Archives

gravatar

Campakkan Otakku

Kawan-kawan!


Aku nak bercuti. Boleh gila kalau aku dok dalam opis ni lagi lama-lama. So, boss da bagi 3 days leave, Balik kampong la gayanya nih.




ps - Mak aku pesan, kalau lalu-lalu area rumah aku tu, singgah la makan laksa.

gravatar

Bila nak berhenti BUNUH DIRI?






1. Untuk pengetahuan semua, aku nih penghisap rokok.

2. Bukan candu, ganja atau paipon.

3. Dulu, orang kata : kalau isap rokok nih macho.

4. Orang yang kata, aku langsung tak terasa macho pon. Bagi aku, nak macho, pi la buat pelastik segerii.

5. Dulu, aku memang tegar, sehari sampai 40 batang aku isap. 

6. Dah boleh dikategorikan sebagai makan, bukan isap lagi dah.

7. Pernah berhenti, 3 tahun, tapi isap balik.

8. Hari-hari pon rasa nak berhenti, tapi macam susah pulak kali nih. Padahal dulu senang-senang ayam je aku berhenti.

9. Bukan sedap sangat pon dah isap rokok sekarang nih, cuma sekadar keperluan.

10. Time paling sedap isap rokok, bila time ada cekgu disiplin dok ligan dalam sekolah. Taim tu, sebatang share 5 orang pon still sedap lagi rasanya.

11. Masalah utama sekarang nih, nak cari idea, kena isap rokok. KEJADAH apanya otak aku nih. Berfungsi secara luar tabii. Isap rokok baru idea datang.

12. TOLONGLA berhenti cepat, suapaya aku tak mati cepat.

13. Aku memang "respek spek itam" kat kawan-kawan aku yang tak isap rokok. Ada jugak 2-3 member opis yang tak isap rokok. Diantara orang yang aku respek, Milo, Kongkiak, Lan kayu dan Pakcik John.

14. Depa nih, memang kebal, keliling member isap rokok, tapi depa tak isap.

15. Bos aku kuat gila isap rokok, aku pon sama!

16. CHEH!

gravatar

Debu di hati - Abby Yus ost Ali Setan

Aku kena tag ni dalam Facebook sebenaqnya, tapi aku nak jawab kat sini

RULES: 
1. Put your iTunes, Winamp, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 25 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. DO NOT CHEAT & Have Fun!



1. IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
---> Akan Tiba - Alif (so, ok ke tak ni?)


2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
---> Halfway Home - Jason Mraz 


3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
---> LOVE - Olivia Ong (Singaporean dia nih, mendayu-dayu)


4. HOW DO YOU FEEL TODAY?
---> Rozana - VE


5. WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
---> Dancin' - VE


6. WHAT'S YOUR MOTTO?
---> Matahari - Agnes


7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
---> Hit me baby one more time - Travis tribute to Britney (gila geli lagu nih)


8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
---> Dont look back and anger - Maroon 5 tribute to Oasis


9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
---> Numb - Jamelia tribute to Linkin Park


10. WHAT IS 2 + 2?
---> Semalam yang hangat - Wings


11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
---> Air mata jernih - BPR


12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?
---> Cannabis College - Jason Mraz (HAHAHAHHAA, macam betul je)


13. WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
---> If its kills me - Jason Mraz (Whatt??)


14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
---> No one else come close - Joe


15. WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
---> Malam ku bermimpi - Sheila Majid


16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
---> Lagenda - sheila Majid (ewahhhhhhhhhhhh)

17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
---> Chariot - Gavin Degrew


18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
---> I dont wanna be - Gavin Degrew


19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
---> Gemuruh - Faizal Tahir


20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW
---> Sampai Syurga - Faizal Tahir  


21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
---> Hujan - Adibah Noor ost Mukhsin


22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?
---> Debu di hati - Abby Yus ost Ali Setan

gravatar

Semalam dan Sudirman


1. Entry kali ini bukan pasal abang Sudir sangat pon.


2. Ya, dia memang agung dan power. Ramai peminat, tapi sayang hidup beliau tak lama.

3. Memang banyak cerita pasal Sudirman semalam sebab genap berapa belas tahun ntah dia dah meninggal.

4. Yang aku ingat pasal semalam, aku pi Putrajaya, hujan lebat nak mampos. Ala-ala lagu Bang Sudir gitu.

5. Pertama kali dalam sejarah aku pi Putrajaya, nak cari bangunan MOF.... TAK JUMPA!.

6. Sebesar alam punya bangunan MOF tu, aku tak nampak.

7. Lebat betui hujan semalam.

8. Lama pulak menunggu semalam, tunggu org perbendaharaan keluarkan cek.

9. Depa ni memang baguih, buat kerja laju, tapi sebab semalam depa nih banyak meeting, lama la aku dok menganga kat MOF tuh.

