Archives

gravatar

Banglo Murah : RM 100 Ribu sahaja!



1. Ya, aku tak tipu.


2. Banyak lagi benda lain yang aku boleh buat daripada cuba nak menipu hangpa semua.

3. Sedikit latar belakang ; aku bekerja di salah sebuah syarikat yang memang agak terkenal dengan hasil pembangunannya yang power di negara kita ini.

4. Penang bridge, komplek stadium Nesional Negara Bukit Jalil, Sekend Peneng Bridge, KLIA Tower, Part of Cyberjaya, Dll.. adalah contoh kejayaan syarikat kami.

5. Maseh tidak percaya? Aku sekarang bertugas di syarikat yang cuba membantu kontrektor-kontrektor kecil untuk mendapat bekalan komoditi binaan dengan harga yang paling murah.

6. Contoh banglo tersebut adalah seperti di bawah :




7. Ya, gambar tersebut adalah sebuah rumah prototaip.

8. Jelasnya, ia adalah sebuah banglo. Tidak dapat disangkal lagi.

9. Kami bukanlah seperti developer-developer lain yang cekik darah yang hanya nak menjual rumah banglo juta-juta ringgit sahaja.

10. Niat kami suci. Ingin memberi peluang kepada semua bumiputera supaya mereka dapat merasa hidop di dalam banglow mewah pada harga yang amat berpatutan!

11. Ya! Harga sebuah banglow seperti ini hanyalah RM 100,000.00 sahaja.

12. Jika mahu ditambah full spec, (pagar, grill, dan porch kereta), anda cuma perlu menambah RM 10,000.00 sahaja.

13. Hanya RM 50.00, diulang LIMA PULUH RINGGIT sahaja diperlukan kami untuk booking banglo-banglo ini.

14. Jumlah pinjaman yang bakal diluluskan adalah 100%. Oleh itu, pinjaman RM 110,000.00 pada kadar interest 5%, dalam jangkamasa 20 tahun akan diluluskan.

15. Oleh itu, tidak perlu ragu-ragu, jangan tunggu lama-lama.

16. Unit banglow adalah terhad.

17. Dapatkan banglo idaman anda sekarang!

18. Projek dijangka siap : Januari 2010.

19. Pandangan sisi unit yang 100% siap :



20. Jangan banyak komplen kerana ini banglo murah.

21. Sekian

gravatar

Aku kan KANAK-KANAK ribena lagi~~



Hari ni takdak benda menarik berlaku. Semua orang macam boring. CEO takdak. Aku pon join boring-boring juge la. HAHAHA. Walaupon banyak kerja. 


Owh, salah satu hobi aku dari kecik adelah membaca komik. Ya adik-adik sekalian, diulang, KOMIK. Bagi aku ia adelah terapi minda yang amat berkesan mengalahkan Aromaterapi, Refleksologi, dan Psikoterapi. Banyak jugak yang aku baca.macam-macam. 


Sekarang nih. Aku tengah baca YU GI OH!. Ya. Buku cerita budak-budak. Walaupon dah berkali-kali aku baca, tapi aku baca lagi okeh! Sebelum aku tidoq, layan dulu dua tiga bab, lepaih tu baru tidowq.


Kebolehan aku yang melampau ini memang mengelirukan pihak lawan la kadang-kadang. Buleh ulang baca komik yang sama berkali-kali. TAPi, yang bersiri la ye. Contohnya macam si YU GI OH! ni, ada 37 buku. Yang aku ada cuma 10 je. Tu pon part yang last-last.


Ye la. Dulu taim sekolah tak mampu beli. Main pow orang saja baca. HAHAHAA. Aku mempunyai impian untuk buat laibreri komik disatu masa nanti. Akan ku racun bakal anak-anakku nanti untuk menjadi gila komik macam bapak dia! HAHA.

Bab-bab belajaq, kan mak dia ada okeh! Mak dia pandai, rajin baca novel-novel omputeh yang aku haram tak buleh baca langsung tu. So, otometikly, bila anak-anak aku dah boring belajar dengan bini aku, ada la hiboran bersama bapak mereka pule.. HUih. jauh merapu dah ni..


YU GI OH! ni bercerita tentang seorang budak yang dapat benda zaman mesir dulu. Zaman piraun la kot. SO dia jadi ala-ala raja main kad. Trading Card game. Ada la resakse-resakse dia, dan magik-magik yang tertentu. Budak Yugi nih membantu roh piraun yang baik untuk mencari balik memori dia yang hilang. 


So, kepada anak-anak sekalian, kalau nak tau cerita lanjut, boleh ditorrentkan cerita animasi dia sendiri kat enternet. Kalau penyegan sangat, mai la rumah aku kalau nak baca komik dia.


Aku kan KANAK-KANAK ribena lagi


**Kalau nak mai tu, bawak la buah jangguih ka, pelam ka, nasik paprik ka. Kami tidak menyediakan perkhidmatan katering untuk anda semasa berada di rumah kami. 


