgn shot-shot dia memang gempak la. Sesuatu yang baru dalam filem beliau. Oh, untuk pengetahuan, gua memang suka jugak la tengok filem melayu. Afdlin, Hans, Adlin, Kabir, Aziz M Osman, Yasmin & Mamat Khalid diantara pengarah pilihan aku. Razak Mohedeen? Huh! Macam gampang la idea dia tuh.

Mereka semua nih berkualiti dari segi idea. Storyline yg boleh kita katakan berada di luar kotak sedikit. Dulu, minat jugak la dengan laki Erma Fatima tuh, Bade. Tapi lately, filem dia berat yg amat la. Aku x suka filem berat melayu. Nak berat, pegi gym la angkat berat. 

Berbalik kepada cerita SETEM, sinopsis dia lebih kurang begini lah :

Tahun 1847, Gabenor Melaka (org puteh) nak buat sesuatu yg boleh dijadikan bahan kenangan di zaman nanti. Beliau suruhla ada satu tukang jam buat setem untuk dia nih. Tapi dia tak suka setem tuh, dia buang saja dan cucu dia ambik simpan..

Pada tahun 2008, keturunan Gabenor Melaka nih ada buat press conferent kat A. Famosa, cerita la pasai sejarah setem yg ada tuh. Dah lama dia dapat katanya. So, dia nak bagilah kat Muzium Melaka.

Sid & Joe (hero kita) dah plan nak curi setem tersebut. Mereka nih terhutang budi dengan Pak Ramli, so nak pakai duit 2 juta tuh untuk membantu rumah anak yatim Pak Ramli.

Tapi, orang kata, penjahat banyak dalam dunia nih. Ramai jugak yang nak curi setem tuh. Seorang Ahlong (Piranha Lim), & Drebar van nak hantar setem tu pegi muzium (Vellu) diantara orang yang berkeyakinan nak curi setem tuh.

Sapa yang dapat? Kena la tengok muvee nih. Ala-ala Ocean 11,12, & 13 lagak bunyinya. Lineup dia gempak jugak : 

Afdlin Shauki, Vanidah Imran, Q Haidar, Rashidi Ishak, Bront Palare, Sathiya, Datok Aziz Satar, Datok Jalaluddin Hasan, Harun Salim bachik, Corrie Lee, Aziz M Osman, Isma Yusof, Diana Danielle, Chelsia Ng, Kenchana Devi, Harith Iskander, David Teo, Henzi, Shoffi Jikan, Frank Lewis.

Cakap banyak pon tak guna, layan je la thriller ni

  
 

gravatar

The Secret of Batu Pahat : Not All the BatuPahatians know of!


1. Batu Pahat terletak di negeri Johor.


2. Setahu aku, Batu Pahat bukan bandar.

3. Batu Pahat adalah sebuah daerah, jadi bandar yang dipanggil Batu Pahat itu adalah Bandar Penggaram. (kata orang tua, betul la kot nih)

4. Batu Pahat ini luas, banyak simpang. (kata Azmal)

5. Kilang roti MUNCHYS ada di Batu Pahat.

6. Batu Pahat mempunyai banyak hotel. Yang ni aku memang langsung tak paham kenapa. Tiada pon tempat pelancongan. Pantai terdekat adalah Minyak Beku. Tidaklah begitu memberangsangkan.

7. Cerita di atas bukan rahsia yang aku nak ceritakan sebab tu semua orang kat Batu Pahat tahu. Aku berani bet potong urat ketiak yang pasukan pompuan yang aku kenal, yang memang orang Batu Pahat sendiri tak tahu rahsia yang terpendam di Batu Pahat ini.

8. Okeh, kita mula cungkil perlahan-lahan.

9. Semua bandar ada pejabat pos. 

10. Pejabat pos paling sinonim dengan penjualan stem. Tak kiralah setem biasa atau setem cukai.

11. Paling lambat pejabat pos dibuka adalah sehingga pukul 5.00 petang sahaja. Namun begitu ada di sesetengah tempat pejabat pos dibuka sehingga pukul 9.00 malam.

12. Untuk pengetahuan anda, hanya di Batu Pahat anda boleh membeli stem sehingga pukul 3.00 pagi!

13. Setiap hari, diulang SETIAP HARI!

14. Setelah pejabat pos Batu Pahat ditutup pada pukul 5.00 petang, terdapat satu lagi tempat menjual stem dibuka mulai 7.00 malam sehingga 3.00 pagi!