10. Jadi, dah habis ambek cek, kena balik opis semula. 

11. Sampai opis pukul 6 gitu. JADAH sungguh.

12. Damansara - Putrajaya - Damansara, lepas tu nak balik Kajang semula.

13. PENAT

14. **MOF = Ministry of Finance


gravatar

DAMN!


1. Sampai opis agak lambat. Tak le lambat sangat, dalam 8.28 macam tu


2. Lapar, makan roti je

3. SAKIT PERUT! Damn!

4. Tak de mood nak buat keje. Damn lagi!

5. Keje banyak pulak tu. Damn lagi dan lagi!

TOLONGLA aku....

gravatar

AirAsia Great Deals!!



Sepang, 19 Februari 2009. Pengarah Urusan Air Asia Berhad, Tony Fernandes telah mengumumkan pelan tindakan pengoperasian terbaru syarikat tambang murah beliau pada pagi tadi. Pelan tersebut akan merangkumi aspek-aspek keselamatan penumpang, keselesaan penumpang, kepuasan pekerja, dan juga yang paling penting kata beliau ialah bayaran yang bakal dibayar oleh penumpang.



"Pihak kami memang sentiasa (24 jam) memerah keringat dan idea bagi mencari kos yang paling murah bagi pelanggan-pelanggan kami. Penumpang-penumpang Air Asia sepatutnya boleh mendapat faedah yang lebih baik dengan pelan tindakan yang terbaru ini", kata beliau.


Sebelum itu, Tony telah mengumumkan yang Air Asia bakal menerima 20 lagi pesawat terbaru mereka pada awal Mac depan. Air Asia dijangka akan memulakan penerbangan ke Perth, JFK,  dan Dubai. 


"Hasil daripada pertemuan saya dengan CEO India Air, Encik Malayami Kutalanam pada dua bulan lepas, mereka telah berjanji akan berkongsi pelan mereka dengan Air Asia. Bagi saya, perkara ini adalah amat baik bagi syarikat kami dan juga pelanggan yang kerap menggunakan perkhidmatan udara ini", tambah Tony.


"Setiap pesawat yang bakal tiba ke LCCT nanti, (merujuk kepada 20 pesawat yang bakal tiba) kita akan lengkapi pesawat tersebut dengan susun atur yang baru bagi meminimumkan kos pesawat dan juga penumpang akan dapat terbang dengan harga yang cukup murah."


Selepas Mac ini, penumpang syarikat penerbangan murah Air Asia, cuma perlu membayar RM 20 sahaja untuk kos penyelenggaraan dan juga cukai lapangan terbang. Semua tiket ke seluruh semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM 10 untuk satu tempat duduk, serta Sabah dan Sarawak hanyalah RM 25 bagi satu tempat duduk. 


Penerbangan Antarabangsa pula, maksimum harga tiket hanyalah RM 500, iaitu penerbangan ke London. Pihak Air Asia menjangkakan pelan yang baru ini selaras dengan kehendak pelangggan dan menjangkakan sebanyak 50 juta penumpang p
ada tahun 2009 ini.


























Layout terbaru Air Asia :    



gravatar

Banglo Murah : RM 100 Ribu sahaja!



1. Ya, aku tak tipu.


2. Banyak lagi benda lain yang aku boleh buat daripada cuba nak menipu hangpa semua.

3. Sedikit latar belakang ; aku bekerja di salah sebuah syarikat yang memang agak terkenal dengan hasil pembangunannya yang power di negara kita ini.

4. Penang bridge, komplek stadium Nesional Negara Bukit Jalil, Sekend Peneng Bridge, KLIA Tower, Part of Cyberjaya, Dll.. adalah contoh kejayaan syarikat kami.

5. Maseh tidak percaya? Aku sekarang bertugas di syarikat yang cuba membantu kontrektor-kontrektor kecil untuk mendapat bekalan komoditi binaan dengan harga yang paling murah.

6. Contoh banglo tersebut adalah seperti di bawah :




7. Ya, gambar tersebut adalah sebuah rumah prototaip.

8. Jelasnya, ia adalah sebuah banglo. Tidak dapat disangkal lagi.

9. Kami bukanlah seperti developer-developer lain yang cekik darah yang hanya nak menjual rumah banglo juta-juta ringgit sahaja.

