Q u a c k L e n t a n g
Dah lu orang gila sangat main Fesbuk kan? Masuk Blog gua pun still nak terbayang Fesbuk? Memang KEMAROK!
- All
- Cerita
- Gambar
-
- Browse more categories
- apakejadah
- cereka
- Gambar
- game
- hobby
- info
- kawan2
- life
- makan dalam
- music
- muvee
- Niat Di Hati
- puasa
- raya
- sambung2
- sukan
- Tribute
- waddefak
- work
- zaman dulu
Pantaiku
-
-
Rahim Rempit6 months ago
-
Azure DevOps5 years ago
-
-
-
End of Year Posting10 years ago
-
Tepu11 years ago
-
A Bizarre Incident11 years ago
-
malam semalam pekin menangis11 years ago
-
-
Umrah 2014 (part 1)12 years ago
-
Ramadhan 1433H14 years ago
-
Ini Sotong Goreng Emas ke apa?14 years ago
-
-
Lif Kerajaan14 years ago
-
-
Love Don't Love Me..17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Geng Terjun
Papan Iklan
Mai Mana
Showing posts with label muvee. Show all posts
Transformers 2
YO
Gua kembali. Dalam kesibukan cuti gua dan kesibukan gua menjalankan tanggungjawab gua, sempat jugak gua carik slot nak tengok cerita Transformers. Standart cerita robot la gua boleh cakap. Nak review panjang-panjang, gua malas.
Setelah habis cerita, dalam proses bangun dari kerusi panggung,
Ali (member gua) : Aku memang tak boleh lupa part Megan Fox lari tuh. Dia punya B**bs tu memang menggiurkan!
Gua : Tengok je, tak boleh pegang.
Gua dah tau dah member gua nih otak dia kesitu je perginya. Dah keluar, gila ramai umat. ye lah 5 panggung buka cerita tuh dalam masa yg sama. Memang carik untung betul tokey panggung tuh. Dalam bersesak-sesak nak keluar tuh, member gua boleh buat ayat yang gua memang langsung tak sangka nak keluar dari mulut dia.
Ali : Pergh, kalau kita pegi haji, macam ni la agaknya Saie' eh. Jalan slow-slow orang ramai.
**Cuba korang bandingkan ayat beliau yg mula-mula dengan ayat beliau yang last tuh. Rasa macam nak terajang! Cepat betul beliau cuba nak insaf!
Weekend MOVIE Mania!!
Salam,
Dah agak lama tak post entry. Biasa la, gua bizi sikit. Kalau bizi banyak, memang tutup terus la blog gua. Okeh, stret to the point la. Weekend lepas, gua memang dedicate khas untuk industri perfileman antarabangsa. Bukan gua tak support filem tempatan, tapi tak de lagi filem tempatan yang mampu memanggil gua untuk duduk di punggung di dalam panggung.
Kita mulakan dengan filem pertama gua. Gua tengok wayang. Fast and Furious 4. Gua memang tak penah miss filem lumba-lumba nih. Ok. Boleh tahan cerita dia. Dia ada flasback sikit cerita-cerita lama. Macam mana si Han(Tokyo Drift) boleh kenai dengan Dom.
Jalan cerita ok, cuma part lumba kurang sikit la bagi gua. Mungkin gua expect lebih kot. Stakat lumba-lumba pakai GPS, tak masyuk jiwa raga pelumba beb. Shot lumba pon kurang gua rasa berbanding filem dulu-dulu. Pergi la layan sendiri kalau nak tau.
Gua kasi markah 85% la untuk filem ni. Best, tapi taklah sampai ke tahap wow!

Filem no 2, gua layan DVD. Cerita yang tak la lama sangat, tapi gua baru nak tengok. Bride Wars. Yah rite, BRIDE WARS. Gua memang suka kekadang tengok cerita gila-gila macam gini. Cerita yang orang lain anggap buang masa, gua layan. Sukahati gua. Apa lu peduli??
Cerita simple la, pasal dua orang pompuan bestfren yang tetiba ditakdirkan akan berkawen di hari yang sama, masa yang sama, tempat yang sama. So, masing-masing cuba la nak mengharamjadahkan musuh masing-masing.
Overall, gua kasik 80% untuk filem ni, berbanding dengan genre-genre filem ni. Nak banding dengan filem Transformer, memang tak buleh la bro.

