Showing posts with label Tribute. Show all posts

gravatar

A B C D E F !!


Selamat Sore..

Hari ini, dia punya panas lain macam. Kepala gua pon dah start bingai. So, gua nak kasi up satu entry. Kasi bakar sikit kawan-kawan di hari yang panas membara ini.

Gua bukan nak ajak lu orang belajar tulisan @ huruf-huruf rumi. Tapi gua nak kasi up satu entry yang gua kasi nama sendiri.

Okeh, gua mula. Gua ada kawan. Nama kawan gua Ptit. Nama penuh dia gua rasa Fadhlee Fitri Abu bakar. Bapak Ptit ada bukak kedai minum. Gua rasa, mungkin ramai orang dah pernah jejak kaki kat kedai bapak beliau nih. Gua ada la jugak 2-3 kali pegi minum sana kasi buah pikiran gua berkembang sikit masa dulu-dulu.

Menu lain gua tak heran. Banyak kedai yang boleh lawan menu dia. Tapi.. dia punya ABC (Air Batu Campur), memang CHAMPION. Gua rasa area Shah Alam, ABC dia yang paling hero. Lokasi, dah berubah. Medan Selera baru Seksyen 2 Shah Alam. Nama kedai sama. FRADOO ABC no 14.

Nak tau lebih, boleh pi tanya kat blog adik Ptit sini (gua pon tak pasti adik Ptit nombor berapa, awek, belom kawen, lu orang boleh ngorat).

Gua taktau apa nama menu ABD dia. Tapi gua bagi nama sendiri jek. ABCDEF!


Air Batu Campur Dengan Eskrem Fantastik







**Gua ingat Sabtu nih kena turun Shah Alam. Nak tuntut ABCDEF free sebab gua dah promote

gravatar

Tengkieuu Jaya BELLE


Oh..

Gua dapat award yang pertama. Gua rasa si Belleee tuh dah hilang deria rasa agaknya? Korang nak tau apa description yang dia bagi aku?


"Award 'A Sloberry Kiss' ini adalah untuk mereka yang buat aku ketawa dan garu kepala.." LA.DIVA.LA.BELLE.

Korang bole kasik lawat blog si Belle nih kat sini. Makaseyy Belle.




**Ada ke orang ketawa sampai garu kepala baca bog nih? Gua langsung tak sangka..

gravatar

Pura-Pura Pakcik John Koo

Beliau pernah komplen yang gua tak pernah dediket entry untuk beliau. Ada gua komplen beliau haram langsung tak pernah dediket entry untuk gua? Atas dasar beliau yang tak sedar diri tu, gua nak kasi up satu entry kaw-kaw untuk beliau.


Mari pecah pekung didada beliau setakat yang gua tahu. Tak ada masa gua nak ampu-ampu beliau sebab beliau bukan boleh rekemen gua kerja dengan pejabat gomen pon. Korang nak tau lebih-lebih, tanya adik beradik dia sendiri.

1. Bila masa nama beliau jadi John gua taktau. Gua panggil beliau koozy (beliau ada bagitau dalam entry beliau dulu). Nama kad pengenalan beliau gua tak pasti sangat. Apa barang zaman dulu nak panggil nama kad pengenalan? Tak macho langsung. Gua saspek beliau pon tak tau nama kad pengenalan gua.

2. Gua kenal beliau adalah dasar kawan atas kawan. Gua kawan dengan Ali, Ali kawan dengan Samad, Samad kawan dengan Ah Siong, Ah Siong kawan dengan Beliau. Begitulah lebih kurangnya.

3. Beliau dulu belajar kos berwawasan tinggi, IT. Sedangkan gua hanya belajar kos jadi budak pejabat sahaja. Kami memang tak sama.

4. Satu ketika dulu, hampir setiap malam gua akan layan teh tarik dengan beliau. Dalam tahun 2002-2003 gitu.

5. Beliau adalah spesis minat gila kat Mencester United. Beliau panggil Manyoo. Macam kelab tu bapak sedara beliau yang punya. Setiap malam minggu beliau akan duduk tengok Manyoo main bola kat Warung 2000 (dulu). Gua ada jugak join sekali sekala sambil layan shisha.

6. Beliau jenis yang agak berduit. Sebab apa? Zaman dulu beliau pakai henset mahal, komputer ala-ala gempak, jersey Manyoo ori, ada motosikal mahal. Tak gitu, Koozy?

7. Dulu beliau belagak sebab beliau guna motor SatuDuaLima Z. Sedangkan gua cuma pakai Kriss. Tu pon gua sebat Petit punya.

8. Beliau tak ada lesen kereta, dulu (sama dengan gua). Beliau kata, lagi best angkut awek naik motor, boleh peluk kuat-kuat (langsung tak sama dengan gua).

9. Beliau suka main bola. Beliau cuma handal dibahagian goalkeeper sahaja. Pernah dulu gua sebagai kawan, kasi sokongan moral kepada beliau semasa lawan dengan Uitm. Haram jadah! Beliau lepas 3 bijik. Macam mana nak menang?

10. Zaman dulu, beliau yang racun-racun gua supaya terjebak dengan jenayah main game kat pc. Beliau gila main General, Championship Manager, dan Counter Strike masa tu.