10. Niat kami suci. Ingin memberi peluang kepada semua bumiputera supaya mereka dapat merasa hidop di dalam banglow mewah pada harga yang amat berpatutan!

11. Ya! Harga sebuah banglow seperti ini hanyalah RM 100,000.00 sahaja.

12. Jika mahu ditambah full spec, (pagar, grill, dan porch kereta), anda cuma perlu menambah RM 10,000.00 sahaja.

13. Hanya RM 50.00, diulang LIMA PULUH RINGGIT sahaja diperlukan kami untuk booking banglo-banglo ini.

14. Jumlah pinjaman yang bakal diluluskan adalah 100%. Oleh itu, pinjaman RM 110,000.00 pada kadar interest 5%, dalam jangkamasa 20 tahun akan diluluskan.

15. Oleh itu, tidak perlu ragu-ragu, jangan tunggu lama-lama.

16. Unit banglow adalah terhad.

17. Dapatkan banglo idaman anda sekarang!

18. Projek dijangka siap : Januari 2010.

19. Pandangan sisi unit yang 100% siap :



20. Jangan banyak komplen kerana ini banglo murah.

21. Sekian

gravatar

Aku kan KANAK-KANAK ribena lagi~~



Hari ni takdak benda menarik berlaku. Semua orang macam boring. CEO takdak. Aku pon join boring-boring juge la. HAHAHA. Walaupon banyak kerja. 


Owh, salah satu hobi aku dari kecik adelah membaca komik. Ya adik-adik sekalian, diulang, KOMIK. Bagi aku ia adelah terapi minda yang amat berkesan mengalahkan Aromaterapi, Refleksologi, dan Psikoterapi. Banyak jugak yang aku baca.macam-macam. 


Sekarang nih. Aku tengah baca YU GI OH!. Ya. Buku cerita budak-budak. Walaupon dah berkali-kali aku baca, tapi aku baca lagi okeh! Sebelum aku tidoq, layan dulu dua tiga bab, lepaih tu baru tidowq.


Kebolehan aku yang melampau ini memang mengelirukan pihak lawan la kadang-kadang. Buleh ulang baca komik yang sama berkali-kali. TAPi, yang bersiri la ye. Contohnya macam si YU GI OH! ni, ada 37 buku. Yang aku ada cuma 10 je. Tu pon part yang last-last.


Ye la. Dulu taim sekolah tak mampu beli. Main pow orang saja baca. HAHAHAA. Aku mempunyai impian untuk buat laibreri komik disatu masa nanti. Akan ku racun bakal anak-anakku nanti untuk menjadi gila komik macam bapak dia! HAHA.

Bab-bab belajaq, kan mak dia ada okeh! Mak dia pandai, rajin baca novel-novel omputeh yang aku haram tak buleh baca langsung tu. So, otometikly, bila anak-anak aku dah boring belajar dengan bini aku, ada la hiboran bersama bapak mereka pule.. HUih. jauh merapu dah ni..


YU GI OH! ni bercerita tentang seorang budak yang dapat benda zaman mesir dulu. Zaman piraun la kot. SO dia jadi ala-ala raja main kad. Trading Card game. Ada la resakse-resakse dia, dan magik-magik yang tertentu. Budak Yugi nih membantu roh piraun yang baik untuk mencari balik memori dia yang hilang. 


So, kepada anak-anak sekalian, kalau nak tau cerita lanjut, boleh ditorrentkan cerita animasi dia sendiri kat enternet. Kalau penyegan sangat, mai la rumah aku kalau nak baca komik dia.


Aku kan KANAK-KANAK ribena lagi


**Kalau nak mai tu, bawak la buah jangguih ka, pelam ka, nasik paprik ka. Kami tidak menyediakan perkhidmatan katering untuk anda semasa berada di rumah kami. 


Sekian.






gravatar

Sapa dia Elizabeth Wong?

Aku pon tak paham la apa masalah minah ni, dan juga masalah orang-orang lain. 

Semalam, TV3 boh berita dia sampai setengah jam! orang tu nak komen, orang 

nih nak komen. Menatang apa la hampa semua nih. gambaq makcik tua tu pon nak 

kecoh-kecoh. Dia dah TUA! buruk la dok pi nak gebang pasai cerita dia tidoq 

bogel.