15. Orang Batu Pahat memang suka beli stem gamaknya. Di Mana? Kalau anda seorang penduduk Batu Pahat sejati tidak tahu di mana, anda harus malu. 

16. Kerana apa? Kerana aku orang Kedah pon tahu akan rahsia alam ini.

17. Lokasi kedai tersebut dihadapan Masjid Jamek Sultan Ismail (yg kubah biru tu), seberang jalan, belakang TNB.

18. Nama kedai tersebut ialah Bulan Terang

19. Tak percaya? Aku ada bukti.































































20. Aku baru je nak oder ikan masak Stem Hasil satu. Brader kedai tu macam blur2 jek aku tengok. HAHAHHAHA
  

gravatar

AKU kurang antibodi

dah masok seminggu aku sakit.. kurang aktif di alam mayapada ini. 








BILA NAK SEMBOH NI?

gravatar

KEPALA PANAS


Aku duduk bawah aircond


Hari ini cuaca suam-suam kuku

Pagi tadi main air

Naik moto pagi sejuk gila

tapi..

APESAL KEPALA AKU PANAS???????








Oh, macam nak demam rupanya.

Air cap badak dah makin glemer

Susah nak cari air badak cap kaki tiga

Di zaman ini air cap badak sudah menerobos pasaran antarabangsa

So, ala-ala mat saleh, aku minum air COOL RHINO



gravatar

Hang Tuah gila!


Oh, ini adalah rentetan daripada blog cik Paryn. Aku dediket video ini untuk kamu wahai Budak kechick suka contiang!


gravatar

Public Holiday Untuk Semua!!

1. Ding Dang + Tora


2. Belon Ultramen + Kereta Mainan

3. Mainan Askar + Baju Suria Perkasa Hitam

4. Coklat Strawberry + Air Mango Swirl

5. Game Boy + Atari

6. Basikal BMX + Kereta Mainan Kayuh Kaki

7. Jam Pasar Malam + Baju Jersi Siam Pasar Malam

8. Cuti Di KL + Bercanda Di Genting

9. Awek Cun Stesen Bas + Awek Cun Bintang RTM


Semuanya aku tak pernah dapat sempena hari ulangtahun kelahiran aku masa kecik-kecik dulu. Aku tak pernah mintak kat abah aku, tapi selalu mengharap jugak. Harapan tinggal harapan. Nak bagitau mak, nanti dia sibuk nak buat kenduri arwah. 

"Jadah apa kenduri arwah time birthday aku. Tu untuk orang mati". pikiran budak aku ketika itu. Tapi aku tau mak sayang aku.
















So, untuk tahun ni, aku yang bagi hadiah buat korang semua. PUBLIC HOLIDAY untuk semua. 

SELAMAT HARI LAHIR AKU - 9 MARCH 2009

gravatar

Sumpah MAMA, Bukanku Sengaja!

Assalamualaikum, salam sejahtera.. kepada anda semua, moga bahagia....


Pergh, terbaik jugak kan sekali sekala start entry dengan nasyid.. Apapon entry kali ini bakal menyingkap segala misteri yang belom sempat terungkap pada masa lalu. Satu kisah benar yang bukan ditambah dengan imej-imej janaan komputer yang terkini. Satu pengakuan berani mati, kepada insan yang aku sanjungi. Benar, aku tak bohong (ala-ala lagu Bila Rindu Ruffedge tuh).

Entry ini sebenarnya ditujukan khas buat seorang pensyarah aku yang agak kool. Kami menggelarkan beliau MAMA. Nama beliau ialah Zuraidah Abdul Rahman. Diharap jika beliau terbaca entry ini, beliau akan memahami keadaan yang telah berlaku 5-6 tahun yang lalu.

Sekelumit penerangan mengenai beliau. Beliau ialah seorang superwoman bagi aku. Wanita yang power dalam karier yang beliau ceburi (mengajar le nih), seorang profesor madya, dan juga ilmuan yang memang hebat. Oh, umur beliau rasanya dalam lingkungan 60an la kot. 

