Archives

gravatar

2060


Entry asal di sambung dari PIPIPIPI


Di suatu malam minggu yang hening..

Agak-agak lepas solat Isyak. Gua dah pekena kari kepala ikan jaws tadi. Bukan sedap mana pun. Dah itu je ikan yang ada kata bini gua. "Awak jangan nak mengada-ngada nak makan pelik-pelik. Apa awak ingat zaman sekarang nih senang nak dapat kepala ikan merah dengan ikan kerapu? Cuma kaum kerabat sultan bola jek yang mampu beli. Kita mana mampu, bang oii!"

Terkedu jugak gua. Kalau time 2010 dulu, bersepah ikan tu kat pasar. Rumah gua sunyi sepi. Cucu-cucu gua semua dah balik rumah masing-masing petang tadi. Bini gua ambik kontrek jaga cucu. Nak upah nursery dah mahal bebeno sekarang ni. Pembantu Indon? Kan dah diharamkan masa 2010 lagi. Mana ada Indonesia berani masuk Malaysia dah sekarang nih. bagus jugak ada ramai cucu di siang hari. Meriah sikit gua rasa rumah gua nih. Cuma part cuci lampin tu gua kasi bini gua hendel. Gua hendel bab main-main pasir jek. Senang.

Berbekalkan secawan kopi luwak Indon dan separuh kotak Marlboro Cengkih dan Lawang, gua layan Internet kat beranda rumah. Sedang gua tengah terkial-kial nak cucuh rokok, "tit-tit!" emel gua berbunyi.

Facebook - One friend request!!

Apakejadahnya nih? seingat gua, dah 40 tahun lebih gua tak on Facebook ni. Gua log in, "Firdaus Abdillah wants to be added as your friend". Peh. Gua rasa dia ni dah nyanyuk. Masa tahun 2011 dulu, sebok nak delete gua dari friends list dia. Dia cakap untuk makwe-makwe saja facebook dia ni. Orang melayu kalau tengah top, memang lupa diri. Dah tua ganyut macam ni, baru nak ingat gua balik.

Sejurus gua klik butang "add" je, tetiba notebook gua berbunyi ringtone SM Salim - 'Kenang daku dalam doamu'. Terpacul muka si Firdaus (Pipi) nih dekat hologram atas meja gua.

"Hello kawan, assalamualaikum." Sepantas kilat gua jawab balik, "Waalaikumussalam, hah laju betul lu nih. Apehal pipi?"

"Saja je. Gua nak ajak ngeteh. Dah lama tak layan kedai mamak. Rindu dah gua dengan teh tarik dengan cendol ni. Nak layan sorang-sorang mana ada feel.." ujar Pipi.

Gua memang takde hal. Bukan selalu dah ada orang nak ajak lepak zaman ni. "Gua on saja. Lu datang ambik gua pagi esok. Rumah gua dekat Taman Cucur Udang fasa 3, lorong 14/365A, nombor 33. Rumah gua sebelah tangki air besar."

Pipi : "Susah benar nak cari rumah lu tu. Lu jek datang ambik gua. No 3, Taman Galaksi Jupiter Rembulan, Hulu Klang.Lagipon kereta sport gua anak gua pinjam. Proton Mahathir dia gearbox rosak. Alah, sama je dengan masalah Proton Perdana zaman kita dulu-dulu tu."

Peh. memang senang la. Area rumah orang kaya-kaya. Sapa yang taktau. Kalau tak salah gua, rumah yang jenis ada kolam renang 3 tingkat tu. Boleh la nak merasa mandi swiming pul orang kaya. "Okeh Pipi, Set. Esok 9.00pagi gua sampai".

Sekoyong-koyong gua sedang shutdown pc gua, baru gua teringat. Mana ada lagi kedai mamak sekarang? Alimaju, Kayu, Maakbol, Pelita, semua dah bergabung. Pekerja India + bangla dah balik negeri masing-masing. Tokey beso diorang semua sibuk nak meniaga tomyam! Macam celaka!


gravatar

Internet SuperHighway!!!


Semua season baru nak jalan serentak! Sigh.. Kan bagus kalau kat Opis lama. Line 10mbps dedicated. Laju sikit nak mendownload. Sigh... TM, sila beri perhatian kat line internet rumah gua.