Apa-apa pon, isu keja aku dah banyak nak setel; payment, pokok bunga, 

maintenen, toilet, bla bla bla..... sepanjang dok rilek-rilek ayam nih, ada 

member mai dok YM dgn aku



Kuluppudin : DING!

M : Hoih. apa mau?

Kuluppudin : Hang ni dok mengulaq saja. takdak gheja ka?

M : Ada. Saja dok main-main. 

Kuluppudin : Hoi, jom pi mengai. Walaupon hang tak terrer, tapi nasib tu 
  ada.

M : Nak pi tang mana?

Kuluppudin : Aku tau hang malaih dah nak mengai kolam ayaq tawaq.
  Jom la pi Serdang. Ayaq masin.

M : Huih.. aku takdak duit. Gaji lambat lagi. Lagipon kolam 
  serdang tuh macam haram. Siakap saja ada. Aku takdak
  luck sangat la kolam tu.

Kuluppudin : Dahtu? Nak pi Sea Lion? Best sikit la.

M : Hang nih nak aku cakap bahasa UGANDA ka? Aku takdak 
  duit!

Kuluppudin : Allah, sekali sekala nak bersuka ria dengan kawan-kawan
  pon berkira.

M : Bukan berkira, tapi kalau nak harap hang belanja, sampai
  pat tahun depan pon aku tak mengai.

Kuluppudin : Aku takdak duit sangat.

M : Dahtu? dok gatai dok bakaq aku ajak pi mengai ni awat?

Kuluppudin : Saja la. Lama tak lepak-lepak. 

M : Nak lepak pi kedai mamak pon buleh.

Kuluppudin : Ya la tuuu.

M : Tapi kan, kalau lepaih dapat gaji, buleh jugak la nak pi 
  mengai.

Kuluppudin : Hang nak belanja aku?

M : HARAM JADAH!

Kuluppudin : Haahaha. Buleh la kot. Roger la ramai orang lagi.

M : Budak opis aku ada la sorang. Kalau aku roger dia mau
  pi punya.

Kuluppudin : OK. Hang tau la. Semanjak kawen nih, lepak kedai-kedai
  mamak ni tak tenang sangat. Nak layan kepala kena
  la pi mengai.

M : Suka hati hang la. Tapi aku tools tadak tau. Ada mengai
  dengan mata kail saja. Aku nih pemancing part time. 
  Tak la macam hangpa. Tools mengai macam nak pi
  mengai ikan paus.

Kuluppudin : Celaka! Perli nampak..

M : Haahahah.

Mengai? Buleh saja. Jomla sapa-sapa nak pi~~







***gheja = kerja
     tang = kat
     mengai  = memancing
     awat = kenapa


gravatar

Lahanat punya LUMBA BASIKAL



Wohhoo..

Pagi nih, aku ingat macam best je la kan.. Walaupon plan nak repair toilet opis harini, ye.. diulang, repair toilet opis. Aku memang macam-macam keje kat opis nih. dispatch, driver, MnE, segalanya la. Pakai jeans dgn t-shirt je la.. kuar rumah time pon cun. bole sampai opis dlm pukul 820 nih.

Dengan rempitan berskala sederhana, gua pon rempit la melalui celah2 jalan ibukota yg tak berapa nak kota ini. Kl-seremban ok, then federal pon x jem, kerinchi link baek punya jalan. Then... "Apesal pulak jem tetiba nih?" sekangkang kera je lagi nak sampai opis. Kepala otak aku dah terpikiaq "exsiden nih.."



Rupanya tak! Polis tutup jalan! Cilaka. Dah lambat. Mat-mat rempit situ semua dah start mengamok. Ada ka tutup jalan nak bagi lumba basikal haram tu lalu. Pagi pulak tu. Respek spek hitam la sikit orang lain nak pi kerja. Semua jalan-jalan utama Damansara ditutup. Merata-rata jugak la aku pusing sementara nak buleh cross mai opis kat Tmn Tun nih. 

7-8 orang polis dok tahan baik punya. Semua simpang depa jaga. Aku tengok polis yang dekat tol tu sikit lagi saja nak kena hayun dengan mat-mat rempit. Sapa yang tak hangin. depa nak tahan jalan dari pukoi Lapan sampai pukoi 10 lebih. Terbakar la hati! jangan kata hati saja, iman, kepala hotak dan yang lain-lain pon buleh terbakaq tau!

Bos-bos aku banyak jugak la yang kena sangkut dalam jem tu.. Ada masa la nak update blog. HAHAHAHA