11. Kalau korang, gadis-gadis dara remaja terpesona tengok beliau makan ayam pakai pisau dengan garfu, korang silap. Dulu beliau haram tak pandai pakai. Sama dengan gua. Beliau ada ambik kursus makan ayam kentaki pakai pisau dengan member gua, Ita.

12. Beliau memang suka makan ayam, terutama kentaki.

13. Sepanjang gua kenal beliau, beliau suka oder makanan goreng-goreng. Jadi gua saspek beliau suka makan nasik goreng.

14. Walaupon korang ingat gua nih geng rapat dengan beliau, gua cuma pernah pergi ke rumah beliau hanya sekali. Beliau? haram jadah sekali pon tak pernah datang ke rumah gua.

15. Kali terakhir gua jumpa beliau adalah pada tahun 2007. Tapi kami masih lagi berhubung menggunakan media-media terkini seperti YM, Fesbuk, dan Blog. Jangan harap beliau nak SMS gua. Mungkin beliau takut skrin iPhone beliau calar balar kalau selalu guna, gua rasa.

16. Semenjak beliau bekerja di syarikat teknologi komputer canggih, beliau haram pun tak pernah nak bagi hadiah barang-barang komputer canggih kat gua.

17. Beliau adalah seorang yang agak pendiam, tidak kelakar sangat gua rasa. Tapi, bila beliau buat lawak sekali, belum pun sempat medula oblongata gua proses maklumat, mulut gua dah tibai gelak dulu. Beliau memang pakar menjadahkan orang.

18. Gua tak pernah ada gambar beliau. Apa korang ingat gua gay nak simpan gambar kemesraan gua dengan beliau?

19. Korang boleh menjejaki beliau di SINI

gravatar

KACIP : Ini Bukan Kacip Sireh!



Salam..

Sudah agak lama blog ini tidak diisikan dengan maklumat-maklumat ilmiah berhubungan dengan gua yang terlalu obses dengan keje gua, dan juga keadaan kesihatan yang kurang memberangsangkan. Namun begitu, kali ini gua kembali dengan bergaya, coba untuk memberi sedikit semangat untuk entry yang bakal mendatang.

Okeh. Entry ini adalah dedikasi kepada penulis blog yang agung, dan sempoi. Gua memang minat betul dengan karya-karya garapan beliau dalam entry-entry blog beliau.

Beliau ialah enchek PIPIYAPONG ataupon nama kad pengenalan beliau adelah Firdaus Abdillah. Korang boleh lawat blog beliau, HILANGPUNCA untuk mendalami ilmu-ilmu kejadahan yang amat mendalam hasil dari garapan kepala hotak beliau.

Yang gua kagum, semangat berblog beliau memang dari darah daging atau DNA la gua saspek. Bapak dia pon ada blog. Gila blog anak beranak nih. Si PIPI adalah sekampong dengan Siti Nurhaliza. Gua tak pasti la satu kelas belajar ke tidak. 

Pernah satu ketika, si PIPI merajuk. Tak nak tulis blog lagi. Agak lama beliau diam. Member-member dan follower dah start nak mengamok. Ada yang dah siap plan nak buat rombongan bas pegi mengamok kat Kuala Lipis tuh. Gua dah start asah parang time tuh.

Yela kan. Dah follow, tiba-tiba dia berhenti. Memang HILANGPUNCA la semua orang. Kalau tak nak tulis blog, biar gua kasi tetak je leher dia. 

Rupanya haram jadah si PIPI. Beliau buat buku pulak dah. Buat duit haram sungguh. Buku + blog = Blook. So, gua dah tempah. Belom sampai. Nanti dah sampai, gua kasi review. Lu kena ingat, ini bukan blog berat, politik mahupon ekonomi global. Ini blog en PIPI! Blog ringankan otak!

Tajuk buku beliau ialah KACIP

Kalau lu orang nak tempah, kasi masok blog dia, cari macam mana nak tempah. Rugi lu orang tak beli. Ini gua sumpah!

 Marina Tun Mahathir pon beli buku dia. "Wey enchek PIPI, gua dah promote, bagila persen sikit!"

***Kacip bermaksud rapat @ karib @ ngam dalam loghat Pahang. Kalau utara, kacip adalah alat untuk mengopek dan memotong buah pinang!







gravatar

Kan Senang jadi Budak


Puisi nih ditulis oleh senior gua yang agung masa zaman-zaman belajar dulu. Beliau memang power bab-bab seni, bab-bab drawing, bab-bab main skateboard. Gua dediket entry nih untuk beliau. Beliau adalah
Mr Choclat!





Kan senang jadi budak
Hari-hari main, hati senang gelak-gelak
Tak bercelaru otak

Kan senang jadi budak
Semua bulat, bujoq, segitiga, petak
Apa-apa jerit mak, abah, abang, kakak

Kan senang jadi budak
Makan tak payah masak
Rokok tak isap berkotak-kotak

Kan senang jadi budak
Bebel mak abah berasak-asak
Tak payah ambik tau, buat selambe badak
Abih kuat TERIAK