1. How I Met Your Mother (Season 6) : 20 Sept 2010
2. House (Season 7) : 20 Sept 2010
3. Chuck (Season 4) : 20 Sept 2010
4. Cougar Town (Season 2) : 22 Sept 2010

* Apakejadah semua nak start masa yang sama nih?

gravatar

Farmville : Wii Edition

Kaki-kaki farmville sekalian, apa lagi? Pegi beli Nintendo Wii Sekarang!!







gravatar

Dah 2 Bulan Gua Oder : BARU SAMPAI!!



Peh, lama jugak gua tunggu baru nak sampai. Lembab betuk budak-budak DHL nih.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



gravatar

Sebab Kenapa Gua Tak Pernah Beli DVD Ori



**Klik la bagi beso sikit kalau lu tak nampak. X de hal. Klik la. Boleh tuuu...


gravatar

LIFT?




gravatar

Sekadar Pedoman Dibulan Ramadhoon!









gravatar

Ramadhan (Edisi kameback)

Its been 4 months since my last post.. boring sial kat opis baru nih. Nak hapdet blog pon takde mood. Semenjak dua menjak ni, banyak pulak website yg depa nak block, nasib baik blogspot dgn wordpress depa tak block.


Sempena ramadhan yang mulia nih, gua cuma nak mengenang balik ramadhan-ramadhan lalu. Apa gaya gua berbuka puasa.

1996-2000 : Asrama beb. lauk stendet jek. Apa yg ada atas dulang, main sebat jek. Tak ada urutan. Gua cuma pasti setai berbuka ada teh O panas. Tu jek. Ikan jaket tuh perkara biasa kalau menu dia seminggu 3-4 kali.

2001 : Tahun ni lain macam sikit. Air, kurma, rokok, air, rokok, kuih, rokok, nasik, air, rokok, rokok, rokok (mengikut urutan hampir setiap hari) . Feel duduk Penang nih memang lain macam. Menu buka puasa hari-hari pon cemerlang. Berbuka dengan 3-4 batang rokok adalah perkara yang amat biasa bagi gua dgn geng-geng gua. (Gua rasa kalau gua masok spital pada ramadhan tahun ni, memang patut. Paru-paru seladang pon x tahan ben kalau 40 batang rokok dalam masa 12 jam, hari-hari)

2002 : Thaun ramadhan yg paling jimat. Walaupun time nih gua buka puasa awal, dalam 6.15pm dah buka gitu, tapi menu gua hari-hari adalah stendet dan sama. Air, roti, rokok, Nasik lemak ayam. Itulah menu hari-hari gua ye. Sepanjang sebulan gua bedal nasik lemak ayam. Baru ada gaya berlemak sikit badan gua time tuh.

2003 - 2005 : Menu pelbagai. Time-time nih dah pandai carik makan. Sapa yang boleh lupa bazar ramadhan kem Askar batu lintang Kuching tu ye tak? Bazar kat Satok boleh lagi la. Kalau bazar dekat Semariang/Petrajaya tu, memang gua tak bleh blah. (Oh, dari 2002-2006 gua duduk Kuching yeh. makanan bazar ramadhan memang langsung tak boleh blah. Murtabak dia macam roti telur jek. Memang 4-5 kali jugak la gua bergasak dengan brader jual murtabak sebab bila oder murtabak dapat roti telur). Untuk budak-budak semenanjung yang nak makan murtabak kaw, sila maju ke Kem Askar batu 3 (kalau gua tak salah).

2006 : Masa nih gua dah kat kl. Kerja Seben eleben. macam haram menu dia. Air gas hari-hari bersama 4-5 batang rokok sebab air gas pree. Sepanjang bulan ramadhan kali ni, gua ingat cuma 4 hari je gua berbuka kat umah, lain2 semua kat kedai. last-last lepas raya gua berhenti. Apakejadah berbuka murtabak jek hari2 kan? Gua ingat lagi tahun ni gua cuma 3 kali pegi terawikh. Tu pon sebab gua balik kampung.

2007 : Kali ni memang maintain. Buka puasa lauk memang bergaya. Kerja dah steady. Dari bazar Serdang, sampai ke Putrajaya gua jalan. Takpon Acong jek yg bungkus. Memang cemerlang.

2008 - 2009 : Bertambah cemerlang. Gua masih tak boleh lupa Murtabak Raja Taman Tun (TTDI). Apa gila Murtabak RM10-12? Sedap gila ok. Ada murtabak kambing lagi. Sepanjang gua kerja TTDI, memang menu-menu dia gila cemerlang. Semua bazar cemerlang gua pegi. (Bangi, Putrajaya, TTDI, Kajang Sentral).

2010 : Gua nak pegi cari murtabak RAJA! Gila jauh dari Kl Sentral nak pegi TTDi ni oiii