Beliau adala seorang yang sangat strict tentang peraturan. Pantang beliau ialah orang yang lambat datang kelas. Hobi beliau adalah mambuat kelas diwaktu pagi! Ini memang masalah negara la bagi aku. Beliau patut faham yang bahawasanya manusia itu unik, tak semua orang adalah morning person (aku nih kelawar malam, mana nak ngam dgn rules nih). Beliau juga suka target insan-insan yang suka duduk barisan belakang sekali dalam kelas apabila tiba sesi soal jawab bermula. Kalau aku yang kena soal, macam nak mampos rasanya kalau takbleh jawab. 

Ye lah, aku ni bukanlah intelek sangat macam orang lain. Pelajar cukup makan je nih. HAHA. Kisah ini bakal mengungkap misteri kenapa aku suka duduk belakang dalam kelas.

Pada satu pagi nan indah lagi syahdu, aku terbangun awal gara-gara ada mamat jadah mana ntah merempit dalam kampus. Bunyi motor dia macam gampang punya bingit. So, dengan gaya Collin Farrel aku bersiap. T-shirt biasa + seluar jeans kegemaran, lengkap dengan seputung rokok ditangan persis macho la gayanya aku pagi tersebut.

Berdesup aku breakfast kat foodcourt kampus. Roti telur banjir aku rasa. Then, aku diantara orang yang paling awal sampai ke kelas. "Duduk depan la harini, nampak la ko datang awal." detik hatiku. 

Kelas dah start bising, orang dah makin ramai. Aku tak ingat pulak la sapa insan yang duduk disebelah aku pada waktu tersebut. Tepat pukul 9.00pagi, MAMA pun masuk. Diberinya salam, disambut dengan girang oleh aku dan rakan-rakanku. Ceria betul beliau pagi tersebut persis kanak-kanak yang dapat breakfast koko krunch lagaknya. 

Beliau berdiri ditengah-tengah kelas, sambil merenung jauh kebelakang kelas. Lantas beliau mengeluarkan ayat keramat beliau.. "Mana Terjun?". Semua diam. Belom sempat sesiapa bersuara, beliau sambung lagi " Ni lah yang saya marah ni, suka sangat nak ponteng kelas saya, lepas tu bagi alasan macam-macam. Kamu bagitau dia, suruh dia jumpa saya nanti, saya akan ban dia dari peperiksaan akhir."

Sejurus itu, semua mata yang ada dalam kelas tersebut menjuruskan pandangan mereka kepada aku. Aku merasa seperti pelakon pujaan yang namanya baru saja disebut menang anugerah bintang popular.

"Err.. MAMA, saya kat depan ni haaa." Beliau sedikit terperanjat, "Ada pun! Saya tak nampak tadi, selalukan awak kat belakag sana tu. Confius saya." ujar beliau.

Dan mulai detik tersebut, aku berjanji pada diriku tidak akan sekali-kali lagi menjejakkan kaki ke barisan hadapan. Aku tidak sanggup membuat pensyarah aku salah anggap kepadaku. Aku tahu mereka semua rindu tengok aku dibarisan belakang. Ala-ala tembok pertahanan pejuang yang gagah di belakang sana tu.  


















Dan MAMA(@ pensyarah-pensyarah yang lain), jika kamu rindukan aku.. pandanglah kebelakang sana, aku pasti sentiasa disitu.. menunggu ilmu dari kalian berdesup kedalam saraf otakku.

 

gravatar

Rotan Goreng + Sup Penampor = COMBO!!

Tahun : 2001

Lokasi : Kolej Matrikulasi P.Pinang (Pongsu 1000)
Tempat Kejadian : Blok C4


Aku dulu kononnya macho. Ye lah kan, budak bekas sekolah agama, apa barang nak sambung belajaq kat UIA. Tak boleh le nak menyetan. Nanti balik kampong kena cakap arab dgn tok wan aku. So, aku ingin mencoba ke dalam bidang sekularisma, konon-konon nak jadi engineer. 

Bagai pucuk dicita, ulam pucuk ubi mendatang, aku berjaya meloposkan diri ke alam matrikulasyy. METRIXX Peneng. Bagi yang pernah belajar di matrix Peneng nih, dalam tahun 2000-2002 tak salah aku, terutamanya lelaki, konpom nama Ustat Saidin terpahat diingatan anda-anda semua.

Ustat Saidin adalah seorang yang baik, periang, alim ulamak (ya lah, nama pon ustat kan). Tapi, bagi budak-budak yang agak-agak jahil macam aku nih, memang meluat gila kat dia. macam budak sekolah menengah meluat dekat cekgu disiplin tuh. malah kemeluapan kami nih memang berkobar-kobarlah hendaknya.