Sekian.






gravatar

Sapa dia Elizabeth Wong?

Aku pon tak paham la apa masalah minah ni, dan juga masalah orang-orang lain. 

Semalam, TV3 boh berita dia sampai setengah jam! orang tu nak komen, orang 

nih nak komen. Menatang apa la hampa semua nih. gambaq makcik tua tu pon nak 

kecoh-kecoh. Dia dah TUA! buruk la dok pi nak gebang pasai cerita dia tidoq 

bogel.


Apa-apa pon, isu keja aku dah banyak nak setel; payment, pokok bunga, 

maintenen, toilet, bla bla bla..... sepanjang dok rilek-rilek ayam nih, ada 

member mai dok YM dgn aku



Kuluppudin : DING!

M : Hoih. apa mau?

Kuluppudin : Hang ni dok mengulaq saja. takdak gheja ka?

M : Ada. Saja dok main-main. 

Kuluppudin : Hoi, jom pi mengai. Walaupon hang tak terrer, tapi nasib tu 
  ada.

M : Nak pi tang mana?

Kuluppudin : Aku tau hang malaih dah nak mengai kolam ayaq tawaq.
  Jom la pi Serdang. Ayaq masin.

M : Huih.. aku takdak duit. Gaji lambat lagi. Lagipon kolam 
  serdang tuh macam haram. Siakap saja ada. Aku takdak
  luck sangat la kolam tu.

Kuluppudin : Dahtu? Nak pi Sea Lion? Best sikit la.

M : Hang nih nak aku cakap bahasa UGANDA ka? Aku takdak 
  duit!

Kuluppudin : Allah, sekali sekala nak bersuka ria dengan kawan-kawan
  pon berkira.

M : Bukan berkira, tapi kalau nak harap hang belanja, sampai
  pat tahun depan pon aku tak mengai.

Kuluppudin : Aku takdak duit sangat.

M : Dahtu? dok gatai dok bakaq aku ajak pi mengai ni awat?

Kuluppudin : Saja la. Lama tak lepak-lepak. 

M : Nak lepak pi kedai mamak pon buleh.

Kuluppudin : Ya la tuuu.

M : Tapi kan, kalau lepaih dapat gaji, buleh jugak la nak pi 
  mengai.

Kuluppudin : Hang nak belanja aku?

M : HARAM JADAH!

Kuluppudin : Haahaha. Buleh la kot. Roger la ramai orang lagi.

M : Budak opis aku ada la sorang. Kalau aku roger dia mau
  pi punya.

Kuluppudin : OK. Hang tau la. Semanjak kawen nih, lepak kedai-kedai
  mamak ni tak tenang sangat. Nak layan kepala kena
  la pi mengai.

M : Suka hati hang la. Tapi aku tools tadak tau. Ada mengai
  dengan mata kail saja. Aku nih pemancing part time. 
  Tak la macam hangpa. Tools mengai macam nak pi
  mengai ikan paus.

Kuluppudin : Celaka! Perli nampak..

M : Haahahah.

Mengai? Buleh saja. Jomla sapa-sapa nak pi~~







***gheja = kerja
     tang = kat
     mengai  = memancing
     awat = kenapa


gravatar

Lahanat punya LUMBA BASIKAL



Wohhoo..

Pagi nih, aku ingat macam best je la kan.. Walaupon plan nak repair toilet opis harini, ye.. diulang, repair toilet opis. Aku memang macam-macam keje kat opis nih. dispatch, driver, MnE, segalanya la. Pakai jeans dgn t-shirt je la.. kuar rumah time pon cun. bole sampai opis dlm pukul 820 nih.

Dengan rempitan berskala sederhana, gua pon rempit la melalui celah2 jalan ibukota yg tak berapa nak kota ini. Kl-seremban ok, then federal pon x jem, kerinchi link baek punya jalan. Then... "Apesal pulak jem tetiba nih?" sekangkang kera je lagi nak sampai opis. Kepala otak aku dah terpikiaq "exsiden nih.."



Rupanya tak! Polis tutup jalan! Cilaka. Dah lambat. Mat-mat rempit situ semua dah start mengamok. Ada ka tutup jalan nak bagi lumba basikal haram tu lalu. Pagi pulak tu. Respek spek hitam la sikit orang lain nak pi kerja. Semua jalan-jalan utama Damansara ditutup. Merata-rata jugak la aku pusing sementara nak buleh cross mai opis kat Tmn Tun nih. 

7-8 orang polis dok tahan baik punya. Semua simpang depa jaga. Aku tengok polis yang dekat tol tu sikit lagi saja nak kena hayun dengan mat-mat rempit. Sapa yang tak hangin. depa nak tahan jalan dari pukoi Lapan sampai pukoi 10 lebih. Terbakar la hati! jangan kata hati saja, iman, kepala hotak dan yang lain-lain pon buleh terbakaq tau!

Bos-bos aku banyak jugak la yang kena sangkut dalam jem tu.. Ada masa la nak update blog. HAHAHAHA






gravatar