Then, gua dapat filem seludup baik punya. Bukan cerita blue. Cerita yang tak main lagi kat wayang. Gua dapat Master copy yang ada lagi 5-8% tak siap dia punya taouch up effect. tapi boleh ditonton dengan girang. Filem apa? X MEN ORIGIN : WOLVERINE.
Filem ok. Mengisahkan tentang Wolverine la. Asal usul, adik beradik, gitu gini. Jalan cerita so-so je bagi gua(sorry la bagi yang minat Wolverine). Mungkin yang mengecewakan gua adelah hero pujaan hati gua muncul sekejap sangat kot, dan takde action sangat : GAMBIT. So, anda buleh la berbaris di panggung wayang hujung bulan ni kerana dia start main hujung bulan.
Gua kasik 80% je utuk filem ni. X-MEN yang dulu-dulu lagi gempak.

Last filem, filem ringan ala-ala gampang. Cerita anjeng! Beverly Hills Chihuahua. Cerita fantasi anjeng le katekan. Tak boleh nak cakap banyak la. Jalan cerita simple. Pasal pampered dogs yang tetiba lost, nak cari jalan balik, ada anjeng lain tolong, ada orang cari, ada orang jahat. Tipikel la. Boleh dilayan ketika boring.
Gua bagi 70% la kat filem ni. Bukan senang nak bagi anjeng belakon kan?

Ha..
Tu la kesah weekend gua. Diselang seli dengan House Season 5 Episod terkini, dan juga How I Met Your Mother Season 4 Episod terkini. Huh.
Gua rasa gua begitu up to date
Q u a c k L e n t a n g: muvee - Weekend MOVIE Mania!!
Tuesday, April 14, 2009
at 3:44 PM
- 3 Comments
SETEM 2 Juta!
Sempena entry semalam, kita sambung lagi cerita setem nih. Gila hobi mengumpul setem ke hape ntah aku nih semenjak dua menjak ni. Asyik-asyik setem.
Setem kali ini adalah sebouah muvee yang digarap oleh encik Kabir Bhatia. Yang mana? Alah.. yang tulis cerita Cinta & Sepi tuhh.. Memang dramatik habis la idea beliau nih. Tapi kali ni, beliau coba untuk keluar dari kepompong tersebut. Beliau buat cerita ACTION KOMEDI.
Aku tengok idea dgn shot-shot dia memang gempak la. Sesuatu yang baru dalam filem beliau. Oh, untuk pengetahuan, gua memang suka jugak la tengok filem melayu. Afdlin, Hans, Adlin, Kabir, Aziz M Osman, Yasmin & Mamat Khalid diantara pengarah pilihan aku. Razak Mohedeen? Huh! Macam gampang la idea dia tuh.
Mereka semua nih berkualiti dari segi idea. Storyline yg boleh kita katakan berada di luar kotak sedikit. Dulu, minat jugak la dengan laki Erma Fatima tuh, Bade. Tapi lately, filem dia berat yg amat la. Aku x suka filem berat melayu. Nak berat, pegi gym la angkat berat.
Berbalik kepada cerita SETEM, sinopsis dia lebih kurang begini lah :
Tahun 1847, Gabenor Melaka (org puteh) nak buat sesuatu yg boleh dijadikan bahan kenangan di zaman nanti. Beliau suruhla ada satu tukang jam buat setem untuk dia nih. Tapi dia tak suka setem tuh, dia buang saja dan cucu dia ambik simpan..
Pada tahun 2008, keturunan Gabenor Melaka nih ada buat press conferent kat A. Famosa, cerita la pasai sejarah setem yg ada tuh. Dah lama dia dapat katanya. So, dia nak bagilah kat Muzium Melaka.
Sid & Joe (hero kita) dah plan nak curi setem tersebut. Mereka nih terhutang budi dengan Pak Ramli, so nak pakai duit 2 juta tuh untuk membantu rumah anak yatim Pak Ramli.
Tapi, orang kata, penjahat banyak dalam dunia nih. Ramai jugak yang nak curi setem tuh. Seorang Ahlong (Piranha Lim), & Drebar van nak hantar setem tu pegi muzium (Vellu) diantara orang yang berkeyakinan nak curi setem tuh.
Sapa yang dapat? Kena la tengok muvee nih. Ala-ala Ocean 11,12, & 13 lagak bunyinya. Lineup dia gempak jugak :
Afdlin Shauki, Vanidah Imran, Q Haidar, Rashidi Ishak, Bront Palare, Sathiya, Datok Aziz Satar, Datok Jalaluddin Hasan, Harun Salim bachik, Corrie Lee, Aziz M Osman, Isma Yusof, Diana Danielle, Chelsia Ng, Kenchana Devi, Harith Iskander, David Teo, Henzi, Shoffi Jikan, Frank Lewis.
Cakap banyak pon tak guna, layan je la thriller ni