Rejim 2000-2002 bagi kami adalah seperti rejim zionis ataupon israel di bawah pemerintahan Ustat Saidin. Dengar nama Saidin, bersepah lari tak cukup tanah. Tu belom buat salah lagi. Kalau korang ade buat salah, mati berdiri la jawabnya.

Ustat Saidin memang terkenal dengan kekreatifan menjalankan hukuman-hukuman beliau. Aku rasa dia nih ada PHD dalam bidang mentel toture kot. Nombor satu yang dia paling pantang, orang lambat bangun + tak pi sembahyang subuh berjemaah kat surau.

Nak dijadikan cerita, ada satu malam tuh aku tidoq lambat. Memang hari-hari tidoq lambat pon. Ntah apa yang aku buat, aku pon taktau. Layan tidoq baeeekk punya. Mimpikan Alizee kot kalau tak salah aku. Alizee pon tak kenal?Ala.. yang nyanyi balik lagu "La Isla Bonita Tuhh".

Tetiba, ZRASS, ZIAPPP. Pergh, berbirat betis aku rasa. Tampa sempat otak aku berfungsi dengan normal, "BABI! Haram jadah! Kalau ya pon nak melawak, jangan la time orang tidoq!". Budak budak bilik aku memang jenis melawak tahap bunuh orang punya time tuh.

Sekoyong-koyong penglihatan, terpapar jelas muka Ustat Saidin di depan mata aku. DAMN! "Sedapnya bahasa melayu hang? Dulu SPM dapat A1 ka?".




PANGG!

Kepala aku bingai selama dua hari. Ampun Ustat!

gravatar

hooOOJAN!

Pergh...


Hari-hari pon mau hujan. Bukannya nak marah sesapa, tapi hujan nih buat aku malas kerja. Tapi cerita hujan ni, memang aku teringat satu cerita yang agak haramjadah somewhere between 2000-2001.. Aku tak jelas sgt bila..

Hari tersebut awal gila aku bangun. pukol 6.00am dah bangun. Jadah apa aku terbangun awal entah la. Jangan kata mak aku pelik, ayam jiran sebelah yang selalu berkokok pagi pon pelik. Sound mak aku, "Mak, cek nak pi surau nih, sat lagi terus pi beli roti canai ka, nasik lemak ka.."..

"Hang ni demam ka?" balas mak aku. "Dak aihhhh..". Mesti terdetik kat hati mak aku yang tak sia-sia dia hantaq aku pi mengaji sekolah agama. TAPI, kalau dia tau aku saja nak pi surau pasai nak isap rokok pagi, mampoih kena tibai. HAhahah

Sebenarnya hari tersebut aku ada jemputan kenduri. Leha bunga yang jemput. Leha bunga nih memang lawa habiss la. Sebab tu berkobar-kobar nak pi maakan kenduri. Kakak dia kawen. Buat pulak dekat hotel kat Sungai Petani nuh.. Memang grand habis la. Aku dah pakat dengan Mat Rosli nak pi kenduri tu. "Kalau Leha bunga tuh cun nak mampos, sedara-sedara dia tuh confirm la cun. Baka sama la katakan. Buleh la nak ejas sorang dua." detik hati aku.

Jemputan pukul 1.00pm, so pukul 12.00 tu sedang elok la kalau merempit pegi. Alih-alih pukul 10 pagi tu hujan lebat gila! GILA! "Sat saja ni kot. Selalu hujan lebat macam ni tak lama.." nak bagi sedap hati sendiri la nih.. Rugi la terlepas Leha bunga yang lentik itu + makan kat hotel pulak.. PERGH..

Dalam pukol 11.00, hujan tak brenti lagi. Ishk.. KANSEL ke nih? Dalam dok saspen tu, Mat Rosli telepon. "Hang siap la, sat lagi aku pi ambik." "Hujan ni bai, nak naik apa?" aku perlu mengonfirmkan keadaan. Selamba haram Mat Rosli jawab, "Aku ada kenderaan, kalau hang takmau pi, aku pi sorang!". OKEH!

Mana buleh biaq dia pi sorang. Kalau dia dapat awek lawa nanti, tokak kaki pulak aku nanti. So, bersiap sakanlah aku. Takla sakan sangat pon sebenaqnya. Tapi tu la baju yang paling mahai dan beradap yang aku ada. Kemeja kotak-kotak biru, jeans levis siam, kasut airwalk dah siap kat luar. Mak aku dah pelik. "Bila adik beradik kenduri takmau pulak pakai elok-elok!" bising beliau.

Hujan masih lebat. PINNNNNNNNNNNN! Bunyi horn. Haaaa.. Kereta Mat Rosli dah sampai. "Mak, pi dulu......". Berdesup aku ke depan pintu. TAPI...


Berderau darah jantan aku bila aku nampak Mat Rosli...













Beliau datang dengan motosikal HONDA EX5, Berbaju hujan hitam, sambil tangan kiri menghulur baju hujan kuning ala-ala baju ponco tuh..

Babi hang Mat Rosli. Kemaruk jadah sangat ka aku nak pi kenduri tuh sampai sanggup nak redah hujan lebat nak mampos tu dengan moto? Aku ingat dia bawak kereta. "Hang pi lah sorang! Aku tak desperado sampai begini sekali."

Mat Rosli diam, terus start moto blah dari rumah aku. (Malam tersebut dia bagitau aku dia pon tak pi, malu nak pi sorang).


Dah tukar baju biasa, terus pi dapoq cari nasik. "Tadi belagak nak makan kat hotel.." sound mak aku..

JADAH!

gravatar

Anu Dalam BOTOL?






Walaupon aku sudah ketinggalan zaman news nih.. tapi WTF?? Dah tak ade tajok lain ke? Cuba hangpa habaq mai kat aku apakejadah si Raja Azmi nih buat cerita gay tajuk cenggini? Publisiti le kononya..








**Sebenarnya aku berpikir, kenapa nak masok dalam botol? Cerita seram atau thriler?

gravatar

Tengok Bola, Dapat MC

Poliklinik Dinamik

26 Feb 2009
9.30 pm 


Aku : Assalamualaikum (Dr pompuan melayu)

Doc : Waalaikumsalam, duduk la dik. (3 saat kemudian), apa masalah dik?

Aku : Ntah la doktor, rasa macam sakit kepala, tapi bukan migraine. Perut rasa lain macam tapi bukan gastrik. Badan sakit-sakit la doktor. (aku memang ada migraine dgn gastrik, dah dlm rekod klinik nih)

Doc : Meh sini check darah dulu... Darah awak ok. Makan jaga tak ni?

Aku : Makan jaga dokter. Pantang jumpa makanan, saya makan. HAhAHA

Doc : Buat lawak pulak dia nih. Awak balik kerja hari-hari hujan kan? Awak naik motor kan?

Aku : Haaaaaa. Ye la dokter. Hari-hari. Jangan kata badan, besi pon bole bengkok kalau hari-hari kena hujan. (Konpom buleh mc esok nih. Dokter layan lain macam je nih)

Doc : Itu mungkin salah satu sebab la. Mungkin awak ni stress kot. sebab tu kepala melayang jek rasanya.

Aku : Ye la dokter. Minggu nih banyak keje sikit. Report tu, report ni...

Doc : Tido cukup tak? Awak ni, kerja-kerja jugak, tido kena jaga.

Aku : Dua tiga hari nih memang tak cukup tido, tido tak menentu.

Doc : Tu la pasal. Dah, saya bagi ubat gastrik, sakit badan, dengan ubat tido.

Aku : Ha? Tido?

Doc : Ye, rehatkan badan awak tu.

Aku : Ok dokter, tapi..

Doc : Jangan risau, saya bagi mc esok. Awak rehatlah ye.

Aku : TRIMA KASEY dokter!


** Haha! Segala perbualan diatas adalah kejadian sebenar, kisah benar, dan tak ada sebarang penipuan untuk mendapatkan MC. Memang aku tido kurang dua tiga hari sebelum tu. Bukan buat keje, tapi tengok bola CHAMPION LEAGUE!

Majulah sukan bola untuk Dokter Poliklinik Dinamik

Aku sayang dokter nih sebab aku tengok bola pon boleh dia bagi MC. Siap kasik ubat tido. Terbaik punya dokter. Lepas ambik ubat, balik rumah, mandi, terus balik kampong. HAHAHAHA.

MAKASEYY DOKTER!